Followers

Monday, September 29, 2014

Online shopping lagik ?!

Assalamualaikum w.b.t.


Akhirnya....tergoda jugak dengan sale yang baaanyak gila last weekend.


Seee...


Baca tak entry last week?

Akhirnya tergoda juga diri ini untuk meng'klik' membeli atas talian. Kononnya.

Ada yang direct beli dengan seller, ada jugak guna personal shopper (bayar upah) dan minta tolong orang belikan (tak bayar upah).

So, agak-agak tahu tak saya beli ape? Hehe...camne nak tahu dah tak share kenn.. okeh...first parcel yang baru sampai hari ini.

Tertarik dengan review pembacaan saya tentang produk ni. 

Seriously, dah tak tahu nak pakai apa dah kat muka. Kulit saya lain macam sikit, special sangat dia mintak care, tak pakai apa-apa naik jerawat, kalau pakai bedak or makeup, lagila naik. End up memang saya malas nak pakai even bedak pun tak. Memang muka tak berapa berseri la kalau tengok, orang kata kusam ehh?

Kalau kata cuci makeup tak betul, rasanya dah sental muka ni dengan kapas tisu tu 3 4 kali dah. Takpela, yang penting usaha saya untuk menghilangkan or memudarkan parut jerawat yang ada ni masih kuat. Usaha kan tangga kejayaan. Hiks Yang penting halal, so itu yang membuatkan saya nak mencuba produk ini. 


Saya beli daripada seorang blogger, korang kenal kot. Lama dah saya stalk blog dia, dari sebelum kawin sampaila nak jadi mak orang ni. Comel orangnya. Ye la, memang dah comel tapi ada jugak dia bercerita kisah tumbuh jerawat semua dan daripada jadi pengguna kepada jadi agen jual produk ni.
So, itu yang menguatkan saya nak beli.


Dan...inilah isi 1st parcel pertama untuk belian gaji bulan ini. 



NourAin Skin care. Be good to my skin please.

Next parcel pleaseee. Hahaha. Habisla gaji kalau gini kan. Dirii...sabarrrr...sabar...

2 comments:

  1. berapa ni kak? kang kalau ok boleh la review :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah, kalau ok, nanti akan di review. harga rm100 include postage.

      Delete