Followers

Tuesday, September 29, 2015

Korea Spring Trip 2015: Day 3

Assalamualaikum w.b.t.


Finally setelah lama tersimpan dalam draft, akhirnya dapat publish jugak Hari ketiga di Seoul.

***********
Setelah lama berhenti seketika daripada cerita travel ni, jom kita sambung balik (sementara semangat nak menaip masih ada. hehe). Disebabkan dah lama tapi still tak boleh lawan sis JM lagi la kan..hihi (gurau je ye kak ;p), so dah ingat-ingat lupa. So sambil menaip ni, kena dengar lagu KPOP la..down to memory lane la kan :p.


Hari Ketiga

Destinasi untuk hari ini adalah:
1. Gyeongbukgung Palace 
2. Gwanghwamun Square
3. Bukchon Hanok Village
4. Hello Kitty Cafe ~Hongdae
5. MangoSix Cafe~Hongdae

Instead of splitting into few entries which i dont know when can i finish that :p, i'll merge all the places we went into this one entry. So, anda boleh bayangkan berapa banyak gambar yang akan ada di dalam entri ini. Bare je la ye. Tapi tempat-tempat tu antara yang best dan comel so layankan je la ye. Hehe.


Selepas breakfast a.k.a brunch, kami pun keluar menuju Myeong-dong st untuk naik subway.

Sebelum berjalan, kena beli kuih ni dulu as kudapan.
Namanya Delimanjoo. Kedainya di dalam stesen subway Myeong-dong.
Fuhh..teringat-ingat kesedapannya...




Ramai Malaysian yang pernah ke Korea khususnya Seoul makan kuih ni dan saya pun terpengaruh selepas membaca di forum dan blog-blog travel.



Lihatlah...bukti Malaysian yang pernah makan kuih ni.


Sambil tunggu subway, kunyah satu, adalah 2 3 4 biji masuk dalam mulut sebelum subway sampai. Makan panas-panas, memang sedap. Intinya kastard tapi satu je, terlalu manis. Jadi sekejap-sekejap mesti minum air kosong. Lepas tu mula la rasa nak terkucil.


Our first stop for today:


:Gyeongbukgung Palace:

Once keluar dari subway di stesen Gyeongbukgung, wah..kagumnya saya dengan interior design stesen ini. Very historic. Keluar dari stesen subway, terus nampak bumbung bangunan muzium. Terus excited. Bila jalan ke depan lagi, nampak bumbung Gyeongbukgung pulak, level of excited terus meningkat. Hahaha..














Orang agak ramai. Almaklum, sewaktu kami ke sini adalah hari Sabtu dan juga bersambung dengan cuti umum. Faham-faham sajalah bila dah cuti macam ni.












Rasa di hati, teringin sangat nak masuk ke dalam Istana ni dan melalui Secret Garden. Malangnya, kami datang hari yang salah kerana orang a.k.a visitor yang terlampau ramai. 

Tips for new traveller yang nak pergi ke places of attraction, sila elakkan untuk pergi ke hari cuti umum dan hujung minggu. Paling-paling kurang, avoid public holiday. Kalau tak...tengoklah orang ramai tengah queue untuk beli tiket ni.




Ini pun sebahagian daripada barisan untuk beli tiket. Bila tengok ni je, terus kami down. Disebabkan banyak lagi tempat untuk cover pada hari ini, so tunggu sekejap untuk upacara pertukaran pengawal (Changing Guard Ceremony), selepas tu kami pun bergegas ke Dataran Gwanghwamun yang terletak berhadapan dengan pintu gerbang Gyeongbuk-gong ni pula.




Upacara pertukaran pengawal sedang berlangsung.



Susah benor nak tengok wajah-wajah pengawal ini. 
Ataupun memang sengaja mereka cover wajah mereka dengan topi tu eh? 

Ehem..guard yang ni boleh tahan handsome. Macam Oppa..Jongki. hiks.



********************************

Next location is Gwanghwamun Square



Asal usul Hangul.





Bergambar dengan Tugu King Sejong. Hihi








Bunga yang terdapat di sepanjang dataran ini. Macam bunga plastik je kan. Geram tengok.




Tugu Jeneral Lee Soon Shin








Terdapat upacara atau majlis memperingati mangsa yang terlibat di dalam tragedi feri ke Pulau Jeju yang tenggelam tidak lama dahulu. Actually ada beberapa perhimpunan or mungkin demosntrasi di sepanjang dataran ini. Sebab ada ramai juga polis pada masa ini.  Ada jugak iklan ke apa tah tentang agama Kristian. Memang terbuka dipamerkan tentang ajaran agama Kristian. Hati ni dup dap dup dap je. Sebab tak biasa berhadapan dengan situasi sebegini. 


Tapi melalui pembacaan saya di dalam forum dan blog, kejadian seumpama ini memang la biasa sangat di Korea. Approach by Korean yang nak ajak masuk agama mereka, itu sangat biasa. Alhamdulillah tiada tragedi yang dahsyat. Cuma ada satu situasi, waktu ni kami di subway, kami berdua didekati oleh seorang mamat Korean ni yang mulanya interested bertanya tentang asal usul kami kemudian dia mula bercakap tentang agama Krsitian tetapi dengan gaya yang santai. Saya apa lagi, keluarlah Hangul yang berterabur, tapi sempat juga dipuji oleh beliau katanya saya pandai jugak bercakap korea. hahaha..so bila dia tahu saya pandai cakap korea, perbualan tentang agama beliau terus terhenti. Kami bersembang secara santai sahaja then say goodbye. Alhamdulillah, tiada perkara yang mengejutkan berlaku. 


So tips kat sini, be confident. Jangan takut-takut. Kadang-kadang bila kita risau-risau, rasa takut-takut, orang sekeliling dapat sense benda ni. Kalau orang berniat jahat, hmm..taktau nak kata la. Doa banyak-banyak je la. Tapi kalau yang berniat baik tu, in shaa Allah, mereka akan tolong kita. Orang Korea baik-baik sangat. Fall in love 8ploh juta kali.


Ha...ada jugak situasi macam ni berlaku semasa kami di Sokcho. Situasi yang agak mendebarkan. Saya ni yang boleh dikatakan agak over confident (or at least i pretend to be confident :p) pun tergugat jugak. Ok..tu next entry la ye.



Sambung gambar...





Semasa melalui sepanjang dataran ini, terdapat beberapa booth yang berkaitan.



Sebak jugak apabila melihat wajah-wajah dan nama-nama mangsa yang terpampang di sini.



:'(




Mulanya plan nak mencari Cheonggyecheon Stream, tengok my travel mate dah tak larat nak berjalan dah. So, takpela. Jom pekena kopi dulu. Re-charge our energy.

Next visit ke Seoul kena datang cari stream ni.


*********************************


Next location: Bukchon Hanok Village












Comel adik ni, tengah kena marah dengan mak dia kot. Mak dia ada sebelah tu. Curi-curi snap. :p


*************************************

Disebabkan tak tahan pakai kasut boot tu (serius menyesal bawak. huhhu), singgah kejap satu kedai kasut dalam stesen Hongik or stesen Bukchon tah. Lupa daaa. Haha. Beli pun sebab murah, murah dengan mata currency won la. Jangan convert -__-.





Unni yang bertabah melayan customer yang cerewet ni. Sekejap nak kasut tu, sekejap nak saiz ni, sekejap nak warna tu. Haha...



Disebabkan lapik dalam kasut tu macam mudah tertanggal, saya request mintak unni gamkan lagi.




Ok. Kaki dah selesa. Serius, tapak kaki rasa bagai di atas tilam yang empuk.

Kasut ni memang recommended untuk sesiapa yang banyak berjalan. Walaupun rupa macam tah apa-apa, tapi takpela. Fikir keselesaan je waktu tu. Serius sedap (tapi bila dah balik Malaysia ni, entah ke mana ku letak kasut ini, oh kasut yang banyak berjasa).

Memang tobat dah nak pakai boot bagai if travel lepas ni. -__-. 


Ok...boleh proceed ke lokasi seterusnya.


************************************

Our next location: Lepak-ing at Cafe around Hongdae street

*Highlight of the Day: Hello Kitty Cafe



Sewaktu kami tiba di stesen Hongik University untuk menyelusuri jalan di Hongdae, hujan mula menitik sedikit demi sedikit. First time saya tengok orang buka meja dan jual payung tepi-tepi jalan. Biasanya kan dijual di kedai-kedai. Menarik sangat. 


Hujan yang pada mulanya menitik setitik demi setitik menjadi semakin lebat. Dugaan untuk kami untuk mencari Hello Kitty Cafe ini. Ditambah lagi dengan perut yang mula meminta untuk diisi. 


Berpandukan deskripsi yang saya perolehi daripada  dua orang gadis korea yang comel, compared with information from blog and forum, kami terus menghala ke Hongik University. Actually jalan nak ke Hello Kitty Cafe ni ada macam-macam cara. Itu yang kami confius, tanya orang ni katanya ke sini, tanya orang lain pula, katanya ke sana. 


Tengah berjalan-jalan tu, terus terjumpa stall a.k.a lori kecik yang menjual kebab. Peniaga dari Timur Tengah yang sangat friendly. Siap bagi beg plastik besar untuk saya isi barang-barang saya yang agak banyak dan sempat juga beri no. telefon dia jika ada sebarang kecemasan yang berlaku. *Come to think about it, entah di mana saya letak pun dah tak ingat. Hehe. Anyway memang dia baik sangat. Disebabkan dia baik, kami pun bertanyakan arah untuk ke Hello Kitty Cafe. Sadly, katanya kafe ni dah tutup untuk hari ini. Hmm..tengok jam, baru menghampiri jam 9 macam tu. Seingat saya, kafe ini akan ditutup jam 10. Alang-alang dah sampai kawasan sini, lebih baik kami cari dulu sehingga berjumpa. Jadi, berjalanlah lagi kami untuk meneruskan misi mencari kafe Hello Kitty. Tanya jugak orang di kedai sekitar kawasan ini dan mana-mana orang yang saya rasa senang nak approach. Hehe


Akhirnya setelah berpusing-pusing meredah hujan, alhamdulillah, jumpa jugak.




Tangga lagi -__-
Tapi takpe..i sanggup u. Demi Hello Kitty. Hakhak




Mula-mula...speechless. 

Wowww...cantik nyeee!!!



Dah masuk ni, kami dah jadi macam paparazzi pulak sebab gila mengambil gambar di sekitar dalam kafe ni..



Ini tingkat bawah.





Ini tingkat atas (kot)




Di tangga ni. Ha...tengok..kat tangga pun boleh amik.  

Nak buat camno, dah cantikkan...




Ini bilik Hello Kitty di tingkat atas. Comel gilerrrr!




Dressing table.




*What we had on that day*

Ina was having Ice Latte and mine was Caramel Macchiato (my all time favourite). Sedap!

Wafel tu tak sedap. Bad choice. Huhu




Orang snap, kita pun snap la. 

Bila tengok blogger yang ke Korea yang singgah di Hello Kitty Cafe snap buzzer ni (macam bukti la kononnya), kita pun nak jugek.


Sekejap je lepak-lepak dalam cafe tu sebab nak tutup dah. Tak puas...next time kena datang lagi nih!





Tengok jam...haihh..awal lagi ni. 

Jom jalan-jalan dulu la.


Then!

Ternampak cafe ni.


Ada dalam list cafe yang wajib diterjah. Walaupun sebenarnya nak pergi di lokasi pengambaran The Heir tu. Tapi sebab rasa macam tak sempat je untuk trip kali ni, so ajak la Ina singgah sini kejap.





Tujuannya nak rasa air ni la.



Nampak macam sedap je bila tengok Kim Tan dan Yong-Do minum.

Bila dah rasa....hmmm...ok la... tekak boleh telan lagi cuma macam rasa tersekat sikit kat kerongkong sebab santan. Tak berapa gemar sangat santan ni.



Sekejap je lepak kat situ sebab perut dah lapar, so moh la kita balik ke guesthouse. (Tapi sebenarnya masa balik tu, boleh pulak jalan-jalan kat area Myeong-dong tu dan terbeli kebab yang sangat sedap :p)


Lastly, lepas jalan-jalan kat Myeongdong, terus balik ke Guesthouse dan makan.

Tapi....tapi...tapi...

Sebab dah banyak berjalan, walaupun perut rasa lapar tapi kebab yang dibeli tu pun tak habis. Plannya nak simpan untuk breakfast esoknya. Sekali bila rasa esoknya tu, macam pelik je rasanya. Akhirnya...ke tong sampah jugak akhirnya. Haihh..membazir betul.


So...thats the end of my Day 3 in Seoul.

Fuh...akhirnya...habis jugak Day 3 yang stuck lama giler dalam draft entry :p.

Eh..tak terlewat lagi kan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Taqabballahu minna wa minkum.

3 comments:

  1. jgn ikut jejak sis JM...setahun baru khatam hahahaha

    ReplyDelete
  2. dh berkali2 ke Seoul x sempat gak nak jejak Gyeongbokgung dan secret garden tu..isshh..maybe one fine day...pegi mggu..avoid weekend

    ReplyDelete
  3. alahai...stream tu dh tak jauh dari king sejong tu...itu sbb sis JM suka jln SOLO

    ReplyDelete