Followers

Wednesday, December 24, 2014

Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
My family and I just got back from Umrah.
Syukur, semua sihat. Cuma batuk batuk sikit. Biasalah, perubahan cuaca kan.
So...ini adalah antara salah satu sebab blog ini lama terbiar. Kesian dia kan.
Kalau ada yang ingat...eh confirm tak ingat kan...saya ada buat entry pasal umrah saya kali ni. Tapi dah lama. Bulan 6 dulu. Sebenarnya banyak jugak dugaan nak pergi umrah kali ini. Dan ini adalah umrah yang paling ramai family members saya yang ikut. Semua mak dan bapa saudara sebelah mak saya ikut kecuali seorang je mak saudara tak ikut sebab tak dapat cuti.
Initially, sepatutnya kami bertolak bulan 6 hari tu tapi disebabkan masalah visa, postpone ke bulan 12. Frust jugak bila tahu visa tak lulus. Tapi untuk menunaikan umrah ni, semua orang kena tahu, pasti ada banyak dugaan. Nak war warkan tu..tak lah. Sebab tak tahu jadi ke tidak. Ini dah selamat semuanya, baru saya buka cerita kat sini. Dan semestinya ada banyak hikmahnya bila kami pergi bulan 12 ni. Antaranya, bulan 12 adalah dalam musim sejuk. Jadi udara sangat nyaman. Tenang dan seronok je berjalan ke masjid walau jauh n sakit kaki. Hehe.
Ok la. Nanti saya update cerita pengalaman dan sedikit tips. Masa pergi dulu, tak sempat nak kongsi. Bila dah lama2, lupa semuanya. So insha Allah kali ini saya akan buat sedikit catatan sebagai kenangan di dalam blog ini.
Nah..sekeping gambar untuk yang merindui..eh..ada ke.. hihi

2 comments:

  1. untungnye dapat jejak kaki kat sane..

    doakan saye..

    ReplyDelete
  2. patutlah lama menyepi...alhamdulillah dpt jejak kaki ke makkah.. Share lah penglmn kat sana.

    ReplyDelete