Followers

Suke!

Assalamualaikum w.b.t.


Sabtu dan Ahad lepas, saya kena kerja. Mulanya memang sangat teruja sebab dapat berjumpa dengan ramai-ramai orang yang bukan calang-calang orang pulak tu. Tapi bila da masuk hari ahad, saya sudah mula merasa kebosanannya. Oh, saya bukan bekerja di ofis tetapi di Putrajaya International Convention Center (PICC). Company saya ada bukak booth jadi saya dan beberapa ofis mate ditugaskan untuk menjaga booth company kami. Disebabkan booth kami terletak BUKAN di lorong utama, jadi memang tak ramai la orang lalu dan singgah. So, memang bosan. Untuk menghilangkan kebosanan, macam-macam kami bersembang dan bermain. Oh, anda pernah menonton comedy show "SPONTAN"? Afdlin Shauki punyer program kat Astro Warna, tapi sekarang mungkin dah jarang ditayangkan.Sangat best, jika anda tidak dapat mengimaginasi apa yang saya bagitahu ini, silalah ke YOUTUBE dan search SPONTAN. Oh, takpe, saya baik hati untuk meletakkan salah satu vclip kat sini.






Best kan? Ha, untuk menghilangkan kebosanan, saya dan kawan-kawan ofis saya, kami bermain ala-ala macam ni la. Memang bergelak sakan la. Hilangla kebosanan jap.



Kemudian, pada hari ahad, eh, peristiwa tadi dilakukan pada hari Sabtu....sebab bos kami tak datang. Tapi, pada hari ahad, bos datang la pulak. Jadi, macam tersekat la kami ni. Tak leh buat apa-apa. Tapi, kami dapat tahu rupa-rupanya, PM kita, Tun Dr M and Pak Lah akan datang pagi tu. So, saya dan seorang kawan tu, kami menjadi alam-ala paparazzi la kejap. Berlari mengikut PM....semata-mata nak tangkap gambar. Time PM, memang sangat ramai orang, bodyguard jangan cakapla...so tu yang terpaksa menyelit-nyelit. Kelakar je bila ingat balik, but then, saya berjaya capture pic yang sangat nice view nye. Lepas our PM, Tun Dr M pulak. Ni orang tak ramai sangat iring beliau tapi still crowded sikit. Dapat jugak capture nice moment. Then, comes Pak Lah, lagi tak orang but still bodyguard kiri kanan, depan belakang...ada je...Oh, our first lady pun ade jugak tapi memang tak ramai or should i saya, none of people yang amik gambar dengan dia. Entahla.Hmmm....


Saya sangat excited nak share with you guys, all those pictures that i sempat snap. Tapi, not in this entry. Cuma saya agak ralat sebab tak dapat bergambar dengan Tun Dr M sebab my colleagues sempat bergambar dengan beliau. Time tu saya dengan seorang lagi kawan pergi solat. Actually, there's one moment yang beliau lalu dekat booth kami, at the same time, orang memang tak notice dia so its a really good moment untuk mintak dan bergambar dengan dia. Tapi saya dan beberapa orang ofismate yang lain macam terkaku sebentar sebab memang tak expect dia lalu depan booth kitorang. Yang mampu kami buat...korang tahu apeee??




Courtesy by Google


Dan beliau pun memberikan senyuman kembali kepada kami. Oh...sangat-sangat ralat sampai hari ni. Sebab, Tun Dr Mahathir adalah PM yang paling saya kagumi. Kagum dengan idea dan pembangunan yang telah beliau laksanakan.


Well, rasanya cukuplah buat masa ini. Apa yang penting, i really enjoy the time i was there. Oh, esok saya akan menjaga booth lagi di sana.Hehehe....ok..da~



Thank you for reading (^_^)















2 orang nak bagi idea:

  1. aku tak minat afdlin.... lawak dia pun aku tak minat

    ReplyDelete
  2. hahaa...part yg men game spontan tu mmg best moment laa...wt tringat zman blajar..susah nk dpt env yg mcm ni ble da kj..luckily sumer opismate sgt2 best!! & bout jdik paparazi tuh mmg havoc..1st time kot trase cm sangat2 bizi bodi..brlari2 dgn kamera di tgn..ahahaa...jom wt agi!!

    ReplyDelete