Followers

Thursday, April 3, 2014

Moist Chocolate Cake lagi!!!

Assalamualaikum w.b.t.


Hari tu masa dinner kat luar, ternampak la kek coklat ni dalam freezer kat kedai makan tu. Macam sedap je kan. Ala-ala mousse chocolate. Benda-benda macam ni memang favourite saya. So amikla.





Tak sedap! Huhu. Serius. Tak habis makan pun. Saya bawa balik ke rumah dan simpan dalam freezer. Sampai ke hari ini tak ambil pun. Tak tau la masih ada ke tak dalam peti sejuk tu =(


Lepas tu, hari tu masa sembang-sembang dengan colleague, cerita la pasal kek coklat.

Sekali, "ha..jom kita p beli barang."

"Jom jom."

Spontan je. Waktu lunch dah dekat, apa lagi, kami terus keluar untuk beli barang-barang buat kek. Siap pergi 2 kedai barang buat kek lagi. Teruja punya pasal. Petang tu, sampai ke rumah, terus bagi direction kat adik saya. Dia pun minat kek so kita guna kuasa itu la. Kalau nak guna kuasa veto, kadang-kadang tak jadi. Huhu.

"Kalau nak makan kek, tolong kakak sama".

Hihi. Dia ikut je.


Saya beli tepung kek yang siap2 untuk buat kek Choc Moist ni. So sukatan untuk tepung dan gula memang dah ada. Senang dan mudah. Cuma saya tambah la letak biskut Munchy tu. Pecah-pecahkan dan masukkan dalam adunan before nak bakar. Saya campur jugak nescafe yang telah dibancuh. Bagi rasa nescafe sikit. Sebabnya saya sangat suka nescafe. =p Dan juga sedikit bancuhan coklat kompaun beryl's. Bagi rasa coklat lagi.


Ini kali pertama saya nak membakar kek menggunakan oven. So memang tak tau nak agak berapa suhu, berapa lama. Sebelum ni saya cuma kukus kek je. Senang. Letak adunan kek ni dalam pengukus. Tunggu la setengah jam ke 40 minit, dah siap. Tak payah risau takut hangit. Tapi bila kita kukus, tak rasa crunchy tu kan. So saya try and error saja untuk membakar ni. Kalau tanya sekarang pun, berapa suhu dan berapa lama. Memang tak ingat. Eh...suhu rasanya dalam 180C sebab macam dah common. Tengok rata-rata resipi kalau nak bakar dalam oven, biasa nya dalam 180C kan?? Ke ada suhu yang lebih sesuai?


Dua kali jugak nak bakarnya. First bakar, bila tengok macam ada part yang lembik-lembik. Macam tak masak je. Tu yang bakar semula. Bila yang second tu, ok. Ni memang dah boleh ngap.


So, inilah kek saya. bahagian atas macam apa je. Tapi yang tu lah best. Sebab crunchy dia. Nyum..nyum.




Haihh...tengok gambar ni macam teringin je lagi. Bila bakar kek je, mesti ada satu haruman yang sangat menerujakan kan..kan..


Ok.tu je nak cerita. Haha...


4 comments:

  1. lg puas kalau buat sendri kan...bile la agaknye nak dpt membakar mcm nie..

    ReplyDelete
  2. Sedapnyeee..saya masak lauk pauk pandai la..kek xpandai..semalam baru jer suami cakap teringin nak makan moist choc cake..bini die xpandai buat terpaksa beli jer la nampak gayenya..hehe

    ReplyDelete
  3. akak dah lama tak buat kek...mood nak membaking mmg xde skrg...

    ReplyDelete