Friday, May 16, 2014

Program Bersamamu jadi realiti

Assalamualaikum w.b.t.

Petang semalam, saya ada turun padang, eceh..ayat tak boleh blah plak...Saya melawat dua orang yang OKU yang berada di bawah jagaan sukarelawan yang saya pantau. Ya Allah, kesian sangat. Kedua-dua mereka adalah orang berketurunan Siam jadi doakan dari jauh sajalah.


Yang paling menyayat hati, adik sorang ni. Umurnya, saya rasa dalam 18 ke 19 tahun kot. Muda lagi tapi terbaring je. Terencat akal (tak tahu ini ke ayat yang sesuai). Waktu saya datang tu, dia macam marah-marah. Bila tanya neneknya, dia kata adik tu marah. Takut orang bawak dia. Ye la, kami datang naik van. Sedih sangat bila tahu cerita yang sebenarnya, bertambah kesian saya pada nenek dia.


Sebenarnya, mak adik tu, anak angkat je kepada nenek ni. Patutla muka nenek tu macam chinese, memang chinese pun. Dan muka mak adik tu pulak, macam orang melayu kita. Tapi kita taula, orang siam pun muka macam melayu jugakkan. Tapi mak dia pun macam tak ok. Nenek dia kata selalu kena sawan. Kejap-kejap masuk hospital (kot, sebab nenek tu kata, 'ni baru je lepas keluar'). So yang menjaga adik yang OKU ni, nenek tua ni la. Dapat bantuan cuma seratus lebih je sebulan. Apa la yang dapat dibeli dengan keadaan dunia sekarang ini kan. Nenek ni cerita, adik kepada adik yang OKU ni, umur sepuluh tahun, selalu kutip kotak-kotak. Agaknya nak dijual kot. Ya Allah. Sedih sangat. Serius rasa macam program Bersamamu kat TV3 tu. :'(((


Saya berdoa semoga nenek tu diberi kekuatan yang berganda untuk menjaga adik tu. Nenek tu memang totally menjaga adik ni sebab mak dia langsung tak nak buat apa-apa. So membasuh baju, memasak, mandi dan basuh berak dan kencing adik ni, nenek yang tua tu la. Kesian sangat.


Saya cuma nak berkongsi saja kat sini. Betulla apa yang dikata, bila kita tengok orang lain yang lagi susah daripada kita, Ya Allah, rasa bersyukur sangat-sangat. Jangan dilihat pada manusia yang lebih tinggi dan hebat dari kita, tengoklah pada manusia yang lebih kurang dari kita. Dari situ baru kita bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.


Sekian. Ehh...boleh jadi perkongsian di hari Jumaat la pulak. Moga hari yang berkat ini, penghulu segala hari, Sayyidul Ayyam, memberi keberkatan kepada kita semua. Semoga saya dapat membetulkan lagi diri ini yang masih lagi banyak kekurangannya.


*Tengah berfikir, nak letak ke tak gambar adik tu. Ishh..kang diekploitasi pulak gambarnya. So, nak jaga aib mereka. Tak yahla ye.


No comments:

Post a Comment

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend