Followers

Monday, April 20, 2015

Short trip ke Pak Bara, Thailand Day 1


Assalamualaikum w.b.t.

Wah, sungguh lama mengambil masa untuk menerbitkan entry travel yang tak berapa nak jauh sangat ni. Ini adalah short trip seperti tajuk entry ini di mana trip ini hanya memakan masa selama 2 hari 1 malam sahaja. Kejap je kan tapi keluar dari Malaysia sikit. Nak kata over the sea, over the sea ke eh? Tapi tempat ni boleh pergi by the sea jugak walaupun saya pergi by the road. Hehe.


Bagi yang tak tahu, Pak Bara adalah salah satu kawasan di Thailand yang boleh diumpamakan seperti Kuala Perlis atau Lumut iaitu hub untuk ke Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. Pak Bara ini adalah hub untuk ke Pulau Koh Lipe. So, memang saya dah berangan-angan la dapat menjejakkan kaki ke pulau ini. 


Ok, to cut short, saya bertolak ke Thailand pada pagi Sabtu menaiki van yang ala-ala macam artis KPOP naik di Korea tu. Besar gedabak van nye dan sangatla selesa. Di akhir entry nanti saya akan share no contact untuk sesiapa yang ada plan nak mencari Van ke Thailand, Kemboja, Vietnam dan kawasan-kawasan sekitarnya sebab van ni memang akan bawak penumpang ke sana. Driver dia pun best. Rasa selamat dan menjaga kebajikan kita as his passenger. Nampak cermat dan saya sangat reccommend driver ni jika ada sesiapa yang mencari. I'm not a person who in charge for this trip so please dont ask further details about this. You can contact this number personally as I will post it at the end of Day 2's entry. Itu pun jika anda berminat dan ada perancangan untuk travel ke sana.


Trip ini adalah charity/visit dan sedikit bersukaria trip. Kenapa saya berkata sebegini? Nantikan...


So , first stop kami selepas melepasi sempadan Thailand dan memasuki Negara Thailand adalah sebuah sekolah agama yang bukan di bawah pentadbiran negeri. Everything guru dan sumbangan orang ramai dan begitu jugalah tujuan trip ini iaitu untuk menyerahkan hasil charity dan sumbangan ke pada pihak sekolah ini.


Teruja bila masuk je kawasan sekolah, terus terimbau zaman-zaman sekolah rendah dahulu.









Guru yang berkain pelikat. Hehe. 




Di sekolah ini kami dijamu dengan pulut ayam dan air teh (boleh pilih teh ais atau teh panas)





Kemudian bertolak ke erm..nak kata sekolah bukan sekolah...madrasah ke eh..tah..dah lupa tapi lebih kurang madrasah la kot. Madrasah untuk hafiz al-quran. Terletak jauh ke dalam kampung.


Di madrasah ini, pelajar dilatih seperti dalam cerita survivor seperti bercucuk tanam di sawah padi, menuai padi, membela ikan, kalau nak makan, siang ikan sendiri dan masak sendiri. Memang survivor la.


Terdapat titi buluh ni merentasi sungai. Agak mencabar untuk saya berjalan di atas ni as I only wore Jubah. Hoho. Anyway memang best. Tenang je rasa. 



Sebelah tu ada pohon buluh yang agak merimbun dan tinggi. Jika angin bertiup, berbunyi lah ia. Irama yang sedap tapi kadang-kadang seem creepy. Kalau malam-malam, agaknya memang meremang bulu roma kot.


Kemudian, selesai penyerahan sumbangan oleh ketua rombongan, kami bertolak ke sebuah masjid yang mengadakan kenduri. Sebenarnya saya tak tau ini kenduri apa tapi rombongan kami (2 buah van) dijemput khas oleh pihak masjid. Hmm...actually saya just follow trip orang which is my aunt punye office trip iaitu lawatan pensyarah ke sekolah agama dan pusat tahfiz. So saya takde la tanya secara terperinci sebab kita dah ikut orang. Tanya sikit-sikit sudahla. Kang melebih-lebih, over plak kau. 


Di perkarangan masjid dan di sepanjang jalan menuju ke masjid, gerai-gerai kecil menghiasi sepanjang jalan itu. Terlupa nak snap pic. (-_-)


Cara kenduri mereka agak berbeza. Again, lupa nak snap gambar makanan *sigh. 
Kami hanya diberi nasi putih. Kemudian lauk-lauk semua kena beli. Tak tahu la samada ini tradisi masyarakat Thailand ataupun disebabkan ini adalah cara mereka untuk mengumpul dana masjid. Wallahualam.


So lepas dah habis makan, kami kena bertolak ke tempat untuk menginap dan di sinilah bermulanya trip bersukaria yang takde la bersukaria mana pun.


Oh, sepanjang melalui jalan dari masjid ke van kami, saya terberhenti di satu stall yang jual makanan ni. 



Kawan saya kata nama makanan ni Kepek. Tak tahu lah betul ke tak. Katanya lagi di Kelantan juga turut dijual. Teringin la pulak. Tapi bila tah nak pergi Kelantan tu.




Ada dua perisa, satu manis dan satu lagi masin. 
Saya tak beli (dan ini yang saya rasa menyesal tak beli)
Cuma rasa yang orang beli sahaja, tu pun satu je yang masin. Kawan saya cakap yang manis tu sedap.




Ini lah kad jemputan majlis kenduri di masjid tu. Sempat snap.



So, jalan-jalan time. Kami menuju ke Pak Bara.



Berhenti di pertengahan jalan sebab ketua rombongan nak buat reservation for our dinner which is makan seafood.


Saya sempat snap pic area kawasan restoran ni.






Ok, to be continued...


*Moga diberi kekuatan untuk sambung entry ni. Hehe

4 comments:

  1. SS teringin nak pegi trip macam ni.... Sambil jalan.. Sambil beramal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau ada kesempatan, join lah. Best! Hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Ha'a. pelik. Reluctant jugak nak try tapi bila dah try. Sedap jugak.

      Delete