Followers

Korea Spring Trip 2015: Day 1 - Departure and Arrival


Assalamualaikum w.b.t.

*Entry ni boleh tahan panjang jugak. Kena warning siap-siap :p.

Ok, secara rasminya hari pertama adalah pada hari saya bertolak ke Busan, Korea Selatan. 


Oh, travel-mate saya (dan selepas ini akan dikenali sebagai ina) sampai ke KLIA2 pada pukul 5++am. Alhamdulillah, dah tak keseorangan. Yeay! Bayangkan betapa happynye saya. Ye la, satu hal happy sebab dah betul-betul nak memulakan perjalanan ke Korea dan satu lagi sebab dah tak sorang-sorang.


Kami lepak-lepak sekejap di Old Town cafe bersama-sama mak dan adik lelaki ina. So, hampir dah pukul 6lebih, mak ina pun nak berangkat pulang, kami bersalaman, ina peluk cium mak dia dan kami pun mula bergegass menuju ke Departure Hall.


Pada masa itu, jam hampir menunjukkan 6.45am. Saya belum solat Subuh lagi. Ni kalau nak masuk ke security dan immigration dan terus ke departure terminal, ambil masa lama ni. Perjalanan baru nak bermula, takkan nak abaikan solat. So no!
Saya cakap kat ina, saya nak solat Subuh dulu. So dia tunggu saya di luar surau. Masa ni ina tengah 'cuti'.



Selesai solat, kami terus masuk ke Immigration dan security check. Boleh tahan ramai jugak orang masa ni. But it went smoothly.

Ha..baru saya tahu di KLIA2 ni perlu melalui dua security check jika ke luar negara (International) sebab domestik takde pun sampai 2 kali. Kan?!
Eh, di KLIA takde pun macam ni kan. Sekali je lepastu terus je pergi ke gate departure. Hmm..pelik...


Kami sampai di Pintu Pelepasan hampir pukul 8am. So saya pergi toilet dulu, buang apa yang patut (buang air saja) kerana tak sanggup saya nak masuk toilet dalam flight ni. Hehe. 
Alhamdulillah, berjaya tahan sehingga kami sampai di guesthouse (GH) di Seoul :p. Ina lagi dahsyat, masa kat KLIA2, dia langsung tak membuang air sehinggalah kami sampai di GH.


So apa kami buat dalam flight sepanjang 6 jam tu? Well, apa yang boleh dibuat selain melihat awan di tingkap...dengar lagu, tengok video EXO :p,  tengok runningman, tidur, makan, tengok runningman/roomate, tidur. Ulanglah sampai nak ke Busan.



*******************




Isi borang ni dulu. 
Alhamdulillah, I'm (we should feel) grateful! 
Kita ni warga Malaysia sangat beruntung kerana tak perlu buat visa. Boleh je masuk ke negara Korea Selatan tanpa visa yang prosesnya memakan masa beberapa lama. Fuh..teringat waiting time untuk visa umrah ke Arab Saudi hari tu. Agak lama la.

Tapi pastikan dahulu tempoh expired passport anda adalah 6 bulan sebelum tarikh travel anda.


Kalau tak...burn la tiket kapal terbang tu :p.


So, dalam kapal terbang buat apa....


Dengar lagu...tonton runningman and roommate dan tidur. Beberapa jam selepas penerbangan, hidangan pertama akan dihidangkan bagi sesiapa yang dah beli atau pun merancang untuk membeli.


Saya beli ni.



Mine!
Kimchi Chicken Duruchigi.





Saja pilih ni sebab lama dah teringin nak makan kimchi.

Taste?

Alhamdulillah.

Bolehla. 
Dalam bolehla tu, licin jugak sebab lapar. Hehe

Ye la, lepas bangun tidur mestila lapar kan :p





Ina punya.

Nasi dengan ayam teriyaki.

Sedap!

Next trip boleh pilih set ni.







Subhanallah.


 Never bored to see this ;).

Enjoy the view for a while

Then dozed-off..again! :p

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Lepas tu dengar announcement kata nak sampai Gimhae airport dah. 




Bandar Busan dari kejauhan...


Wahhh...teruja sangat.



Masa ni cuaca agak mendung. Nak hujan. Gloomy je. 


Gimhae Airport ni kecik je so senang, tak dela nak keliru sangat.


Oh..waktu ni memang tak de snap-snap pic sebab kalut nak keluar flight, lepas tu sampai bahagian immigration/security check, kena isi satu borang pulak lagi, then queue. Barisan agak panjang tapi masa menunggu takdela lama sangat. 


Masa ni lah bermula pengalaman saya deal dengan lidah orang Korea yang pelat. :p. 
Kan sebutan Z mereka berbunyi J..kisahnya..masa isi borang tu, perlu diisi nama tempat yang kita akan stay as if stay kt GH, tulis GH, if rumah sedara, tulis alamat rumah sedara. Complete. 

Saya stay dekat di Zaza Backpackers so saya pronounce la 'ZA.....ZA.... Backpackers'. Tapi officer tu tak faham. Oh...alkisahnya saya lupa nak tulis nama GH. :p. Saya just tulis Myeong-dong, Seoul je  Haha. So bila ditanya, saya cakap je la. Bila dia tak faham, dia suruh tulis...lepas tu baru lah dia faham dengan gayanya percakapannya 'Oh....Ja..Ja....Backpackers'... Hehehe. 

Ok..Macam mana lah boleh lupa. Biasa chinese memang lidah diorang pelat kan. Hehe..take note lepas ni.


So dah melepasi immigresen mereka..terus cari tourist counter...tanya bas untuk ke Busan station naik kat mana. Ok..dah tahu so jom menuju ke pintu...alamak...tak ingat dah..rasa macam pintu 2. Hehehe.


Takde banyak tempat menunggu bas sangat so boleh je cari sendiri tapi ambil masa la kan. Untuk kami yang tengah rushing ni, baik tanya siap-siap. Kang sesat pulak walaupun airport Gimhae ni kecik. 



Ha, saya sempat snap pic ni je kat tempat menunggu bas.




Laluan bas untuk Busan station.

Masa naik bas, bagitau je kat ahjusshi tu nak turun kat Busan Station dan duduk je seat belakang ahjusshi driver. Senang. Apa-apa boleh tanya.


Tambang adalah sebanyak 6,000 won.

Sepanjang jalan, memang teruja sangat nampak bunga yang berwarna-warni macam kat Pesta Bunga Flora kat Putrajaya tu. Bayangkan tu kat pesta baru boleh nampak...ni kat sepanjang jalan..bersepah je..eh..takde la bersepah tapi nak mengambarkan betapa banyaknya kat sini. Tepi-tepi jalan je tu.


Once dah sampai Busan Station, kena cross the road by subway path.

Once dah sampai depan Busan station tu, memang terus saya snap pic bunga ni.



Subhannalah. Cantikkan.











Bangunan Busan Station



Ok, enough snap-snap, terus rushing masuk dalam bangunan ni untuk cari kaunter beli tiket. Terserempak dengan dua orang Malaysian masa tengah queue nak beli tiket ni.  Saya nak la tegur hi..hi...tapi macam ehmm...diorang busy2 sikit kan so takpela. *pastu jumpa lagi dalam train as we were in the same coach tapi hm...


Alhamdulillah, kami dapat beli Standing coach dengan harga 46,000 won (kot!) Hehe..dah lupa.
Standing coach ni akan dijual selepas Standard coach sold-out. Standard coach lebih mahal dalam 59,000 won. Banyak beza kan. Melalui pengalaman saya, keadaan seating tidaklah berbeza cuma suasana je yang berbeza. Dan...Standard Coach pastilah confirm kita dah dapat seat tu. Standing Coach ni, kalau ada kosong, baru boleh duduk. Kiranya siapa cepat, dia dapat la. Yang part suasana tu, Standing Coach..nama pun standing kan so memang passenger yang tak dapat seat memang akan berdiri lah sepanjang laluan tu. Sesiapa yang tak biasa mungkin akan rasa rimas. Setiap pit-stop, bersilih gantila orang turun dan naik. Hehe. Oh..alhamdulillah kami naik-naik ada tempat kosong. So, dudukla sepanjang jalan ni. Dan syukur jugak, disebabkan kami rushing tadi, saya tak sempat solat di airport. Waktu tu dah pukul 3 lebih. Nak solat di Busan Station pun risau terlepas train. So saya solat dalam KTX. Solat secara duduk. Kuatkan hati dan abaikan je orang Korea yang berdiri sepanjang laluan kerusi tu. Confirm diorang tengok pelik je. Tapi saya buat taktau je la. Hehe. So, dapat buat Solat Jamak Ta'akhir Zohor dan Asar. Lega. Ha..dalam KTX ni...saya tak tahu la kenapa..letih sangat..memang saya tidur. Bila train berhenti kat pit stop, terjaga sekejap, then sambung tidur balik. Mengantuk yang amat.


Perjalanan selama hampir 3 jam, sampailah kami di Seoul Station. Alhamdulillah. Lega dah sampai Seoul. Tak sabar nak check-in GH ni. Nak rest dan baring kejap. Fuh..Dalam hati berdoa semoga mudah la kami jumpa Zaza Backpackers ni.





Ok..jom cari Line 4 Subway to Myeong-dong.

Eh..sebelum tu kena beli T-money dulu. Kami beli T-Money kat mesin je. Ada dekat area mesin reload tu. Kemudian, reload siap-siap duit.



Ok. jom menuju ke stesen Myeong-dong. Selang 1 stesen je dengan Seoul Station ni. Dekat je.

Bila dah sampai stesen Myeong-dong, keluar je dari subway station tu. Ikut map dari GH, bila nampak Pacific Hotel,amik jalan sebelah kiri dan terus jalan. Jalan-jalan...haih..semakin uphill..stamina dah semakin berkurang. Tapi tak namnpak landmark seterusnya iaitu Dubu-Dubu Restaurant. Saya pun tanya la kat satu kedai farmasi ni. Mula-mula tanya kat mana Restoran Dubu-Dubu. Then ahjusshi macam tak faham. Tanya pulak Zaza Backpackers. Terus ahjusshi tu panggil sorang ahjumma. Dan ahjumma tu tahu..siap bawak kami keluar untuk tunjuk lorong ke Zaza Backpakcers. Rupanya belakang farmasi ni je. Alhamdulillah dipermudahkan. Lega sangat. Akhirnya berjumpa jugak GH ni.


Bila dah nak check-in, staff GH ni cakap bilik yang saya reserve tu kat satu lagi GH. Cawangan baru or joint ventures GH ni..lebih kurang macam tu la. Namanya Global Hostel Myeong-dong. Aigooo..kena keluar dan jalan lagi la pulak...Baru saya tahu Zaza Backpackers hanya ada bilik untuk family saja. Macam kami, 2 orang, memang takde bilik untuk 2 orang kat situ. Hmm..bertabahlah badan dan kaki.


Kena jalan sikit,  agak uphill then sampaila kami di GH Global Hostel Myeong-dong ni. Bilik ok..toilet pun bersih. Cuma saiz tu..faham-faham la GH di sekitar Myeong-dong ni tidakla sebesar mana. Sekadar ada ruang sedikit untuk letak beg bagasi dan solat. Itu sahaja. But thats enough for me. Janji bersih sudah.


Oh..pasal Guesthouse, saya akan update entry yang berasingan. Khas untuk Guesthouse sahaja. Almaklum, pergi seminggu, stay sampai di 4 buah Guesthouse. Hihi.


Lepas rehat-rehat kejap, Ina dan saya  keluar ke Myeong-dong street. Saja nak amik mood jalan malam-malam di Korea, usha kawasan di situ sambil nak cari makanan jugak.

Waktu tu pun agak lewat, gerai di sepanjang jalan pun ada yang dah tutup. Tak banyak yang masih buka. Saya tertarik dengan satu makanan ala egg tart. Saja nak cuba. So beli la satu. Rasa seperti toler goreng bercampur gula. Hehe. Tapi okla. Nak cuba makanan baru kat Korea. Nice experience for me.


Kemudian jalan lagi, jumpa seorang ahjusshi jual strawberry berharga 3000 won. Besar-besar dan nampak fresh. Excited jugak sebab sebelum tu  Ina dah terbeli pek strawberry dalam kedai kecik dalam Myeong-dong subway tu. harga dalam 4 ke 5 ribu tah.  So..bila jumpa yang murah dan elok pulak tu, terus saya beli. Hehe.



Banyak... 2 hari baru habis. Tu pun share. Oh..how i miss Korea's strawberry.




Ok..ni baru hari pertama....esoknya kami pergi tempat yang luar daripada Seoul. Tempat yang Malaysian jarang pergi so tak banyak reference yang saya jumpa. Melilau jugak mencari line subway kat Seoul station tu. Fuh.. 

Kemanakah kami? Tunggu....

6 orang nak bagi idea:

  1. sambung lagi...akak nak pergi korea gaklah.. nak bawa balik bae yong jun. kesian die tak kawen2 sbb kecewa akak dah kawen..kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudia....haha..pergi kak...memang best Korea *thumbs up

      Delete
  2. kenapa x ambil tix direct terus ke Seoul..nanti last day patah balik ke Busan eh Pija?

    Esoknya pegi Ilsan Park kan..tul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..time purchase ticket tu agak rushing. Bila dah beli baru terfikir dan check harga..lebih kurang je tapi dah beli..nak buat camna kan..huhu

      Hehe..jeng jeng...:p

      Delete
  3. banyak kali dah pergi korea, tak ada rezeki lagi nak jejak ke Busan. Harap- harap akan datang ada rezeki. Restless juga duduk dalam kapal terbang tu kan? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi lah nanti. Best jugak. Saya pun aim nak pergi Busan lagi lepas ni, kalau ada rezeki.

      Yup, restless. Tapi lenguh kaki jugak la..6 jam rupa gitu je. Hehe

      Delete