Thursday, May 22, 2014

Diet Atkins: Berangan nak jadi Atkiner la sangat kan


Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama saya meng'usha' (buat research la) tentang Diet Atkins ni. Saya mula tahu tentang Atkin ni bilamana salah seorang saudara saya, saudara jauh sebenarnya, bagitau yang rahsia dia kurus adalah melalui diet ni.


Sumber Google


Nampak agak ketara perubahan beliau, saya panggil kak nadia la. Dulu, memang sangat sangat chubby. Nampakla kekakakan sikit. Sekarang, bila tengok gambar, kurus weh. Memang nampak muda dari usia. Dia pun macam perasan muda kot. Dah tak gelarkan diri 'kakak' dah. Hahaha. Sorry kak kalau terbaca entry ni. Gurau-gurau ja :p


Tok saya pun kata dia kurus dari saya sekarang ni. Saya la yang mengada pi tanya tok saya, sapa paling kurus, saya or kak nadia. Hahaha. Sekali, amik kaw..jawapan yang uuhhh..sakit jugak. Tu yang rasa tercabar, rasa nak kurus..nak kurus..nak fit..nak fit..tapi tak buat-buat pun. Bak kata terms, planning je ada, implementation belum ada. Hahaha


Dah lama dah berazam nak buat diet ni. Dari tahun lepas lagi. See...maunya saya kurus kalau betul-betul follow diet ni. Hahaha. Tapi azam tak kuat. Serius, banyak kali juga nak buat diet ni, tapi azam tak cukup kuat. Ok..meh nak bagitau salah satu faktornya adalah my addiction towards coffee. Seriously...memang tak boleh kalau tak minum dalam sehari. Gila tak gila. T___T. Dah try reduce untuk cuba tak minum even 1 day. Tak berapa nak berjaya sangat. huhuhu. Kalau follow diet ni, hanya minum air kosong je. Tak boleh minum minuman manis-manis.


Kemudian, terdetiknya saya berfikir untuk buat diet ni...dalam beberapa hari ini jugakla, saya dikelilingi oleh mereka yang berpenyakit. Ada kawan-kawan, ada saudara mara dan ada jugak orang sekeliling yang saya berjumpa, banyak berpenyakit diabetis. Fuhh..takutnya bila dengar kisah mereka dan tengok sendiri. Ada yang kaki luka, bernanah, ada yang mata dah tak nampak. Takut..takut. Itu yang rasa macam nak buat juga Diet Atkins ni.


Melalui pembacaan saya, Diet Atkins bukanlah diet yang khusus untuk pesakit Diabetis tapi, beberapa orang yang pernah buat diet Atkins ni, mereka berceritalah (saya ada join kelab Atkins di facebook, so saya baca komen2 mereka di situ) kandungan gula dalam darah mereka dah turun dan alhamdulillah, mungkin dah takda kencing manis. Agak lega di situ. Risau sangat dengan penyakit-penyakit ni. Ye la, kadang-kadang luaran nampak sihat tapi dalaman, bukannya kita tahu..ye dak?


Lupa pulak nak bagitau, untuk siapa-siapa yang belum tahu, Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbs) dan lemak di dalam badan. Sumber: Sini



Sumber: Google


So, instead of burning the fat, diet ini menggunakan carbs untuk dibakarkan. Tapi lemak pun dia bakar jugak, cuma main actor is carbohydrate. Ha..ini pemahaman saya la. Correct me if I'm wrong. Thats why dalam diet ni, benda berlemak boleh makan (tapi janganla berlemak sesangat). Contoh, ayam goreng KFC (tapi jangan la dok makan kulit ayam tu sampai 4 5 ketul). Tapi benda yang ada unsur carbs tak digalakkan untuk makan seperti mee, nasi dan spageti. Adeh, terbayang carbonara pulak. Yang penting, makanan utama untuk Atkiner adalah berunsurkan protein seperti daging, ayam dan ikan. So, takdela tak boleh makan semua kan. Boleh je enjoy makan cuma dengan cara yang sihat. Ha..part ni best. Barulah badan rasa fit je kan.


Eh..pandai pulak saya mengarang, persoalannya bila nak buat Diet Atkins ni betul-betul hah? Moga saya dapat tahan daripada minum nescafe dan coffee (ni ice blended la, kalau jumpa Starbucks, seriously i cant resists T__T) - Monolog dalaman ku.


Countdown: Another 10 days to go. Ya Allah, permudahkanlah segalanya. Amin.


7 comments:

  1. Starbucks akak pun can't resist... but all the best kena kental dan kuatkan semangat tau....

    ReplyDelete
  2. Xcube xtau..hehehe..sila cuba pastu laporkan tau..;)

    ReplyDelete
  3. eh, kite samalah. akak pun kemain beria nak buat DA ni tp hampeh...akak ni pesen diet ikut suka. Dah 2 bln xtimbang betul2 tp semalam dah boleh pakai kebaya.. kire berjaya jugaklah tukan walaupun kebaya tu ketat lagi...yg penting dah boleh button..hehe

    ReplyDelete
  4. tang persoalan tu yg ssh nk jwp...heheh

    dkt fb pun ade grp Diet Atkins N follow , yg pos before after tu mmg bg inspirasi tp kte nk buatnya xtau bile...kehkeh

    ReplyDelete
  5. hahaa.. susah nak betol2 diet neh.. keh3 .. disiplin penting..

    btw, dah follow sini #362

    ReplyDelete
  6. Yes...! Saya baru 2 minggu dah stop makan nasi....

    ReplyDelete

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend