Monday, September 8, 2014

Review tudung Cloverush


Assalamualaikum w.b.t.

Amboi..orang buat review, kita pun nak jugak ye. Takpela, review ni selalunya membantu first timer yang nak beli. Hehe. So saya pun nak membantu lah.

Baiklah, mari kita mulakan entry yang dah lama terperam dalam draft ini. Haahaha.

Tak ingat bila tah beli ni tudung ni samada sebelum puasa or semasa puasa hari tu. Seronok view instagram lepas tu nampak je benda lawa dan harga yang munasabah, message kat whatsapp dan klik bayar. Haihh.. senang sungguh nak menghabiskan duit kan sekarang. Takpela, masa boleh berbelanja ni, belanja la sepuas hati. Kang nanti dah tak boleh, baru nak menyesal. Erkk..


Seperti yang orang ramai sedia maklum (orang ramai ke?) Cloverush ni jarang buat online sale tapi bila dia dah buat, memang berderu-deram orang beli. So memang kena bersabariah la menunggu reply dari pihak cloverush. Eh, saya tak bagitau lagi, cloverush ni mengamalkan style order via whatsapp. 


Step 1:
Tunggu announcement bila bermulanya jualan di instagram #cloverush.
Macam saya, memang sentiasa je duk refresh and view instagram tu. Mananya tak terbeli sana sini...Bila dah keluar pengumuman, ha apalagi cepat-cepat view website untuk tengok warna dan kodnya. Size juga penting lepas tu cepat-cepat whatsapp kepada pihak cloverush, yang penting whatsapp text ikut format yang diorang bagi which contain nama penuh, alamat etc... Kalau tak ikut format tu, tak dilayan la gamaknya. Takpe, korang boleh cuba :p


Step 2:
Dapat reply dari mereka, so terus buat payment whether via maybank2u or cash deposit payment.


Step 3:
Dah buat payment, print screen capture proof of payment and send to them...waiting again for their reply.


Step 4:
Dah clear semua, diorang pun dah terima payment so tunggu je la tudung tu sampai ke tangan uoolls. Sabar...sabar..
Saya punya hari tu, tak lama. Dalam 2 3 hari macam tu la. 

*******
Ok,meh nak cite sikit. Part 1 iaitu masa untuk menunggu reply daripada pihak Cloverush adalah sangat sangat crucial. sangat weyhh. Sebab apa saya kata macam tu, memang lama jugak masa yang diambil untuk mereka membalas whatsapp kita. Macam saya hari tu, whatsapp hari ini, esok baru diorang reply. Ha..nak tau sebab apa...ni sebabnya...




8ratus lebih tu. Yang nak reply nye rasanya sorang je which is owner cloverush, Afie. Bertabah la beliau membalas whatsapp2 ni. Ha, yang ni order yang dibuka dua tiga hari lepas. See, sentiasa mendapat permintaan. 


*Tapi sekarang ni, Cloverush dah boleh dibeli di physical boutique dan juga melalui website. So just klik add to cart and buat payment. Kalau tak silap la.


So, meh nak ciwi sikit hasil belian saya. Dua helai tudung yang berbeza warna dan berbeza saiznya.



Nama tudung ni Lily.
Saya beli Lily size M Black dan Lily size L Deep grey.


Alhamdulillah, puas hati. Ada budget lebih, saya akan beli lagi. In sha Allah.



Ni alamat fizikal butik diorang kalau tak silap. Sape yang duduk dekat-dekat tu, bolehla terjah. Boleh try test sendiri. Eh..ada satu lagi tempat yang boleh dibeli..Lola shoppe ke hape tah..Tak ingat.heee..





ehem...malu nak tunjuk muka sendiri. saya yang sedang memakai lily m black. comeiii idak?? *statement minta lempang



6 comments:

  1. errr mcm mana nak jawab ye sbb nmpk tudung tu itam je..kalo nmpk muka baru leh ckp comel..hehe

    ReplyDelete
  2. banyak betul orang bisnes jual tudung kan skang hehe

    ReplyDelete
  3. Nice review :)
    Sy pon follow jgk ig cloverush ni tp xmembeli lg. hehe

    ReplyDelete

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend