Followers

Korea Spring Trip 2015: Day 2



Assalamualaikum w.b.t.


Wow...its been a long...hiatus for me to write about my Korea adventure in this blog.

Orite, sementara momentum masih ada, semangat masih berkobar-kobar untuk menaip, jom kita baling belakang hari kedua saya di Korea.

Hari kedua:
Goyang, Ilsan
Dongdaemun History and Culture Park


*sebelum tu nak warning, its gonna be a longggggg entry for this time!

so, sesiapa rasa boring nak membaca, bolehla klik X kat atas belah kanan tu.

**************************************************************

Hari kedua iaitu hari Jumaat, sepatutnya kalau ikutkan itinerary, kami akan ke Everland, the most amazing theme park in South Korea...well...as for me :p.
Eh..rasanya orang lain pun bagi pendapat yang sama kot. Ramai yang prefer Everland compared to Lotte World.


Tapi...dah kata plan itinerary...so plan je la..haha...kami tak pergi pun ke situ.
Antara sebabnya, semasa kami turun breakfast di pantry GH, met two malaysian women just like us, travel berdua. Sembang-sembang dengan mereka dan mereka inform yang bermula hari ini sehingga ahad or isnin (kot! tak ingat dah tapi sepanjang minggu ni la), places of interests in Seoul will be crowded with people from China. Sebab weekend tu bersambung dengan public holiday iaitu Labour day and Children's day. So memang expect crowded. So kalau nak naik satu-satu ride, confirm la queue sangat panjang. Entah amik masa berapa lama la untuk satu-satu ride tu kan termasuk nak queue lagi. So, next time la datang Everland ni. (Tah bila tu)


Satu lagi faktor, lepas saya research kat forum cari, ada forummer suggest pergi ke International flower festival in Goyang. Festival ini hanya akan diadakan pada musim bunga sahaja so macam special la sikit kan. Everland tu bila-bila pun ada. Saya cadangkan pada ina and she agree with me and off we go.

Cuma tu la, disebabkan festival ni luar Seoul, Malaysian tak ramai yang pergi or mungkin tahu. Agak sukar untuk saya mencari maklumat tentang cara-cara nak ke sana. Memang start hari kedua ni la semangat masing-masing diuji. Haha. Hampir nak give-up dah nak ke Goyang, Ilsan ni sebab daripada Myeong-dong station, kena tukar line subway ke Gyeongui Line di Seoul station. Nak mencari station ITX Gyeongui Line ni lah agak mencabar kerana untuk ke stesen line ini, kami perlu perlu keluar dari bangunan Seoul station (taktaula kot-kot ada laluan dalam bangunan tu yang kami tak jumpa T__T).



Saya tanya ahjumma ni..


Ahjumma ni membantu sangat-sangat wlaupun muka dia garang..reluctant masa mula-mula nak tegur tu ...
anyway kumapta ahjumma.


Kemudian Ina tanya seorang agashi pulak...finally beautiful agashi ni tolong tunjukkan jalan.

Actually agashi ni pun tak tahu jugak so melilau-lilau jugak dia mencari dengan kawan dia. Tanya orang itu, orang ini. See...semangat betul Korean ni kalau nak membantu.

Sebenarnya, signboard dan petunjuk untuk ke Stesen Gyeongui ni ada cuma arah tu agak mengelirukan.

Ina nak ajak la agashi ni bergambar tapi beliau tak nak. Hmmm. Pelik juga kenapa beliau taknak bergambar. Tapi takpela. Say thank you and off we go to Itx station.
*Agashi ni comel+cantik sangat. Rugi..rugi tak bergambar tapi tu la...tuan badan tak nak kan..Respect her decision la.

Sesampainya kami di stesen ITX ni, tengok masa next perjalanan, lambat lagi dalam masa setengah jam. Tak da apa yang nak dibuat, cuma duduk-duduk saja. Berehat selepas penat berpeluh-peluh mencari station ni tadi. Phew.

Dalam masa yang sama, saya risau jugak, betul ke train yang akan sampai nanti menuju ke tempat yang kami nak pergi ni. So tanya seorang lelaki ni, bukan ahjushi sebab takde la tua sangat. Dia cakap betul. Ok la. Yakin sikit.


Kami turun ITX di stesen Daegok then tukar subway Line 3 untuk turun di Jeongbalsan station.

Pic snap masa nak balik so arah tu lain la


Dah sampai st. Jeongbalsan, keluar je dari subway st tu terus je ikut laluan path ke taman (no need to cross the road). Mesti lalu taman a.k.a. park yang besar (kawasan yang lapang). Kiri kanan ada bangunan. Oh..saya nampak bangunan MBC kat sini tapi disebabkan kami mengejar masa, tak sempat nak pergi. Huhu. So haruslah aim untuk next visit to Korea lepas ni. In shaa Allah. Moga ada rezeki.


Laluan subway untuk ke Goyang ni: 

St. Myeong-dong (Line 4) --- Seoul Station (tukar Line Gyeongui) --- Daegok st. (tukar ke Line 3) ----- Jeongbalsan st.

Roughly, untuk sampai ke Goyang ni, kena tukar line sebanyak 2 kali. Ok la tu kan.




Ni la park yang perlu kami lalui sebelum sampai ke lokasi pesta flora ni.


Jalan terus dan amik laluan sebelah kanan iaitu menaiki jambatan. Perlu cross jalan kat bawah tu.

Oh, sebelum naik jambatan tu, ada kaunter tiket. Actually, kaunter tiket tu tak besar mana. Kalau jalan menonong je, memang tak perasan la. Ni kaunter tiket untuk masuk ke Festival bunga ni. 

Mula--mula saya pelik sebab tengok ada je orang yang tak bayar kat kaunter terus je lalu naik jambatan tu. Tapi, bayar je la. Dalam 6 ke 7 ribu won. Hehe..tak ingat dah. 






Ni kat atas jambatan tu..





Sampai-sampai je ada orang ramai berkerumun. So kami pun sibuk-sibuk nak tengok jugak. Macam tarian orang Afrika.

Rupa-rupanya ada Entry Gate untuk masuk ke Festival ni selepas melalui beberapa booth yang ada.

Fuh...nasib baik beli tadi. Cuba bayangkan kalau kami menonong je jalan atas jambatan tu, kena patah balik kot untuk beli tiket. Agak jauh jugak la jarak antara kaunter tiket and entry gate.



Kat floria festival Putrajaya dapat ke bergambar dengan bunga macam ni :p



I love being surrounded by flower *love



No caption.





Nak amik gambar kat sini kena queue, agak panjang tapi macam best je kalau bergambar kat sini kan.
So bertabah la untuk menunggu giliran.








Ada seorang ahjushi tu asyik 'tembak' je dslr dia kat sesiapa yang dia nampak. Kat orang tua, orang muda, budak kecik, bunga-bunga la. Dia nampak kami berdua tengah snap-snap pic masing-masing (selfie la tu), terus dia cakap nak tangkap pic kami jadi buat-buatla selfie. Banyak jugak dia tangkap so saya mintak la ahjushi ni 'send'kan semua gambar yang dia tangkap tu thru email. 
Hmm..sampai ke hari ni takde pun. Huhu..takpela..fikir yang dia sangat sibuk kot. So, ni lah satu-satunya pic kami berdua yang ina snap dari dslr pakcik tu.







Belakang tu kaktus tau...








Taktau la kenapa mata macam tu...Mengantuk kot. Rasa nak tidur je atas bunga-bunga ni..Haha




Love the lighting!










Banyak sangat design arca bunga yang organzier buat...ni pun dah tapis-tapis mana yang ok. But still banyak kan.


Kami tak larat nak keliling satu taman tu. Tengok jam pun dah nak dekat malam dah. 6 lebih kot masa tu. Perjalanan untuk pulang agak jauh. So kami pun keluar dari festival ni dan singgah satu port yang memang dah aim sebelum ni. Hehe.


Taraa!


Our first brewed coffee in South Korea. 


Iced Latte and Caramel Macchiato.
Sedapppp!



Semalam tak sempat beli pun. Sementara nak rehatkan kaki sekejap (perghh..serius sakit kaki disebabkan boot tu!). Layan internet sekejap since wifi memang merata-rata kat Seoul ni. 

Thats the thing i like about Korea!
Dalam sejam dua jugakla.




Menunggu subway di stesen Line 3.


Kemudian, kami bertolak ke DDP as Dongdaemun Design Plaza. Walaupun kaki dah tak larat nak berjalan tapi jalan tetap jalan. Masa berjalan kan... kang tak pergi hari ni, entah bila pulak boleh pergi. Itinerary kan dah penuh dalam jadual tu T__T.


Route subway: 

Jeongbalsan --- Jongno 3(sam) ga (tukar line 2) ---- Dongdaemun History and Culture Park

 Kena tukar line sekali sahaja iaitu di stesen Jongno sam ga. Ok la tu kan. Hehe.

Ada dua motif nak datang sini. Satu nak bergambar dengan arca dan senibina bangunan yang futuristik di sini dan satu lagi....shopping!!! Hahaha. Baru hari kedua dah shopping kau...lepas tu pening kepala sebab bajet lari. Haha..Tapi nak buat macam mana. Nak datang sini pada hari lain dah tak boleh. Jadual dah padat kan :p.


Disebabkan kami sampai lewat jugak, tak dapat la kami nak masuk bangunan tu. Tah apa tah nama dia. Sebab dah tutup. So, bergambar kat luar tu je la. Tapi memang cantik. Serius sangat cantik lampu-lampu waktu malam kat situ.


Masing-masing snap pic guna hp masing-masing. Selfie ke selca ke. Ina dah entah ke mana. Dalam masa saya tengah selfie sorang-sorang, tiba-tiba datang la beberapa orang remaja lelaki Korean ni..apa mereka buat?


Nak tahu?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Join selfie dengan saya! 

Tak percaya?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Ha bukti ni! =p

Psst..no touching ok. Ilusi gambar je tu.

Sayang pencahayaan kurang. 

Tak jelas muka sorang-sorang tu. :p

Ehm..tetiba tengok yang sebelah kiri tu macam creepy je. Hehe. Dia pakai hood tu.





 Magnificent!







 Bangunan yang ada di sekitar DDP.





Awesome scenery!


Saya tak tahu la kenapa saya boleh lupa nak snap pic futruristik building tu. Gambar selfie ada tapi...enough of my selfie for today. Haha. Eh..ada satu lagi....janji...satu je lagi. Untuk hari ni. Hehe...





Ha...ni la tempatnya yang ditunggu-tunggu.


Oh..Doota Mall ni buka sampai pukul ....alamak..(lupa lak) tapi sampai pagi la. So orang yang tak boleh tidur malam boleh datang shopping kat sini. Hahaha.


Tujuan nak masuk Doota Mall ni sebab nak cari kedai Arirang. 



Famous among Malaysian and Indonesian!

Sampaikan staf di kedai ni boleh bercakap fluently in Malay and Indo. Kalau dengar suara tanpa melihat muka, pasti kita akan ingat yang bercakap tu pure Indon or Malay. Well, that's me!

Tapi bila tengok yang bercakap tu...terkejut jugakla. Korean rupanya.

Sebelum ni saya ada baca di blog dan forum cari yang memang ada seorang staf yang boleh bercakap in Malay but for certain words. Memang tak expect la mereka boleh bercakap panjang lebar in both languages like natives kot.

Respect betul. 

Ha...mamat ni la yang mula-mula tegur kami in Malay.



"Ramai orang kata muka saya macam Yoo Jae Suk", kata beliau.

Sebelum dia mention, memang tak perasan pun tapi bila dia mention tu, eh..eh...ada iras-iras sedikit. 

Since saya pun minat dengan Uncle Jae Suk ni (Eh..tiba-tiba kan)..so..jom wefie la...

Tak dapat bergambar dengan real Yoo Jae Suk, dengan look alike pun ok what :p





Fall in love with this hanbook. Cute and beautiful. 



Ni kat kedai sebelah Arirang tu. Comel pulak Mail box ni.



Lama jugak kami di dalam kedai tu. Masa tu dah nak pukul 11 kot. Risau jugak time subway end pukul berapa kan. Hahaha..masa ni lah baru tau perkhidmatan subway end at what time. 

Kelakar but also a lesson for us. Well...you know what i mean right? ;)


Yess! Kami tertinggal subway yang terakhir. Sipi-sipi je lagi sebenarnya...

Masa kami sampai di laluan subway tu, rasanya kami baru je terlepas subway yang sepatutnya kami naik. Sebab lepas kami sampai, ada la beberapa orang pun menunggu subway yang sama seperti kami. So, kami pun tunggu la beramai-ramai. Tapi dalam hati rasa macam...aih...apsal tadi orang berlari-lari nak naik subway yang bertentangan arah even mereka nak naik subway arah yang sama dengan kami. Eh..faham ke,,ayat berbelit-belit ni. Hehe...Oh..satu lagi clue is bunyi tanda subway datang tu. Eh, rindu la pulak nak dengar bunyi tanda subway dah nak sampai tu. Hehe.


So...apa yang berlaku...Ina bersembang dengan seorang mat saleh ni. Foreigner..
Katanya warganegara Rusia. Yang seorang tu nampakla kematsalehannya tapi rakannya tu nampak seperti orang Korea, chinese look la.

Bila dia bagitau kami yang dia warganegara Rusia, memang kitorang tak percaya. Well, come to think about it, he must be upset with us. Sebab tak percaya kan. Tapi, takkan kami nak percaya bulat-bulat when physically he is just look like Korean. Kan...Hmm..

Anyway, mereka nak naik taxi and they asked us to join them. Fikir-fikir so nak tunggu apa lagi kan kat subway station ni. Dah terlepas pun subwaynya. Choices yang ada either naik bas or taxi. Hmmm.

Jadi, kami ikut mereka dulu keluar dari stesen subway tu. Mohler kita pergi cari taxi kat depan bangunan sebelah Doota Mall tu. Badan pun dah tak sabar nak rehat, kaki apatah lagi. Tak sabar nak balik bilik dah ni.


Untuk taxi, mamat Korean look yang cari and tahan taxi untuk kami. Lepas menunggu beberapa ketika, ada taxi yang kosong dan setuju hantar kami ke area Myeong-dong. Oh..lupa pulak nak kabor yang mamat berdua ni pun stay kat area Myeong-dong jugak. Bila masa nak membayar tu, mamat Korean look ni cakap tak payah. Dia belanja. I insist to pay but he said no need. Tambang dalam berapa ribu won tah. Alhamdulillah, jimat duit kami malam tu. Hehe.

Jadi, kami berpisah di stesen Myeong-dong ni. Mereka stay di Hotel apatah...ha..satu lagi info about them, mereka sangat meminati The Beatles. Disebabkan Paul McCartney buat performing kat Seoul,  thats why they come all the way from Russia just to watch his performing. Katanya baru sampai pagi tadi dan terus ke konsert Paul Mc Cartney tu. Fuh...sanggup kan. Ehem...i pun kalau poket tebal, EXO buat konsert pun I pergi sana. Eh! ;p


So, thats the end of our Day 2. Fuh. Habis jugak entry Day 2 setelah beberapa kali taip, save draft, taip, save, taip, save sampai ada orang tanya... dah update entry Korea ke =p.

Lepas ni boleh habaq kat sesiapa yang tanya tentang updated entry, jawapannya is DAH! Dah la kan...untuk Entry hari ke-2 la. Hehe.

Sabaq na...ada banyak lagi entry yang telah tersimpan dalam draft. Semoga diberikan kekuatan dalaman untuk saya menaip. Maxis Line, please be nice to me. Please be smooth like Ferrari!


**saya bukan lah seorang yang suka selfie. seriously! i'm not. tapi entah mengapa..., bila pergi ke Korea ni, bila browse picture in phone's gallery, banyak sungguh selfie yang saya buat sampaikan sukar untuk mencari gambar sesuatu tempat atau bangunan tanpa muka bulat ku ini. Adoiii..malu kot...tapi demi nak update entry di blog, upload jugaklah..huhu.






5 orang nak bagi idea:

  1. cantik pesta flora tu.. akak pon suka bunga tp kat rumah seketul bunga pon xde. acane tu

    ReplyDelete
  2. Hahaha kalau ke Dongdaemun memang masalah nak balik kan? cantik festival bunga tu, tak tahu menahu pula, kalau tak boleh juga terjah ke sana. Sakura tak ada eh area tu?

    ReplyDelete
  3. Ilsan Park!!! rugi sbb time sis JM pergi mid April festival tu dah tamat..pastu hujan plak...mmg x best nk jalan2...mamat di kedai Arirang tu mmg fasih bahasa melayu...customer biasa dari msia dan indonesia...pernah sekali tu sebuah bas turun masuk kedai tu...

    ReplyDelete