Followers

Tuesday, September 23, 2014

My taste of homemade burger

Assalamualaikum w.b.t.

Korang!!! Saya dah baca komen korang. Aiseh...jauh sungguh korang teka. Belum cukup budget lagi nak pergi sejauh itu maa. Ok ok, tentang tu saya akan cerita di entry yang lain. Entry ni nak cerita pasal makan. Alamak lapar la pulak. Rasanya dah jadi trend, mana blogger la. Kalau lapar je, kalau teringin je, mesti up entry pasal makan. Kan..kan...ha...jangan tipu, saya selalu je baca blog korang :p.
Homemade...implementation je kat rumah. Daging burger buat kat kilang. Hikhik. Hari tu ada baca satu blog ni, up tentang Darabif Burger meat ni. Terusla nafsu makan meronta ronta untuk turut serta merasa kelazatan daging burger ini.



Less fat, more meat. Bagus untuk diet ni. :p





Darabif ini adalah produk tempatan oleh bumiputera, halal, dan menyakinkan. Cuma harga je tak berapa nak best. Haha. Tapi sesekali nak melayan selera sendiri, takde masalah kan. Daging burger ni ada 4 jenis iaitu daging, ayam biasa, ayam turkey dan kambing. Haih...tetiba terbayang daging ni dalam peti sejuk beku kat pasaraya hari tu. Gulp.


Paling murah ialah burger ayam. Dalam satu kotak ada 4 ketul daging ayam dan berharga rm9.90. Tu harga kat pasaraya yang saya beli. Kat tempat lain, tak tahula. Disebabkan ayam yang paling murah, so amik ayam je. Nak rasa,nak test, nak experimen dulu kan.


Daging ni best! Tak payah nak seasoning bagai. Saya panaskan je pemanggang ajaib tu, dah panas terus letak dalam tu. Dah masak, letak atas roti. Ha..letak atas roti gardenia je. Kata homemade kan. Guna je apa yang mudah. Tuang sos cili biar sampai meleleh keluar..best!


Dan..taraaa...




Jemput tengok... heehee

Lepas ni nak beli lagi. Kalau ikut rasa dan nafsu makan ni, macam nak beli 4 jenis daging tu, Tamak kan... Tapi bila dah sedar balik...sabar..sabar... Lepas ni macam nak try turkey tapi blogger hari tu kata kambing best... hmmm..mana satu ehh..

5 comments:

  1. selalu dengar darabif ni. tapi tak pernah try lagi. sedap eh fiz? nak try kambing laaa. feverettt

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap dear...ha..cubala...nanti boleh review ;)

      Delete
  2. mahal jugak harga die...tp kalau nk try xsalahkan...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..mahal kak...tapi tula..teringin punye pasal kan...haha

      Delete
  3. tak pernah nampak lagi brand ni.. kalau produk temptan mmg harga..woo..jling mata tengok tp itulah harga yg lebih terjamin..sedap tak? hehe

    ReplyDelete