Followers

Wednesday, September 3, 2014

Sandal ke flat shoes eh?


Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Pagi!

Hari ini saya akan bercerita tentang fesyen sedikit ala-ala girly talks. Hiks. Bila menyentuh tentang fesyen adalah penting untuk anda tahu apakah yang anda mahukan dan apakah yang sesuai dengan anda. Ini adalah sangat penting kerana secara logiknya tidak semua gaya atau trend itu akan sesuai dengan cita rasa dan personaliti anda. Idea yang sama boleh digunakan ketika mencari kasut. Walaupun di luar sana terdapat banyak jenis kasut untuk wanita dengan pelbagai corak, warna, rekaan dan saiz namun percayalah tidak semua anda akan pilih untuk pakai.




Mencari kasut yang sesuai untuk dipakai setiap hari adalah agak sukar sebenarnya serta melecehkan. Ini kerana bagi tujuan ini anda harus mencari kasut yang memberikan keselesaan untuk dipakai sepanjang hari. Malah sifat versatile ke atas kasut itu juga harus diambil kira kerana anda pasti mahukan kasut yang boleh dipakai walau ke mana jua anda pergi, bukan?



Pilihan saya adalah sandals atau pun flat sandals yang mana memberikan lebih keselesaan untuk saya berjalan sepanjang hari. Kasut sandals atau flat sandals adalah pilihan yang lebih baik jika hendak dibandingkan dengan selipar atau flip flops. Malah ianya juga tidak begitu susah untuk dipakai malah jauh lebih murah berbanding dengan kasut tumit tinggi. Sandals turut memberikan anda ruang dan keseimbangan antara keselesaan dan stail yang mana pastinya adalah pilihan terbaik buat anda.





Women sandals boleh dipadankan dengan persalinan yang sesuai untuk tampil bergaya. Malah sifatnya yang versatile itu membolehkan anda kelihatan cantik dengan gaya smart casual. Lihat sahaja model di atas. Beliau masih kelihatan anggun walaupun sekadar menyarungkan sepasang flat sandals yang dipadankan dengan handbag dan mini dress yang sungguh seksi potongannya.








Bagi negara yang mempunyai musim seperti Malaysia ini mempunyai walau satu pasang sandals wanita adalah langkah yang cukup bijak dan praktikal. Masih mencari kasut sandals? Apa kata penuhkan rak kasut anda dengan koleksi terkini sandals for women online daripada ZALORA Malaysia. Di laman sesawang mereka anda boleh beli sandals untuk wanita online dengan harga yang cukup murah dan berpatutan. Menarik bukan? 

Jom shopping online di ZALORA sekarang!



12 comments:

  1. N prefer yg flat tp N slalu pkai selipar..hahha..camne la tapak kaki tak mengembang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kan selipar..tapi tu la..kena jugak pakai flat n bertutup so that kaki kita terjaga.

      Delete
  2. kalau akak pilih kedua2nya sebab senang bila nak pakai dah ada dah siap2... he he he...mengikut kesesuaian pemakaian katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2...dah ada dua2, senang..bila nak pakai, capai je kan.

      Delete
  3. akak suka selipar comfy... walau nmpk mcm org tua tp yg penting selesa..hehe

    ReplyDelete
  4. Kita pun tengah mencari flat shoes/sneakers skang ni. Sebab lepas ni opis pindah kat KLIA2, jauh nak berjalan ke opis. Haih.. no more stilettoes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. flat shoes and sneakers jugak yang selesa kan :)

      Delete