Monday, May 5, 2014

Review : Tempered Glass Screen Protector

Assalamualaikum w.b.t.

Entry terperam. Haha.

Rasanya, selepas ini saya nak kongsi pengalaman saya menggunakan beberapa barang atau produk. Ini mungkin boleh membantu sesiapa yang sedang survey mengenai barang tersebut. Ok, sebenarnya ini pengalaman saya sendiri. Sebelum membeli sesuatu barang, saya suka untuk survey melalui google (jika line internet laju ;p). Baca few reviews di blog dan forum, ok ke tak ok barang tu. Tapi kadang-kadang tu, beli jugak benda yang dah kita tau tak ok. T__T.


So, this is my first review on this thing.


Dah lama saya survey-survey di internet ni, kegunaan, kebaikan, harga, kualiti dan kat mana boleh beli barang ni. 


Hari ini saya nak review Screen Protector Tempered Glass. Sebelum ni, saya langsung tak ambil peduli mengenai kualiti sesuatu screen protector (SP). Apa yang saya tahu, kalau nak yang cantik sikit, harga pun mesti mahal. Yang cantik tu SP ala-ala cermin, tak pun yang diamond tu takpun macam gold champangne tu. Itu pemahaman saya yang dulu. Sekarang ni, terbuka la sikit pengetahuan tu. 


Baiklah, apa itu Tempered Glass?



Scratch Proof – Or Are They?

Although screen protectors claim they're scratch resistant, it doesn't mean they won't scratch. Thinner screen protectors are typically made of PET film. Thicker screen protectors are made of tempered glass. Although the glass is harder than the PET film, it can still scratch. It will take more force to scratch it than it would take to scratch the softer, thinner screen protectors. However, if you drop your phone on its tempered-glass screen protector and it slides across the cement, it's likely your screen protector will be scratched. Still, it's better your screen protector than your screen, right?

Ok, memang  not fully scratch resistant free tapi at least ada jugak protection.

Protection is better than cure, Don't you think? =p







kononnya la kan...tapi takde keje nak buat macam ni, ye dak. once dah jadi macam ni, ratus-ratus jugak kena spend untuk tukar cermin baru.


ok, ni yang saya beli. Macam takde brand je. Tapi harga, bagi saya agak mahal la, RM 60 untuk brand yang kita tak tau apa dia or mungkin takda brand langsung. Saya pun tak tau macam mana saya boleh beli. Macam terpukau je dengan seller tu. Haha. Alasan =p.

 Sebab saya banyak jugak survey harga tempered glass ni. So lepas survey, saya ingat nak beli yang harga dalam 20-30 inggit je.






Yang saya beli ni tak taula jenama apa, tapi yang pasti bukan Spigen bukan Iloome dan bukan Nilikin. Beriya sungguh saya google brands Spigen dengan Iloome. Memang berkenan sangat dengan dua brand ni tapi disebabkan dua brand ni dari oversea, susah nak jumpa kat Malaysia. Nak beli kat website diorang memang boleh tapi kos shipping adalah sangat mahal. Takmaula. Tah-tah kos shipping lagi mahal dari barang yang dibeli. Saya tengok juga kat forum lowyat, tapi tah, kenapa tak terbeli di situ. Pricey jugak la. Seratus lebih. Sayang lak duit. Huhu.



Yang ini la saya teringin nak beli selepas tengok review kat youtube.


********************************************

Tapi, lepas dah pasang yang saya beli tu (orang kedai tu tolong pasangkan), Alhamdulillah, puas hati. Suka suka suka. Rasa, okla..berbaloi aku beli ni sebab nak protect before jadi apa-apa kan. Saya ni agak kasar jugak, hp sebelum-sebelum ni memang selalu je jatuh. Kadang-kadang terjatuh dari katil. Tu yang seriau tu.

Range harga tempered glass ni, kebanyakan yang saya survey bermula dari berbelas ringgit malaysia sehinggalah seratus lebih ringgit malaysia (RM 1* hingga RM 1**.) *Tah-tah ada 2 3 ratus jugak. Mana tau kan. (tah ape material yang diorang guna kan ;p)

tetiba suka lak nak masukkan pic ni. hehe


ps: dah hampir 3 minggu saya guna. Alhamdulillah. Setakat ni berpuas hati la.I'm a happy girl (^_^)


Selepas install kat hp saya. Nampak kan yang border atas word samsung tu.


Ini yang bawah tu. Tak nampak pulak. Oh, lupa pulak nak bagitau, bila dah install tempered glass ni, dia agak tebal so home button tu jadi tenggelam sikit. Kalau beli tempered glass macam spigen or iloome tu, mereka akan bagi sekali stiker untuk home button. Stiker tu akan buat home button timbul dan tinggi sikit. So senang la nak tekan. 


Ini sticker home button tu:





Macam comel pula. Hehe.


Sekian, review saya tentang Tempered Glass Screen Protector ni. Moga dapat membantu sesiapa yang tengah survey untuk beli SP jenis ini. 

Ehem, nasihat saya untuk sesiapa yang pakai hp macam iphone,note, nexus,or htc; pendek kata hp yang beribu riban yang awak-awak semua beli tu, better pakai la Tempered Glass Screen Protector ni. Secure la sikit.


Assalamualaikum.

Eh, tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat datang untuk Bulan Rejab. Semoga kita dapat memanfaatkan bulan ini sebaik-baiknya dengan amalan sunat dan berdoa banyak-banyak. Moga dikabulkan Allah. Amin.

All pictures are credited to Google and video credited toYoutube. Thanx.

3 comments:

  1. bende2 nie sgt penting utk henpon yg mahal2..sbb kalau screen rosak, nak repair pun mahalllllllll jugakkkkkk...huahuahua..

    Kite punye casing hp selalu patah so en somi beli yg mmg kukuh gagah perkasa..kihkihkih

    ReplyDelete
  2. assalam nak tnya, apa beza tempered glass and tempered glass screen protector????

    ReplyDelete

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend