Followers

Tuesday, March 10, 2015

Sebab blog ini terbiar lama

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Sebelum itu saya panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T.

Akhirnya, berakhir sudah tempoh pengajian saya di UUM selama 2tahun setengah. Lega sangat2. Sepanjang tempoh tu, macam-macam dugaan yang saya hadapi dan kebanyakannya berpunca dari saya. Semangat nak habiskan tu sekejap ada sekejap takde. Pelbagai sebab dan kebanyakan berpunca dari diri saya la. Mood upside down. Last semester, supervisor untuk research paper saya ni pun dah kata 'awak tak boleh habiskan sem ni ni, tak sempat'. Tapi alhamdulillah, saya dan kawan saya, kami berpakat nak fight jugak. Mesti habiskan sem lepas. Akhirnya, Alhamdulillah. Saya dapat siapkan dan hantar on-time.

Jadi, inilah antara sebabnya mengapa blog saya ini terbiar. Fokus memang kepada ini dulu.

Lepas dah habis pengajian ni, ada pulak soalan, "sambung PHD pulak ka lepas ni?"

Ohh...tidak...macam tak mungkin je. Cewah...tak mungkin, dulu masa orang tanya pasal sambung master, macam tu jugak jawabnya. But...this is real. Rasanya tak kot. Kecuali kalau jadi lecturer. Tapi rasanya tak. Tak..tak.. I'd have enough. Hahaha.

1 comment:

  1. Tahniah kerana berjaya tamatkan pengajian tu Fiz..sis JM mmg respect tau...so good luck on your life lepas ni...

    ReplyDelete