Friday, September 5, 2014

Review belian daripada MyDeal



Assalamualaikum w.b.t.

Saya ada bercerita tentang pembelian di MyDeal tidak berapa lama dahulu. Kalau nak baca, kalau nak la...sila KLIK

*Ehem, macam ada je orang nak tengok. Perasan sungguh dia ni*

Saya beli dua barang daripada MyDeal. First time beli barang kat sini. Sebab tak boleh resists bila tengok harga yang macam okeyyyy je. Macam murah jeee. Macam la. Tak tau la kot kat tempat lain memang harga macam tu kan.






Review saya:

Harga
Agak murah berbanding di tempat lain yang pernah saya tengok. Saya beli dua barang, tapi dalam entry ni saya nak cerita tentang Glass Screen Protector (GSP). Saya pernah cerita tentang GSP dalam entry terdahulu jadi sesiapa yang agak maklum, harga GSP ni memang agak mahal. Dalam range rm100 lebih pun ada. Saya beli untuk handphone saya, harga dalam rm 60 macam tu. Tu pun kat kedai so tak payah masuk kos postage la kan. Paling murah yang saya pernah jumpa dalam rm39 macam tu kat instagram. So, kena kira kos postage la pulak. Jadi bila saya ternampak harga dalam rm 20++ di MyDeal tanpa kos postage, apa lagi, saya yang teruja dan terus bagitau adik yang tengah mencari GSP. Ehhh...terpanjang la pulak. Sorry ye. Teruja pulak bercerita.=p.

So harga ialah RM 27. Katanya harga sebenar adalah RM 130. MyDeal kan so deal pun jadilah.
Murah daripada harga kat luar.


Kualiti
Nak kata berkualiti sangat tu, tak la. Rasanya macam tak sesuai kalau harga sampai RM 130. Tapi takdelah saya kata tak berkualiti cuma not worth la kalau beli sampai seratus lebih. But, its worth to buy if you want to protect your phone from 'disaster'. Ye la, kalau slip daripada tangan and terjatuh, mau tak pecah skrin tu. Mau tak nangis..Kalau haku la...berderai skrin kaca tu, berderai jugakla hatiku ini...melodrama sungguh. Hahaha.

So, memang worth to buy untuk harga less than RM 30. 


Lama tak menunggu?
Agak lama jugakla. Rasanya hampir sebulan kot. Bersabar saja lah. Nasib baik bukan saya punya. Tapi jenuh la nak menjawab bila adik saya asyik tanya 'dah dapat ke belum?' hampir setiap hari. huhu. Tapi okla sebab harga murah kan.


Postage
Part ni best sebab tiada kos postage. Free delivery in Peninsular Malaysia. Syarikat yang handle ni guna pos ekspress. Bolehla...eh..boleh2.


Akan beli lagi tak lepas ni?
Hehehe...Kalau ada deal yang menambat hati, why not :p


Gambar
Saya takda gambar yang dah siap install kat handphone. Just sempat snap GSP tu saja.








See...agak tebal jugak la kaca ni. So memang worth to buy.

Tak pasti ada lagi ke tak kat MyDeal. Check la. Malas lak nak membuka MyDeal tu. Kang berkenan itu, berkenan ini. No..no...bahaya untuk purse ku yang nipis itu.

Sekian.

4 comments:

  1. salam jumaat and great piece of sharing dear...

    ReplyDelete
  2. ada perasan jugak ni. tapi tak berani nak beli sebab tak tau pasang ekeke

    ReplyDelete
  3. Murah la kalau camtu harga dia. Cuma kena sabar tunggu :)

    ReplyDelete

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend