Followers

Monday, March 30, 2015

Review: G hotel, Penang


Assalamualaikum w.b.t.


Entry tertunggak. Sepatutnya entry bulan Januari ni. Adoi..

******

Alhamdulillah. Bulan Januari yang lalu adalah bulan kelahiran saya. Sudah bertambah satu tahun lagi usiaku ini. Adakah semakin matang diriku ini... erkk...ermm... 


Baiklah. Entry ini bukan entry luahan hati mengenai pertambahan usia ya, take note pija!


*******

17hb Januari yang lalu, ehem which is on my birth date, my friend invited me to share her lucky draw winning from her company's annual dinner i.e free one night stay at G hotel in Gurney area. 

G Hotel

Actually my friend ni tak perasan langsung tarikh tu adalah birthdate kawan dia ni. So, kebetulan la. Alhamdulillah, rezeki saya. Boleh dikatakan sebagai permulaan hadiah birthday saya tahun ini la.

Jadinya short vacation to Penang la jawabnya. I like it! Tambah stay kat hotel kan. Hiks!


Mula-mula tu budget rasa macam hotel biasa-biasa saja. Mungkin macam Tune Hotel la.
So no high expectation (best sebenarnya when we put low expectation but it turn out to be very extravagant result! Tetiba je.)



Jadi, ini review saya tentang hotel tersebut.


Nama hotel: G Hotel

Lokasi: Persiaran Gurney, Georgetown, 10250, Pulau Pinang.

Jenis bilik: Saya tak pasti jenis bilik kami apa sebab bila tengok balik kat website, jadi confuse pulak.


Harga : Based on their website, harga bermula dari RM600 dan ke atas.


Konsep: Moden (kot!)


Ini adalah gambar di dalam bilik dan sekitar yang sempat saya snap.



Swimming pool yang sangat best. Siap ada jakuzi lagi tau tapi saya tak berendam pun. Aktiviti sangat pack. Keluar berjalan je. 

Tapi most of the times spend atas jalan jak sebab jalan jam, Penang always pack on weekend unless kalau keluar awal-awal pagi :p. Saya sampai Penang pun dah pukul 3 petang macam tu. Hehe.



Dalam bilik. 
Toilet tak best! Sebab takde pili air. Timba/baldi pun takde. Kitorang hampir-hampir nak ambil tong sampah yang disediakan di dalam bilik. Tapi...err..macam tak sanggup je nak pakai. Huhu





Gambar di atas sebelah kanan tu adalah welcoming drink ice cream as is complimentary. Banyak kan walaupun cinonet je cup tu tapi brain freeze jugak nak menghabiskan semua.


My verdict:

Apart from toilet issue, everything is perfect. Eh, ada satu lagi isu. Cadar katil agak berdebu, boleh rasa ada small particle. Terbersin few times jugakla. Sampai hidung berair. 
Ok, dua tu je. Yang lain sangat ok!


Pro:
1.  Spacious room
2. Comfy bed
3. Complimentary drink and chocolate in the fridge
4. Numbers of plug here and there so you don't have to fight with your partner untuk charge hp.
5. Banyak towel samada besar dan kecik plus ada jugak bathrobe. 
6. View sangat marvelous, mine menghadap bangunan-bangunan sekitar yang kebanyakannya adalah kondo. Dari bilik boleh tengok swimming pool jugak. Cantik la landskap kat swimming pool tu.
7. Sangat dekat dengan shopping complex sekitar seperti Gurney Paragon dan alamak apetah nama shopping complex tu. Lupa lak. Hehe.


Cons:
1. Toilet takde pili/hos air 
2. Toilet takde pili/hos air
3. Toilet/takde pili/hos air


Sampai tiga kali kan. Well, it is very important sebab aktiviti hakiki saya sentiasa perlukan toilet kan. Eh..apa punya ayat ni. Hehe.
Penting sangat toilet ni. Kalau saya pergi mana-mana pun, toilet akan jadi perkara utama. Rasa tak selesa sangat kalau nak membuang air kecil apatah lagi air besar kalau takde pili air tu. 

Haihh...camne nak pergi travel kat negara yang tak berapa pakai air sangat ni pija oii. Ehh...takpe, boleh usaha. Kan...Pandai-pandaila nanti.

2 comments:

  1. Hepi belated besday walu skrg 1 april... He he he...

    ReplyDelete
  2. hahahah CT wish happy belated bday jugak walaupun hari ni 12/4 hahahaha

    wut ? G Hotel macam tune ? nangis mak noks kalau CT lah pengarah urusan GHotel hahaha..
    maybe sebab hotel tu mahal orang tak selalu duduk.. seksa gak nak tido semalam kat GHotel..
    CT dapat tidur situ sebab mak kursus situ dapatla nempek..

    hotel mahal2 ni mmg la.. dia lupa dia beroperasi kat negara Islam.. dia bajet yang mampu duduk
    yang spesis calit2 je kot hahahah.

    ReplyDelete