Followers

Aidijuma punya pasal

Assalamualaikum w.b.t.

Ada sesape peminat tudung bawal aidijuma atau dikenali sebagai AJ ni?
Saya bukanlah pembeli atau peminat AJ yang tegar. Tapi ada la dalam 2 helai dalam simpanan saya. Nak merasa jugak apa yang hebat tudung bawal ni kan. So memang taktau sangat cerita betapa dahsyatnya peminat AJ ni once ada design baru nak keluar and how reseller sanggup jual harga mahal2 yang kadang2 saya rasa tak logik pun.


Bila buka instagram Aidijuma, macam2 keluhan saya baca. Itu takpe lagi. Well, saya tak experience lagi kan. So masa pergi event mood republik di Pulau Pinang hari tu, pergggh...memang .... tak tau nak describe macam mana. Dahsyat kot. Ramai dan sesak orang di booth AJ. Ada sistem nombor  (tapi macam tak sistematik pun). No sampai 7ratus. Saya le tu. Tapi waktu tu nombor baru seratus lebih. Bayangkan la.


Memang takla saya nak menunggu. So balik je la. Eh..sempat grab brand lain.
Alkisahnya hujung minggu hari tu (Sabtu), pihak AJ ada release new design for black label and blue label. Ada kakak ni share dengan saya gambar2 design baru tudung AJ ni. Sekali.... jatuh hati la pulak dengan satu design ni. Serius. Dah lama tak follow dan betul betul rasa jatuh hati dengan aidijuma. Once dah rasa, ok..nak beli jugak..nak beli...budget takde pun nak kena cari jugak. Hahaha. Jangan tiru ye hadek hadek.
Jadi hari sabtu tengahari tu saya pergi la concept store (cs) kat Arau. Saya agak banyak lagi stok sebab selalu pergi situ, banyak je stok. Masa sampai tu, kena amik no. giliran dan tunggu turn tapi tak lama sangat. Dalam masa menunggu tu, sembang3 la dengan seorang kakak ni. Dia pun cerita nak design yang sama dengan saya. Kami tengok dalam kedai sebab dinding cermin so boleh nampak bahagian dalam. Ada dua helai je lagi. Masing2 aim la. Pastu dia bukak purse, agaknya nak cek duit kot. Saya pun tergerak nak buka purse jugak. Sekali!!!!! Tak bawak duit. Huwaaaaa...... macam mana ni... tudung fav tinggal 2 je yang kat depan mata.
Jadinya saya pun bergegas jalan cepat2 ke kereta untuk pergi ke atm. Nak cucuk duit. Sekali mesin atm tu tak boleh keluar duit. Sudahhh... pastu perasan dekat2 tu ada 7e dan dalm 7e tu ada atm bank lain. Bank lain pun boleh. Terdesak betul ni. Lepas tu cepat cepat pergi cs tadi.
Bila dah sampai...





Kecewa..design tu dah habis dalam stok. Tapi saya nampak la kat tangan tangan customer yang tengah memilih milih design tu ada. Diorang dah cop dulu. Huwaaa....frust2. Mula fikir, nape la tadi tak masuk dulu dan cop...huhu...macam2 fikir.





Balik rumah...fikir...fikir...tak boleh jadi. Nak beli jugak. Dan...apa saya buat...nak tau?
Bertekad...nak pergi CS Aidijuma Alor Setar. Sanggup tak sanggup tu. Perjalanan adalah plus minus 1jam. Depends on traffic. On the way, check ig Aidijuma kot diorang update dah habis stok kat cs a.star. Risau jugak, dah sampai...tapi dah habis. Macam kerja sia sia jugak la...kann.


Dah sampai kat Mall yang ada CS tu, saya carila kat tempat biasa saya pernah pergi dulu. Tapi frust...dah takde kat situ. Pelik jugak. Relocate dah ke. Msg dengan akak yang peminat tegar AJ ni. Dia cakap takde pun AJ announcement relocate. Last2, saya tanya seorang pekerja kat kiosk jamu2 tu. Dia cakap side sebelah lagi mall tu. Laaa...patutla tak jumpa. So cepat cepat cari. Dah jumpa...yeayyy..wait..tak boleh yeay lagi. Cari BL Paris dulu...mata ni melilau cari kat rak. Huwaaa...takde... lepas tu ternampak dalam beg plastik belakang kaunter. Apa lagi, malu tak malu...tanya la. Saya tanya ada lagi tak stok, katanya dah habis. Saya tanya lak, tu yang dalam plastik tu, katanya defect. Defect pun defect la. Saya nak...pastu dia cakap kami tak boleh jual. Ha..sudah...apa lagi...keluarla ayat merayu saya. Hahaha. Malu bila fikir balik. Tapi demi AJ kan. So dia tanya staf sorang lagi, staf tu pun bagi green light dan bagi kat saya. So macam biasa check la apa defectnya. Tak jumpa pun. Saya tanya la kat adik staf tu, apa yang defectnya ni...katanya takda apa pun cuma customer pilih2 lepas tu letak balik so diorang cepat2 simpan dalam plastik. Oooo.. tu ke term defect nya. Haha..sabar je la. Tapi bila saya belek2 semula, ada macam line putih sikit je. Tak perasan sangat pun. So tak pela. Ignore je. Proceed. Beli. Harga defect sama je dengan harga biasa.
Akhirnya...dapat juga own tudung AJ black label Paris. I'm sooooo happy. Balik umah, buka ig, terus upload. Hahaha...ciwi...



Pastu buka ig aidijuma, baca komen2 orang ramai kat pics tudung aj paris ni, ramai yng macam rayu rayu...mintak datin juma buat semula jualan online. Actually jualan online untuk stok ni pun dibuat hari yang sama iaitu sabtu, pukul 10. Tapi...bagai dikata la. Bukan senang nak dapat. Kakak angkat saya pun tak dapat beli. Frust betul dia. Tu saya belika untuk dia. Yang dalam gambar tu, satu je saya punya. Yang lain tu dia punya. Haihhh..memang AJ madness.
Tapi saya puas hati sebab bukan mudah saya nak suka satu2 design, ni dah berkenan, saya cuba dapatkan la. Alhamdulillah. Ada rezeki saya. Alhamdulillah.
Thank you for reading :)

1 orang nak bagi idea:

  1. kalau dah suka defect sikit pun pejam mata je eh...hihhi

    ReplyDelete