Followers

Monday, October 27, 2014

Farewell gift

**Entry terperam, lama dah simpan dalam draft. Fikir nak publish ke tak. Tapi disebabkan blog pun dah jadi macam catatan peribadi, so as memories for me, i've decided to post it.

***No negative thoughts allowed here.
--------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum w.b.t.

Kononnya farewell gift, reward untuk diri sendiri pun ye jugak. Hahaha.
Lama dah tak beli jam. Since 2008. Alhamdulillah jam yang dipakai sekarang tak buat problem. Rasanya tak pernah ganti battery lagi. Tahan sungguh jam ni, brand Guess. Sayang sangat. Ingat nak jugak cari brand ni tapi tak jumpa design yang berkenan di hati.

Since jam ni ala ala feminin, ingat nak cari yang sporty la pulak. Ni pun dah lama plan. Tapi tak asyik tak jadi je nak beli. Tapi satu malam tu, tengah scroll ig seller yang jual barang barang fossil, berkenan kat satu jam ni. Hahhh..sudahhh. 


Tak boleh jadi ni. Mulalah gatal nak survey. Tengok mana seller jual authentic fossil watch dan buat perbandingan harga. Beberapa malam jugakla asyik tido lambat sebab asyik je scroll instagram, sejam lebih asyik tengok tu je. Parah sudah. Hahaha. Tapi masa tu rasa macam tak nak beli sebab bila tengok harga, totally out of my budget. Huhu. Cuma nafsu nak tengok benda lawa-lawa ni, biasala. Nak tengok jugak..bak kata orang, cuci mata. Tu yang gatal tengok ig. haha  


Tiba tiba jumpa ig seller ni, ambil stok kat USA, buat harga promo, memang suit sangat dengan budget saya. Apa lagi, terus whatsapp no yang tertera kat bio ig tersebut. Mula mula kata ada. So i am very excited. Serius, teruja gilakkk. Tak lama kemudian dia whatsapp kata jam untuk harga promo tu dah tak de/habis. Ok, takpe. I redha je. Selamat duit haku (tapi lepas tu...selamat la sangat kan... :p) Mungkin takde rezeki. Tapi seller ni memang bersemangat sungguh promote. Dia suggest jam lain. Tak berkenan. Ada la dua tiga juga. Tak berapa lama, dia beritahu ada jam yang saya nak tu. Tapi harga mahal sikit dari yang sebelum ni but still cheaper than other seller. Bila sebelum ni dah fikir lega, tak nak beli. Boleh save duit kan. So memang saya tak budget langsung la nak beli. Bila diberitahu macam ni, mula la berbelah bahagi. Kesian juga dekat seller ni. Semangat dia promote. Layan pertanyaan saya yang boleh tahan cerewet. Kenalah make sure genuine ke takkan... 


Akhirnya, beli la jugak. Haha.


Lepas ni tak kerja dah. Oh..this week adalah minggu terakhir saya bekerja. Lepas ni nak fokus buat writing. Tak sabar nak cepat-cepat siapkan my research paper. Harap-harap dapat habiskan sem ni. Gile la...mula-mula plan nak habiskan study in 1 and half year tapi ni beyond and far from target dah. Doakan saya habiskan dissertation tahun ni ye korang :')


Farewell gift sempena nak resign :p

2 comments:

  1. reward utk diri sndr la ni kan...slalo somethng yg kite nak dan jmp harga yg dlm bajet mmg ssh nk ckp x..hehhe

    ehh..mn gmbr isinye??ngeee...

    ReplyDelete
  2. okaylah tu beli jam tahan lama..akak pon kalo jam beli sekali untuk tempoh 5 tahun terus..last year akak tukar jam so tggu 4 tahun lg baru tukar kot.

    ReplyDelete