Tuesday, June 24, 2014

'Shopping' di Radiusite


Assalamualaikum w.b.t.

Last week Radiusite buat sale menangis-nangis punya  sempena 5years anniversary.
Saya pernah beli sekali je kat Radiusite ni, tu pun 4 ke 5 tahun dulu. Waktu awal-awal Radiusite bertapak dalam jualan online ni. Tu pun memang kena get ready je tunggu stok di-update kat website. Lepas-lepas tu kalau nak beli je, memanjang je sold out.




Sape pergi sale ni??



Saya memang follow insta Radiusite. So bila dapat tahu ada sale nangis gila gila ni, but sadly at their physical boutique which is only in Shah Alam, mencari jugak sesiapa yang boleh tolong belikan kat insta tu. Ada few peoples willing to beli untuk orang yang jauh-jauh ni. Mula-mula saya whatsapp sorang ni, sebab dia offer nak tolong belikan. Bila dah sembang-sembang, dia  charge satu tudung tu rm5, so kalau beli dua, dah rm10..kalau tiga..rm15. Ehem..fikir..fikir dan fikir. Takpala, consider duit minyak dia kan, pastu dah ada orang sudi belikan pulak. So start kira budget la saya ni. Sekali..haishh..bulan ni macam dah over budget je. Banyak kot saya purchase online untuk bulan ni. Sedapkan hati,takpela. Nanti radiusite mesti buat online sale cuma kena tunggu je bila. Dengar-dengar awal puasa nanti. Tapi tak taula bila.


Tapi hati tak tenang..setiap hari belek je insta radiusite, tengok gambar-gambar tudung yang saya berkenan sangat-sangat tu dan baca komen-komen orang. Actually before saya whatsapp akak yang charge tu, dah ada seseorang ni komen kata willing to buy for me tapi disebabkan dia lambat bagi no phone untuk saya contact (ye la..tak sabar punye pasal kan tu sebab terus contact akak tadi yang kena charge rm5 tu :p).


Last-last dapat contact dia, awal-awal tanya dulu..ada charge ke..sekali dia kata takda dan dia pun memang tinggal area situ je dan dia memang nak pergi sale tu. Cantikkk! Tinggg! So apa lagi..petang tu terus transfer duit. First time ni percaya (ragu-ragu juga sebenarnya) dengan orang yang tak dikenali dan terus bagi duit tanpa tengok barang-barang yang kita pesan. Redha je la kalau tertipu pun. Positifkan diri. Huhu. Kalau burn..burn la..nak buat macam mana..takda rezeki la jawabnya.


Alhamdulillah... semalam dia..eh nama dia syida, pos guna poslaju. Hari ni dah sampai. Gembira tak terkata. Macam nak lompat-lompat. Faham tak bila barang yang kita nak..teringin sangat..sangat..sangat..kita dapat..syukur alhamdulillah.rezeki saya. Terima kasih banyak-banyak syida. Really appreciate your kindness to buy on behalf of me..a stranger to u. Huhu.


So...inilah tudung yang saya nak sangat-sangat tu...



Analily soft awning


Ehem..sebenarnya dah lama tak beli tudung instant ni. Macam indon je rasa. Tapi bila tengok design analily..lain daripada instant yang biasa dijual. Tu yang berkenan sangat tu sampai nak tido teringat..bangun tido pun teringat. Macam apa je kan...


Sebenarnya saya nak tudung Mila jugak tapi syida bagitau dah habis stock. Huhu. Kena get ready online sale jugak nanti. Tudung ni pun instant jugak. Senang. Sarung je. Mai hari yang malas nak iron dan malas nak melilit shawl sedunia tu..memang capai instant je. Hakhak.. 



tu dia...siap bulatkan warna pilihan..sabar je la syida dengan saya. 
Kedua-dua pilihan saya takda dah kat butik. huhu




So..inilah yang saya purchased sale kali ini.



Soft pink dengan purple. 

Retail price: RM 49.00
Promo as sale price: RM 40

Total :  RM 80. 


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Syukur dengan nikmat kurniaan Allah.
Tercapai hajat nak Analily ni. =)


Ada sesiapa yang suka beli tudung Radiusite?


*Masih menunggu lagi 3 parcel. Haihh.. bila nak sampai ni. Tak sabar ni..


6 comments:

  1. waahh...lepasni tuan rumah share la gmbr pkai radiusite..

    cantik tdungnye tp N xboleh pkai soft awning..bertambah bulat nnti..kekekke

    ReplyDelete
  2. akak xpernah be;i tudung radiusite sbb akak rasa tudung die mahal..hehe..

    Akak kalo beli tudung maksimum Rm20 je. Sekali sekala adelah beli yang 20 hengget ke 30 hengget.. haha mmg dasar cheapskate..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akakk..saya dah lama tak beli tudung lebih dari rm30 ni..ehem..selalu beli murah2 je..kalau mahal2..mak yang belikan.hihi. bila dah beli, baru terfikir..kalau pegi kedai..memang tak kot nak beli tdung hrga ni dengan duit sendiri. hihihi

      Delete
  3. radiusite ni model2nya alahaaii.. kita yang pompuan ni tengok pun macam bule cair hikhik.. suci je muka

    ReplyDelete

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend