Followers

TAHUN 2017

Assalamualaikum w.b.t.

Pembuka bicara bagi tahun 2017.

Itupun di hujung bulan Januari. Kesian blog, bukan sikit tapi banyak betul terabainya.

Baaaanyaaakkkkk sangat nak cerita kat sini.


Tapi macam biasa, nak tunggu bila pun taktau.

Ini pun setelah beberapa kali buka tutup blog, akhirnya...menulis menaip juga saya kat sini.


Tahun 2016 sudah berlalu.

Terlalu banyak rasa ketika di tahun 2016.

Manis, pahit, masam, tawar.

Semua ada.

Akan dicatatkan juga di sini, jatuh bangun saya di tahun 2016 yang lalu.

Tetapi, ini adalah post tentang 2017, jadi lebih baiklah saya bercerita tentang harapan dan cita-cita untuk tahun baru ini (but tentulah tak semua akan di'expose' di sini =p)


Bulan Januari adalah bulan kelahiran saya. Jadi, bila dah masuk tahun baru, bulan baru, tentulah usia pun bertambah. Well, normal la kan. Haihh...semua orang tau tu.


Ok, dah melepasi angka 30 dah tahun 2017 ni. Rasa macam tak percaya, i'm in the thirties area. Fuh...dewasa sangat dah aku ni..dah boleh jadi mak orang dah..eh! (Korang doakan ye ;))


Minggu lepas sakit gigi. Sakit gila-gila punya sakit. Memang rasa macam nak serah diri kat dentist untuk cabut gigi yang rosak tu. Well, standard. Tengah sakit memang tak kisah nak jumpa doktor. Dah terpaksa kan. Bila dah pulih sedikit ni, tunggu-tunggu la dulu jumpa doktor tu. Alhamdulillah. Setelah dapat mc 3 hari, hoihhh..3 hari mc sebab sakit gigi ni. Jangan main-main. Sesiapa yang dah lalui, confirm faham la kan. Dulu masa study kat UTM, pernah jugak sakit gigi sampai bengkak-bengkak pipi tapi rasanya takdelah sesakit macam yang baru ni.


Biasalah, dah meningkat umur. Gigi pun dah menua. Eh..gitu kan. Ketahanan terhadap rasa sakit pun tak seperti waktu remaja la (kot). Apa-apa pun, nak tak nak memang kena cabut jugak gigi ni sebab kerosakan dah teruk sangat. Huhu. Sebelum tu, En Husben adala tanya dentist tu, boleh tak nak buat tampalan. Sekali dentist cakap, gigi pun dah tinggal 30% berbanding asal. Memang tak dapat diselamatkan lagi lah jawabnya. Kurang dah gigi I lepas ni. Nasib dah kawin. Hahaha.

Eh, tadi nak bercerita tentang harapan dan cita-citaku untuk 2017 ni. Meh nak list sikit-sikit.

1. Solat di awal waktu dan berjemaah. Payah rasa tapi kena ada lah effort kan. Kadang-kadang lalai buat kerja lain, tengok dah hujung-hujung waktu dah. Cannot la macam ni pija :(.



2. Nak tinggal sendiri dengan suami, cuba untuk membina kehidupan sendiri bersama suami (sebelum ni tinggal bersama family saya, jadi rasa-rasa nak independent tu, macam payah la sikit contohnya bab makan, balik umah dah ada makanan. Ish..tak best rasa, ko dah kahwin, patutnya makan pakai sendiri-sendiri dah la, ni family masih support. So diri sendiri rasa tak best la, en hubsy apatah lagi kan). Dia pun rasa bertanggungjawab. Alhamdulillah, kami dah mulakan kehidupan berdua di rumah berasingan pertengahan Januari ini. Syukur sangat. Dapat pulak rumah mak yang sebelum ini disewakan kat orang. Bila dah sewa kat orang, faham-faham la rupa rumah macam mana. Lubang sana-sini. Seriuosly aku tal faham, macam mana lah orang yang menyewa ni. Dah tahu menyewa, suka suki je tebuk dinding rumah orang. Kalau takat 2 ke 3 lubang, bolehlah dimaafkan lagi. Ni berpuluh-puluh lubang ko tebuk, apa yang ko gantung sebelum ni gamaknya. Jenuh tukang cat menampal dengan sealer. Takpela, tu kerja tukang cat kan. Tapi, masa awal-awal tengok keadaan rumah, rasa macam dah berbelah bahagi dah. Rasa macam tak nak pindah sebab dah selesa dengan rumah sendiri, bilik sendiri. Haha. Then bila dah habis cat, kami suami isteri dah kemas-kemas sikit, alhamdulillah. Jadilah rumah ku syurgaku. Rasa kalau balik rumah family kitorang tu (balik sekejap-sekejap nak jenguk diorang, rasa nak cepat-cepat je balik rumah. Dah selesa kat rumah sendiri kan. Gitulah kan.

3. Baby. *shy. Korang doakan eh.
Source: Google
Ini budak banyak comel wooo...lama dah jadi stalker dia. Mak lawa, ayah handsome, anak comel+lawa+handsome. ha amik kau...


4. Get a suitable job with my qualification. Teringinnya alahai nak bekerja sesuai dengan kelayakan yang ada. Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada, bukan...bukan tapi tipulah kalau kata takde sekelumit perasaan nak berjawatan sesuai dengan apa yang dah saya belajar sebelum ni. Naluri hati ada sedikit rasa cemburu dengan kawan-kawan yang dah dapat  job sesuai dengan kelayakan akademik yang ada. Kadang-kadang rasa rendah diri bila berjumpa dengan diorang. Tapi....in shaa Allah, saya masih berpegang kepada rezeki dan percaya pada rezeki yang Allah beri. Akan tiba masa tu nanti. In shaa Allah.

5. Kereta. Ehem..rasa macam nak tukar kereta je. Rasa la. Hehe

6. Kalau ada rezeki, nak beli hartanah (rumah ke) atas nama sendiri.

Source: Google

bestnye dapat rumah ni, warna pink pulak tu <3 p="">


7. Be nice to my parents, family and in law.

8. Nak buangkan sifat-sifat negatif. Nak didik diri untuk selalu berbaik sangka dengan orang.

dan banyakkkkk lagi..eh...azam untuk rajin update blog takde ke (?). Hehe..kena cuba istiqamah la jugak cuma mungkin tak serancak 2 3 tahun lepas la. Banyak komitmen lain yang menanti ni.


Okla, nanti sambung lagi. Cukupla setakat tu dulu.

*apa citelah dengan travelog korea hakak dulu..kena kumpul motivasi ni nak taip panjang.



0 orang nak bagi idea:

Post a Comment