Followers

Korea Spring Trip 2015: Day 0


Assalamualaikum w.b.t.


Macam mana entry sebelum ni. Drama queen tak yours trully ni? Ahakz.


Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan keazaman yang tinggi untuk menaip entri ini. Entry draft sebenarnya ni. Sikit-sikit taip, lama-lama jadi satu entry. hehe


Jadi, tanpa membuang masa, moh ler saya flashback to Day 0 of My South Korea Spring Trip 2015 or after this will be known as MSKST2015. Actually Day 0 adalah hari permulaan pengembaraan saya daripadahome sweet home di Perlis ke Kuala Lumpur kerana saya akan transit di KLIA2.


Saya bertolak ke KL sehari sebelum tarikh sebenar ke Korea Selatan dengan menaiki kapal terbang milik Air Asia. On-board from Airport Kepala Batas, Kedah. Almaklum, Perlis mana ada airport.
Sebelum bertolak ke Kepala Batas pada petang hari rabu itu, hujan agak lebat sehingga black-out di rumah. Bayangkan tengah kelam kabut bersiap (hehe...last minute kan), tiba-tiba lampu, aircond semua terpadam. Waktu tu dalam pukul 5 lebih so memang gelap la. Packing tak habis lagi, mandi pun belum lagi. Macam mana ni???


Actually packing pun tak habis lagi tu disebabkan..... once dah siap packing, saya punggah balik kononnya nak lipat bagi kecik-kecik supaya ada more space and it turn out otherwise. Daripada nampak tak bulky dan ada space terus jadi bulky dan agak sendat bagpack ku itu. Arhhh.. Malas nak fikir, bulky pun bulky lah. Oh, saya tak check-in bag. Hand carry je so thats why i've tried to make my bagpack look not too bulky. Air Asia kan ada restriction on measurement and size of hand carry. But, alhamdulillah. My bagpack lepas. Alhamdulillah. :).


So, selepas siap sedia semua, bertolaklah kami sekeluarga except sorang adik saya ke Airport Kepala Batas di Kedah dalam hujan renyai-renyai itu. Jam menunjukkan dalam pukul 6 lebih. So memang dah start gelap sepanjang jalan. Saya lak, dup dap dup dap. Risau jugak nak fly masa hujan-hujan ni. Dahla naik Air Asia, memang fuhh...risau lak.


Flight saya ke KL pada malam itu adalah pada pukul 9.30 pm. Kami sampai di airport Kepala Batas dalam pukul 7 lebih, nearly tu 8pm. So solat Jamak Taqdim siap-siap di surau airport. Then family saya temankan makan di cafe dalam airport tersebut kerana saya memang tak akan makan/dinner dah lepas ni. Saya akan overnight di KLIA2 pada malam ini disebabkan flight ke Korea adalah pada pukul 830 pagi esoknya. Actually, family saya tak tahu pun yang saya akan stay overnight, alone(!!) di airport KLIA2 tu! Saya memang tak beritahu sebab dah tahu my parents punye concern dia macam mana so i just keep it to myself.  Hehe.


Then, sementara menunggu waktu untuk masuk ke departure hall, duduk-duduk dahulu bersama keluarga sebelum nak berlepas. Actually kalau naik flight kat airport Kepala Batas, 20 to 30 mins, or maybe even 10mins before departure time pun boleh lagi masuk ;p. Tapi kalau kat LCCT or KLIA2 u buat macam tu, kirim salam good bye la kan. Sebenarnya...pengalaman dulu pernah tertinggal flight kat LCCT. Confident je rules kat LCCT sama macam kat Airport Kepala Batas. Sekali amik kau... bye..bye la jawabnya. Huhu.


Eh..sambung ayat tadi, sementara menunggu saya masuk ke departure hall, my mum pun tanya la adakah kawan saya menunggu di KLIA2 dan dimanakah saya akan tidur malam pada malam itu. 6 jam lagi kan. So mestila mereka expect saya tidur di hotel or rumah kawan.


Hahahaha... jeng..jeng....rahsiaku bakal bocor.
Saya ni manalah pandai nak tipu mak saya...serius, kalau mak saya ni, memang saya tak boleh nak simpan rahsia apatah lagi menipu. She got her senses. Pernah la dulu nak tipu but in the end, i confess juga. Haha. So lambat laun pasti diketahui jua, mom's 6th sense kot? Dia tahu anak dia lebih dari anak dia sendiri kot. So...apa lagi, pecah la rahsia. Saya bagitau la saya overnight or perhaps i can say that i will be sitting (not mingling or sleeping) around in that airport. Memang kena marah jugak la. They thought my travel-mate will wait for me till our morning flight together. Yess..together but no! My travel mate masih kat rumah family dia masa tu. My family risau sebenarnya. Bukan senang saya nak dapatkan their approval for this trip. Korang dah baca kan entry Pre-Korea Trip kan? This is my first time going out to oversea without them. Eh...nak pergi KL pun kadang2 my mum tanya nak temankan tak. Haih..tak percaya ke risau kat anak dia ni.Hmm.


Last few weeks saya ada naik flight dari KLIA2 to Alor Star so dah aim dah kat mana nak lepak. For me, u just give me a cafe like coffee bean with a good couch and internet, i'm all happy. I can stay at that place for hours!
So saya dah aim nak lepak-lepak duduk di Coffee Bean KLIA2 tu je. Tapi!!!
Cafe tu akan tutup pada pukul 12 tgh malam. So where did i went after that??


Alhamdulillah. Met 1 girl at Coffee Bean's cafe just like me who's alone and dont know which where to go after kena halau oleh pekerja cafe tu. Huhu. So, berjalan lah kami di sekitar Burger King dan naik (ke turun) but area sekitar Old Town White Coffee cafe tu. So we found a place untuk duduk-duduk or even baring coz ramai jugak orang yang duduk dan tidur di situ. Thus, we were not alone. Actually, I'm aware that there are spaces provided for people that have to stay overnight at the airport to catch-up early flight etc because I have google-ed previously tapi tak sangka la pulak that place..that spot. Haha. But then, alhamdulillah. That spot sungguh memberi sinar harapan bagi saya yang perlu menunggu hari esoknya seorang diri. So another 5 hours to go.


Terus rasa seperti gelandangan but what to do...duduk2 je la. Masa ni lah baru rasa syukur sangat-sangat bila dapat tidur kat rumah tu or even dapat tidu dalam kereta pun dah cukup. Salute la saya pada backpackers yang selalu travel jauh-jauh ni. Transit merata dan tidur pun tak berapa selesa. 


So kitorang pun duduk-duduk..then baring-baring sambil tengok cerita kat hp dan tab masing2. Beralih ke kiri, beralih ke kanan. Cari angle yang ok since tempat ni betul2 berhadapan dengan laluan arrival hall. Agak bising dan orang terus boleh tengok this spot. Tapi yang penting, tempat ni tak sunyi. Memang sentiasa je orang lalu depan ni. In shaa Allah, selamat untuk perempuan. I assured you, girl.


*So, tips for first timer female solo traveler, sementara nak menunggu early morning flight, or transit for more than 3 hours, korang boleh stay at this spot. Lokasinya, korang kena cari Old Town White Coffee Kopitiam ke cafe tu dulu.That spot betul-betul sebelah cafe Old Town and along laluan keluar dari Arrival Hall. . Ye la, rugi kot nak spend your money for few hours kat hotel, tempat ni memang ok sangat-sangat. But, this is for backpacker's style so you can't expect much. Dont expect much!


Asal ada orang kata kan. So kalau yang style mak datin tu, ada dua choice untuk yang tak nak jalan jauh-jauh, Capsule Hotel which is located at Ground floor (tapi laluan nak ke sana agak creepy je if lewat malam) dan Tune Hotel yang bersambung terus dengan KLIA2 ni. Actually, mula-mula terfikir jugak nak spend the night kat salah satu hotel ni, tapi bila fikir-fikir balik, risau terlajak tidur satu hal (ye la, dah dapat katil dan tilam yang empuk, tak ke best nak tido tu :p), kalau tertinggal kapal terbang...usih..no..no.., dan satu lagi sebab kos la. For few hours je kot so bertahan je la. Masa-masa ni lah baru terfikir bahawa tidur kat rumah tu adalah satu nikmat. Betulla, rumahku syurgaku. Hehe.. Rindu katil kat rumah tetiba. Haha. Ni baru nak fly, dah rindu. Camna nak mengharungi 8 hari lagi...


Ha...berbalik kepada my parents's concern, almost half an hour ke 15 minit sekali..haaha.. diorang akan kol, kejap mak saya, kejap abah saya. Kol tanya kat mana, tempat sunyi ke tak. So i need to reduce their concern la kan. Bagitau la dah jumpa kawan baru yang senasib dan jumpa sport yang tempatnya tak sunyi dan orang pun agak ramai. Mereka pun lega dan tak kol dah. Saya pun lega. I even snap pic around that place and whatsapp my dad as a prove. Hahaha.



Sebelum bertolak.

Bag dah siap packing. Owh..saya bawak dua hand-carry. Kononnya bawak that orange shopping bag akan lebih memudahkan saya untuk mengisi telekung travel, neck pillow, power bank, headphone and other little thing yang akan digunakan sepanjang perjalanan. Ye la, senang nak amik, then simpan balik. Kalau letak dalam bagpack, leceh kot, nak kena un-zip lepas tu zim balik, lepas tu kena tekan-tekan beg tu supaya tak nampak kembung. :p


Agak leceh jugak. Imagined that I have to carry this semasa nak naik flight, turun flight, naik bas, turun bas, naik ktx, turun ktx, naik subway, turun subway. Oh..tak lupa juga melalui Gimhae Airport to Busan station to Seoul station to subway station until reach our guesthouse. Fuhh...memang merah-merah tangan ku ini.


So lepas ni tak nak bawak beg oren tu dah! Kalau bawak pun mungkin yang kecil sahaja. Sangat kecil!





On the way to KLIA2.

Dup dap dup dap.


Actually semasa dalam flight tu, masih berfikir, kat mana nak lepak and kill the time until 5am. Kalau stay kat Coffe Bean, lepas pukul 12 dah kena cari tempat lain. So nak kena cari tempat yang selamat dan tak ramai orang. Terfikir surau yang ada di sekitar departure terminal tu. Lepas keluar dari flight, saya masuk dua surau sepanjang path untuk keluar dari departure terminal (ke hall?) Tapi macam sunyi je. So, tak jadi stay situ. Huhu.





Ok, dah jumpa tempat untuk beristirehat selama 5 jam. 

Marilah menonton cerita runningman dan roommate yang telah disimpan dalam hp ku itu sambil menunggu pagi esok tiba.

oh my travelmate, cepatlah datang. kebosanan nih...


6 orang nak bagi idea:

  1. akak tau spot lepak tu.. bagus jugak ade tmpt tu so xdelah org tido bersepah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kannn...yang penting tak sunyi dan selamat untuk perempuan yang travel solo.

      Delete
  2. day 0 pun certia dah menarik...ibu manalah tak risau kan..first time nk fly ke obersea..berdua dgn kawan lagi..pastu perlu bermalam lagi di airport..ofcoz lah risau...

    cepat sambung kih kih kih..x sabar nk baca pengalaman pahit manis masam busuk semua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak! bila saya ingat2 balik experience saya ni, teringat kisah kak kiah. tapi kak kiah punya memang win la. hahaha

      tungguuuu...

      Delete
  3. Wah solo2 je hebat nie... syioknya jalan2 korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ada rezeki sampai sana, Eh, saya pergi berdua. Tapi lepas ni mungkin solo kot...hehe

      Delete