Followers

Saturday, May 16, 2015

Itinerary for my South Korea trip



Assalamualaikum w.b.t.


Apa khabar anda semua? Wah, tak berapa lama je lagi dah nak masuk bulan puasa n now dah hujung bulan Rejab. Puasa yang tertinggal tahun lepas dah berganti ke? Ehem...tuan belog pun tak habis ganti lagi. Jom-jom kita berpuasa.


Now tengah mengumpul semangat untuk update cerita trip ke Korea Selatan last two weeks. Haaa! Dah 2 minggu berlalu?! Baru je rasa feeling menunggu nak naik kapal terbang di klia2 a night before tu.  Masih terimbau lagi kenangan semasa di sana saat view photo dalam galeri album dalam hp, untuk edit dan masukkan watermark untuk publish dalam blog ini,. Ceewahh...


Ok, perihal watermark. Korang mesti pelik kan eh..ke tak perasan langsung? Haha...bukan apa, watermark saya sekejap perkataan ni, sekejap perkataan tu, sekejap design macam ni, sekejap design macam tu. Sebenarnya, masih mencari perkataan yang sesuai untuk trip ini. Bila dah ada, macam panjang sangat so saya buat shorform je la. Secara rasminya, trip kali ini dikenali sebagai My South Korea Spring Trip 2015 a.k.a MSKST2015 or dalam watermark adalah #MSKSpringTrip2015. 


Design dan font berbeza disebabkan ada watermark buat kat netbook dan ada buat kat hp je. Disebabkan guna perisian dan apps berbeza maka tidak samalah ia.


Baiklah. Mari saya kongsikan travel itinerary saya. Sebenarnya, itinerary ini telah dirombak beberapa kali sampaikan ada satu tahap saya dah pening dan malas nak menghadapnya. Serius! Pening disebabkan semua tempat nak pergi tapi masa tak mencukupi, confuse nak buang tempat mana jadi saya biarkan je dulu dalam table ni. Sakit mata juga bila dilihat banyak tempat nak pergi. Yours trully sangat bercita-cita tinggi. Terlupa pulak pergi dengan travelmate dan semangat my travelmate dengan saya adalah sangat berbeza. Huhu. 


Hanya sehari sebelum bertolak, barulah saya buka semula doc iti ni dah edit sedikit serta print-out sebagai guide semasa di sana.  Dan...itinerary ni telah saya refer daripada beberapa orang blogger dan forummer di cari.com.my. Saya juga telah meminta pendapat/petunjuk/guide daripada beberapa orang forummer di cari.com.my yang sudah banyak kali mengunjungi Korea Selatan. Itinerary yang pertama saya bagi pada mereka untuk mendapatkan pandangan mendapat gelakan yang manja (hahaha!) daripada seorang traveller ni. Cita-cita besar katanya. Biasalah, orang baru pertama kali nak pergi, semangat tengah membara, yakin je dapat pergi banyak tempat dalam satu hari padahal tempat tu sangat asing dan kita masih belum familiar dengan persekitaran. So, new traveller (especially yang nak ke korea), take note, walaupun korang bercita-cita nak pergi 5 ke 6 tempat dalam satu hari, put aside masa untuk emergency. Masa kecemasan ini kadang-kadang mengambil masa yang agak banyak dan agak rugi jugak sebenarnya contohnya seperti sesat barat nak mencari transfer line untuk subway atau salah direction/direction yang agak kabur daripada reference yang korang google tu (well, saya la tu.huhu). But well, kalau tak sesat barat, bukan namanya backpackers la tu. Dalam sesat-sesat tu pun we can learn something and getting to know new people :p. 


So, here is my travel itinerary, Planned VS Real!
Korang boleh tengok sendiri betapa banyak dan bercita-cita tinggi yours trully ni nak pergi satu-satu tempat di korea tu. Hahaha. Oh, lupa pulak nak beritahu, trip ini adalah selama 8 hari 7 malam.



Banyak tempat yang dalam list tak dapat cover. Kena repeat ni nampaknya. Autumn, tunggu aku datang!


Sekian entry mukadimah #MSKST2015. Nantikan full entry ye ;)

4 comments:

  1. nak tergelak pun ada gak...pesal lah plan nye tu byk sgt tempat dalam satu hari sah le x fully reach....of course lah real nye akan kurang...tapi byk gak tempat x semat pegi kan..same to sis JM..pegi seklai x mampu nk cover semua so perlu repeat...like moring glory calm dan nami island sgt cantik on Autumn so kalau x dpt pegi Spring hari tu x perlu menyesal

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tak dapat nak agak distance between each other.
      ha..betul tu..tu tak ralat sangat dan memang..kena repeat la jawabnya.
      cuma entah autumn bila la tu...hahaha

      Delete
  2. cepat sambung..nak tahu full story dan experience di sana...bab travelmate tu like same to sis JM je dari segi semangat totally different

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...memang tak boleh lari kan problem tu.
      semangat mesti berkobar-kobar.hehe

      Delete