Monday, June 9, 2014

Maggie shawl by Cala Qisya



Assalamualaikum w.b.t.


Hari tu saya ada cerita tentang Online Sale by Cala Qisya sempena 3rd Anniversary mereka. Kalau tak silap 3rd la. Tak jumpa plus malas lak nak cari entry tu. Hehe..


So dipendekkan cerita, dapat la saya membeli maggie shawl ni. Memang dah jatuh cinta dengan shawl dari Cala Qisya ni sejak saya beli kat butik mereka awal tahun hari tu. Cuma, material kali ini tak sama dengan material yang saya beli dulu. Ralat jugak. Tapi..momantaii...i is ok. Janji bila pakai, nampak comel ja.. Haha..


Actually, saya tak berapa suka pakai shawl sebab nak kena iron  (ni kalau chiffon la) lepas tu kena lilit-lilit semua kan. Tambah-tambah kalau lepas solat, kena pakai balik. Jenuh jugak nak betul-betulkan bagi jadi elok-elok. So biasanya saya akan pakai shawl semasa 'cuti'. Maksudnya kalau period, nak pergi mana-mana, shawl la jawabnya. Tapi kadang-kadang kalau ada mood, pakai jugak. Hehe.


Kadang-kadang pakai pashmina jugak. Itupun kalau malas gila-gila..tak mau iron. Tapi pernah je, pagi tu nak pergi meeting dengan satu agensi kerajaan ni, saya selamba je pakai shawl ni tanpa ber-iron. Kalau perhati betul-betul, memang nampak la kedut-kedut tu. Tu memang malas sangat-sangat dah tu. Haha...Anak dara apa la ni kan...:p


Ha..tengok 2 perenggan dah intro saja. Berbalik kepada tajuk entry ini, saya ada beli dua helai shawl, satu warna pink ala pink belacan la, satu lagi warna silver (kelabu).




Normal price for standard size Maggie Shawl :  RM 25
Harga Sale :  RM 20

Postage Poslaju: RM 6


Total : RM46


Saya purchase hari Jumaat (fuh..banyak jugak dugaan sebelum nak purchase..serius..menduga kesabaran) dan dapat parcel ni hari Isnin eh.. ke Selasa..tak ingat dah. Tapi laju jugak la.. Selalunya kalau saya beli online..mau seminggu jugak tunggu sampai. Selalunya lah..tapi ada jugak 2 3 hari dah sampai cuma jarang-jarang la. So tahniah kepada En. Poslaju ye.






Ini koleksi Maggie Shawl saya. Baru 3 helai. Nanti-nanti nak tambah lagi. Material kali ini agak lembut dan macam jarang sikit compared to previous batch yang saya beli. Tapi saya ada jugak baca komen-komen Calaqueens di Instagram Cala Qisya, memang setiap batch tak sama materialnya. Ada yang kata Maggie Shawl yang awal-awal keluar dulu lagi tebal, maksudnya lagi ok la. Takyah nak pakai inner neck semua kan.

Anyway, keep up your good work Cala Qisya. I'm one of your Cala Queens. Always looking forward to your new product.

14 comments:

  1. yui tak msuk2 lg butik kat ipoh ni..pdhl dkt je.. t nak jengah jugala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.dekat ke?best la..boleh tengok dan test sendiri.puas hati..terus beli :)

      Delete
  2. selalu beli kat tudung people je.. tapi maggi shawl ni popular kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tudung people pun mcm best tp tak pernah bli lg.ha'a..quite famous jgk.

      Delete
  3. Kualiti shawl tuh mcm okayh jer..mcm cantik jer..ehhh, cala qisya???..qisya jual shawl xbgtau omaknye pun..ehhh, hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..yg warna hitam tu lg best. qisya tak bgtau eh..kalo tak blh dpt byk diskaun kan..hehe

      Delete
  4. nanti cer demo acaner nak pakai maggie shawl ni... :) macam besh jer pulak tengok.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..malu lak nak enterprame..nanti2 ye kak.

      Delete
  5. Nampak cntik...akak.memg pengguna shawl tegar..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay..geng la kita.hehe.mcm comel je pkai shawl ni kan...

      Delete
  6. i've already followed u..do follow me back at: http://intandatul.blogspot.com/
    ^_^

    ReplyDelete

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend