Followers

Friday, November 7, 2014

New cardigan in my closet

Assalamualaikum w.b.t.
Tak sabar nak cerita. Saya baru dapat cardigan yang saya beli last week. Ginilah kalau beli online. Kena banyak bersabar walaupun hakikatnya bukan boleh sabar. Dalam menunggu ni, rasa nak je tiap2 hari kol pejabat poslaju selagi tak sampai parcel yang dinanti.
Sekarang ni suka baju yang labuh labuh pendek kata yang tutup punggung. Rasa safe sikit. Nak beli cardigan, senang sebab nak keluar, boleh terus pakai. Sebelum ni dah ada 3 cardigan tapi yang betul betul saya pakai 1 je, labuh dan ok la. Cuma sejak dua menjak ni rasa macam dah gumuk.. :,(. Kat arm hole tu macam dah ketat. Mencik betul. So sementara nak diet kononnya nak turunkan berat badan, moh le carì baju yang besar dan selesa sikit. Akhirnya jumpa beberapa instagram yang jual cardigan yang labuh dan free size till xxl which mean bagi saya takdela fit kan. Mesti la longgar sebab sampai saiz 2xl. Takmo dah pakai baju kecik kecik ni. Bila compare antara ig ni, suka sangat dengan seller ni. Actually suka dengan quote kat bio dia.
Mulanya saya aim cardigan lain, yang biasa2 la. Ala lengan biasa tu. Tapi too mainstream kan. Hahaha. Jarang la tengok orang pakai batwing cardigan. Selalu top je kan. So akhirnya saya beli lah batwing cardi ni dan dah rasmi kan pun 2 malam lepas. Best2. Berangin je rasa. Hahaha. Cuma tak biasa sebab lengan dia kan lain sikit. Tak snap pic pun. Tapi korang boleh tengok kat ig ni : bynaurahameena


6 comments:

  1. mn gmbr model nye..heheh..

    N pn tgh survey cardigan jugak..btl la la ni cr yg labuh dah loose..biar la nmpk lg besar pun..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nanti kita cari eh..model blog ni is shy shy...hahaha

      Delete
  2. akak pun suka cardigan tp akak sgt mementingkan material...tak nak tebal2 sbb panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2...material sangat penting..

      Delete
  3. sis JM pun suka pakai cardigen tapi belum pernah beli online

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kan cardigan ni...sarung je kan...

      Delete