Followers

Thursday, August 7, 2014

Its a mad..mad day!

Assalamualaikum w.b.t.


*takde mad mana pun...cuma tak tau nak letak tajuk apa. :p

Haihh..lamanya tak menaip di blog ini. Skill mengarang ayat dah kurang. Dah lama jugak saya tak menaip meluahkan rasa yang tersimpan. Hahaha... Bila fikir-fikir balik, masa dulu, selalu sangat blog ni jadi tempat luahan perasaan. Bila baca balik, malunya rasa di hati. Rasa nak delete je entry dulu-dulu. Tapi biarlah, itu kenangan yang mungkin perlu disimpan (buat masa ini ;p).


Ok, hari ini, saya dah tak tahan. Nak luahkan jugak di sini. Ceritanya begini, semalam saya dimaklumkan ke diarahkan..entah apa term yang sesuai oleh bos la, mintak saya follow-up something yang dah ada person-in charge. Nak-nak, person in charge tersebut adalah anak beliau. Adeh..macam krisis la plak. Ke aku je yang rasa gini *


So, saya pun ikut je la arahan. Buat panggilan and tanya itu ini. Orang yang jawab panggilan tersebut pun bagitau saya yang perkara tersebut (perkara yang bos saya minta tanyakan dan follow-up) tu telah dibincangkan dan telah diputuskan. So memang dah settle. Ok, takpe. Nanti saya follow-up dengan person in charge tu la.


Hari ini, datang ke pejabat. Dapat whatsapp dari colleague. Katanya anak bos saya ni tanya kat dia, kenapa saya pergi kol dan tanya tentang hal yang saya diarahkan tu la. Mereka dah discuss dan settle kan semua dah. Umpamanya..*hang p kol depa buat pa lagi. Kami dah settle semua dah* Ha..tang ni saya dah rasa..haihh...saya cuma mendapat arahan. Bukannye nak beriya memandai-mandai. Bukannya sengaja nak bossy hal ni. Bukannya saya nak kol sangat. Arghhh..tension haku pagi ni. Rasa nak cepat-cepat tukar kerja. -__-.



Erm...bila fikir-fikir balik, mungkin ini apa yang saya rasa dan fikir. Mungkin kakak tu (anak bos saya) just tanya biasa-biasa je. Ermm...takpe...fikir positif je la ija. *monolog sendiri.


Sape-sape tau ada vacancy kat tempat korang, roger saya. Huhuhu.....


7 comments:

  1. husa husa husa...sabar dear sabar... hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. biasalah tu..akak pon kdg2 kena mcm tu.. errr kat tmpt keje ada tmpt kosong..hehe

    ReplyDelete
  3. haihh.. biasa laa.. tak tanya kang salah. memandai2 kang lagi salah.. kadang2 geraam je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...hishhh...alih2 serba salah dan kegeraman jadinya..

      Delete
  4. ya ampun..kita yg call pulak yg kena eh...kalau akak JM pun terasa hati gak...BERAM!!!..tapi byk2 bersabar ye..ujian dari Allah tu

    ReplyDelete