Followers

Tuesday, March 11, 2014

Misi Mencari Makanan dan Minuman yang sedap di Perlis

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam saya cuti. Alhamdulillah. Getting better. So, bila dah beberapa hari tak update entry / mengarang ayat, tak tahu nak mula macam mana nak cerita. Letak gambar je la.

Hari tu bawak kawan saya yang datang dari Penang jalan-jalan cari makan. Dah lama plan nak pergi cafe ni, tapi bila saya pergi, mesti tutup. Takde rezeki. Tpi hari tu, alhamdulillah dah dibuka.

Menu malam tu, saya cuma order banana boosters (coklat+pisang). Memang kenyang minum tu saja dan memang sangat puas hati. Dia bagi gelas besar. Harga, RM 5.50 (kot). Ok kan?

Kawan saya pulak order chicken chop dan manggo lassi. Chicken Chop for me, sedap jugak. Tapi kawan saya dia kata tak berapa sedap pulak. Hmm.. different people different taste right ? Manggo lassi dia pulak, i prefer pizza hut punya lagi sedap. Hehe.

 
Ok. Dalam gambar ni, tetiba ada gambar dua air kan. ;p

Sebenarnya saya beria nak bagi kawan saya rasa minuman favourite saya. Memang kalau pergi tempat tu, akan beli air ni dan satu lagi air je. Tapi bila saya dah beli air tu, kawan saya nak cuba air lain pulak. Katanya diversiti. So dia order tea three layer dan saya setia order Mocha ape tah. Haha. Kata setia tapi boleh lupa nama dia kan...

Tapi masa nak beli ni, ada part yang lawak. Kami sampai time orang dah nak tutup kedai. Tapi masih ada customer la dalam cafe ni. So, staf yang buat air ni kata semua alatan diorang dah basuh. Sebab nak tutup kedai dah. So saya pun dah pasrah. Sekali kawan saya p pujuk2 dan goda2 sikit staf tu. Haha..lawak gila kot. Sekali...staf tu pun layan la kami. Pasrah je buat air yang di order dari budak dua orang ni. =p

Harga:

Yang Mocha tu RM 5.50. 
Tea Three Layer tu RM 6.50.

Jadi malam tu kami balik dengan senang hati. Puas dapat buat jalan-jalan cari makan less than 7 hours.


ps: kata nak letak gambar je. sekali banyak pulak yang aku karang. =p


2 comments:

  1. kalau gi makan sedap, balik memang muka puas hati je...hhee

    ReplyDelete
  2. Tingin nak minum lassi..tp takut x tertelan..;)

    ReplyDelete