Followers

Thursday, March 26, 2015

Baucer Buku 1Malaysia 2015

Assalamualaikum w.b.t.




Alhamdulillah. Tahun ni masih ada rezeki dan berpeluang mendapat Baucer Buku 1Malaysia. Walaupun saya dah menghabiskan pengajian pada Januari yang lalu, still entitle untuk Baucer buku 2015 ini. Alhamdulillah. Lepas ni tak taula ada peluang lagi dapat ke tak kan. Hehe


So, bila dah dapat baucer, dalam hati (bukan otak?!) dah set nak beli external hard disk. Hikss. Baucer buku tapi beli barang komputer. External hard disk yang dah ada semakin penuh, hard disk dalam netbook pun dah makin penuh, nak run apa-apa pun dah slow. Asyik hang je, moody jugak lah kadang2 menghadap benda ni.


Being me, saya bukan seorang yang tengok pastu terus beli. Jarang la kalau saya nampak sesuatu, berkenan, terus capai dan bayar. Sangat jarang! 


Saya akan survey dari satu kedai ke kedai yang lain. Of course untuk cari harga yang murah dan berkualiti (dan design yang cantik jugak!). Ini pasti mengambil masa (part ni memang selalunya yang tak best sebab ikut hati rasa nak terus je beli tapi tak boleh, kang dah beli baru menyesal!) dan dalam masa yang sama, saya juga perlu memikirkan secara waras, tak boleh ikut hati. Banyak jugak kedai komputer yang telah diterjah oleh saya. Dari Kangar hingga ke Alor Star.


Daripada hasil survey (pergh, survey tu), semua kedai yang saya pergi di Kangar mengenakan caj jika membayar menggunakan baucer buku bermula daripada sebanyak rm3 setiap keping baucer sehinggalah sebanyak 30% daripada 5keping baucer iaitu berjumlah RM 250 iaitu RM 75. Sangat banyak kan. Rugi kot!


Akhirnya setelah beberapa buah kedai di'survey', terbeli lah sudah external hdd ni. 1T as 1 Terabyte. Puas hati. Hehe. Sebab sebelum tu berfikir jugak, kalau beli yang 500GB, harga murah so saya dapat beli barang lain lagi. Tak payah tambah duit. Combine je dalam jumlah Baucer Buku tu, Tapi, fikir-fikir semula, alang-alang beli, beli je lah yang besar sikit. Saiz-saiz drama korea ni boleh tahan besar jugak. Ada jugak 2T tapi of course la out of my budget. RM300 lebih. So cannot! So stick with 1T sudah la kan.


Saya beli di dalam UUM sebab ada pesta or expo kat U-mall so ada kedai komputer luar dari UUM yang buka booth kat situ. Ini adalah kali kedua saya pergi booth ni. So memang dah survey kat sini sebelum ni. See...mesti survey dulu. :p Dan yang paling best, NO CHARGE! TIADA CAJ 30% bagai tu!


Harga murah jugak sebab mungkin brand baru tapi saya rasa ok la sebab saya ada survey brand yang sama di kedai di Perlis. Good recommendation with good price. Hampir nak beli dah kat kedai tu (sebab hard disk tu warna pink, my fav colour!) tapi supplier  mereka cuma terima baucer dari uni kat Perlis saja. Frust sebab dah berkenan dengan external pink. Eh...dah melalut sudah.


Jadinya, belilah external hard disk warna hijau ni. Pilihan warna ada 3 sahaja, warna umum, hitam dan putih serta hijau. Sebab nak lari dari kebiasaan, pilihla warna hijau walaupun hijau dia tak berapa cantik bagi saya. Hijau petronas tu. Hmm.. bolehla.


Dannn...saya juga beli wireless stereo headphone a.k.a. bluetooth headphone. Plan nak cari yang sederhana saiz dan sederhana harga. Haha. Maksudnya tak terlalu mahal (kalau boleh taknak mahal la!) dan tak terlalu murah. Sekali!!! Jeng jeng.


Tengah tengok-tengok headphone ni, salesgirl tu suggest wireless headphone. Dalam hati duk kata la, ok jugak ni sebab saiz tak besar sangat, takda wayar berserabut pun. Tapi harga macam tak berapa nak ok sebenarnya. RM69 for headphone to me is quite pricey. Sebab takde terdesak nak guna pun cuma ini adalah kemahuan. Ha...ni lah pentingnya kena berfikir dengan waras ye kawan kawan. So dalam masa yang sama tengok-tengok jugak headphone yang lain. Sekali..... saja ja saya keluarkan ayat ni yang ada deep meaning sebenarnya, 'kalau ada warna pink, saya nak la'. 
Sebab...jarang jumpa wireless headphone warna pink. Jarang wooo. So rasa boleh elak nak beli ni guna excuse tu. Hahaha. Tah pape punya alasan.


Sekali adela...aduh...ade okay!
So saya pun tengok tengokla. Daripada 30% nak beli terus jadi 90%. Teruja benor sebab pinknya sangat menarik hati saya. Adoii..
Last, memang terbeli pun. Try test power mintak less tapi non hado. Takde less sebab harga dah mark down katanya. Ye la.


So, total price for both devices are RM308. No discount kan. Huhu. Saya bagi 5keping baucer tu dengan tambahan rm58. Erm... apa nak kata. Dah berkenan kan. Tapi bila fikir fikir balik, harapnya 2 items ni long lasting la. Nak beli duit sendiri macam..erm...ermm... kan.. padahal nak beli tudung, baju semua sekejap je buat bank transfer. Aduh.
Ok. I should stop. Kang merepek repek jadi entry apa la pulak.



Eh.. jom tengok gambar dulu. Apelah makna entry tanpa gambar kan. Hehe







My New External Hard Disk (tapi yang lama tetap menjadi pujaan hati)
*So dah tau kan mana satu yang baru :p






New Wireless Headphone ~ My Pink Headphone 



*Senyum sampai telinga. =)



**Sekarang tengah proses transfer cerita-cerita (kdrama la dan runningman yang banyak monopoli dalam hard disk ni) sambil tunggu transfer mohler tengok runningman sambil pakai wireless headphone baru. *wink.. Hakhak...ciwi sungguh.


5 comments:

  1. syoklaaaaa.. CT habis study sempat mrasa skali je baucer buku.. ciskek hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. hehe.
      okla tu ct..merasa jugak kan ;)

      Delete
  2. Salam. Bole tak bgtaw nama n contact kedai yg accept baucer utk beli external hard disk ni?
    Tq dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.
      Sorry lambat. Baru buka blog. Hehe.
      Ha..nasib baik ada resit lagi.
      Ni nama keda tui: Ketari Merah Enterprise
      Contact no: 04-9246871/0124650599

      Delete
  3. Yg kat perlis tu kedai mana terima baucer?

    ReplyDelete