Followers

Walau terlambat, nak ucap jugak. Selamat Hari Raya Aidilfitri!



Assalamualaikum w.b.t.


Wah wah....last post wish Selamat Berpuasa, betapa lamanya tak berkemas kini blog ini. :p

Sekarang nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri. Walaupun dah nak hujung Syawal, still countable right? Kesempatan ini, saya nak memohon maaf sekiranya andai ada tulisan saya di sini yang mengguris hati sesiapa atau pun mungkin tersalah bagi maklumat, maafkan lah.



Image result for selamat hari raya 2017
Source: Google


Tahun ni, pertama kali menyambut hari raya sebagai seorang isteri. Pheww...tahun lepas tak rasa sangat nak beraya sebab kalut dengan persiapan majlis kahwin sendiri. Cuti raya pun tak ambil sebab nak kumpul untuk cuti kahwin. Tu dia, orang kata rajin sungguh kan. Padahal terpaksa la. Bergilir dengan officemate yang lain. Huhu.

Anyway raya kali ini, alhamdulillah amat bermakna tapi kurang meriah sedikit disebabkan kekurangan ahli keluarga yang disayangi which is my lovely grandma (late) sebelah mak saya. Allayarhamah meninggal pada bulan November tahun lepas. Ya Allah, tak sangka sangat last year raya adalah yang terakhir beraya dengan beliau. Banyak juga kekesalan yang berlegar dalam diri ini, rasa seperti tak sepenuhnya memberi perhatian kepada beliau. Saya amat rapat dengannya. Actually saya rapat dengan kedua-dua tok (nenek) sebelah mak dan abah since memang dari kecik selalu stay dengan tok. Tak tahu kenapa prefer duduk dengan tok compared dengan parents sendiri. Hahaha. Sebab nakal sangat kot then kena marah selalu :p.


Ok, enough about that. Enough to say that I love her so much that I feel I dont do enough things for her. Moga allayarhamah tok (Hjh Halimah Binti Hj Ibrahim) ditempatkan dikalangan golongan yang beriman dan beramal soleh. Oh..she is very sweet and sangat-sangat baik dan tawaduk dalam beribadat. Dengannya lah saya tahu dan start berpuasa sunat Isnin dan Khamis, baca surah Yassin pada malam Nisfu Sya'aban dan banyak lagi lah.

Eh, nak cerita pasal hari raya pertama sebagai isteri. Hehe. Alhamdulillah, dapat merasai pengalaman beraya dengan suami, ke masjid untuk solat hari raya, kemudian ke rumah mertua dulu untuk beraya, lepas tu baru balik rumah saya untuk beraya, kemudian kami ke Kedah untuk beraya di rumah nenek saudara saya (rumah kakak dan adik arwah tok saya). Alhamdulillah, syukur sangat dapat pasangan satu negeri dan negeri  pulak kecik je. So satu hari dah cukup untuk pergi beraya rumah kedua-dua buah rumah ibu bapa kami. Itu yang penting. In shaa Allah, tahun depan beraya bertiga ^_^. Looking forward to this.


So, apa cerita hari raya korang?



0 orang nak bagi idea:

Post a Comment