Showing posts with label share. Show all posts
Showing posts with label share. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Teringin nak naik paramotor nii


Assalamualaikum w.b.t.
Hari tu masa panjat Broga Hill, dah nampak benda nih. Macam menarik dan best je. Tapi tak tau lagi, apa benda tu. Beberapa minggu lepas, sedang saya berjalan-jalan sambil nak makan Ais Batu Campur (ABC) di tepi pantai berdekatan Kuala Perlis, saya terdengar bunyi bising dan ternampak benda ni. Tahap keterujaan saya sudah meningkat dan saya sangat..sangat. teringin untuk menaiki paramotor ni..sekali pun jadila..tapi bila la tu..T__T.



Cepat-cepat keluarkan handphone and snap gambar orang tu.

Oh, kepada sesiapa yang tak tahu apa paramotor tu, ni saya amik definasi term dia dari satu blog.

Paramotor adalah paralayang diberi tambahan motor propeler sehingga pilot bisa melakukan terbang (take off) tanpa harus melakukan lompatan (jumping) dari ketinggian.Sumber : Sini

Ok, itu je nak cerita. Jangan lupa join giveaway saya ye ;)

Sekian, terima kasih kerana membaca entry ini (^_^).







Thursday, April 19, 2012

This will coming soon!


Assalamualaikum w.b.t.

Ini adalah schedule entry. Sekarang, waktu saya tengah taip entry ni, jam menunjukkan 1:24 AM. Mengantukla jugak. Esok kena bangun awal. Okla, tak mau taip panjang lebar, cuma nak war-warkan kat sini...hajat saya nak share 'something' with you, my reader (cewah..pembaca la kan..)....


Presenting.....









 InsyaAllah, saya  akan adakan satu Giveaway..tak susah mana pun syarat-syaratnya..ringkas saja...


Apa syarat-syaratnya?


Ha..yang tu akan diberitahu pada entry selepas ni...

Hadiah memang best...=)



Terima kasih kerana membaca entry ini (^_^)









Sunday, April 15, 2012

Muhasabah ; Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahNya

Assalamualaikum w.b.t.


Sekarang jam menunjukkan 3.00 AM. Hujan lebat yang turun sebentar tadi kini mula reda. Kedengaran bunyi-bunyian katak memanggil hujan untuk turun kembali dan bunyian cengkerik yang mewarnai suasana awal pagi ini.


Sumber


Ini cerita dua hari lepas iaitu hari Jumaat. Sehari sebelum itu iaitu hari Khamis, saya sudah rangka beberapa rancangan dan salah satunya adalah berjumpa dengan seorang rakan yang dikenali ketika belajar di UTM Skudai dahulu. Dah lama sebenarnya kami bercadang untuk berjumpa, saja mahu bertanya khabar,bagaimana dia boleh bekerja di sini (beliau berasal dari Melaka dan sekarang bekerja di Kedah) dan selebihnya bercerita perihal rakan-rakan yang lain. Biasala tu, bila dah lama tak berjumpa, perkembangan diri masing-masing, kawan ini sudah berkahwin, dah berapa orang anak, kawan itu dah habis belajar, dapat kerja di luar negara...gaji berbelas ribu dan sebagainya pastilah menjadi perhatian untuk dibualkan.



Sumber


Nak dijadikan cerita, tiba hari Jumaat tu, selepas saya menyelesaikan satu perkara di UiTM Arau, saya berfikir apakah aktiviti atau tempat yang saya nak tuju selepas itu kerana saya memang malas nak balik rumah semula. Sebab, bila dah balik rumah, nak rehat, nak bersiap semula, semuanya ambil masa jadi macam membazir masa dan minyak saja kalau saya balik ke rumah. Oh ya, temujanji saya untuk berjumpa dengan rakan sepengajian di UTM itu adalah pada waktu petang. Jadi, agak melecehkan untuk balik ke rumah dan keluar semula.

Ketika urusan saya di UiTM Arau selesai, jam baru menunjukkan pukul 12.15tghari (ini anggaran sahaja kerana saya sudah lupa ;p). Jadi ada masa dalam lebih kurang 3 jam lebih lagi sebelum temujanji kami itu. Tiba-tiba, saya teringat kepada seorang rakan sekolah menengah saya yang seingat saya, dia tengah menyambung pengajian sarjana di UiTM tersebut. Jadi saya pun berSMS la dengan dia. Ingat mahu berjumpa sebentar dan bertanya khabar. Setelah beberapa kali berSMS, akhirnya saya mengambil keputusan untuk berjumpa beliau tapi bukannya di dalam UiTM ye.

Kami berbual agak panjang.Dari soal pelajaran, kerjaya, keluarga dan kemudiannya bertukar kepada sesi luahan hati dan secara tak langsung membuatkan saya berfikir rupa-rupanya, masalah yang beliau hadapi lebih 'complicated' berbanding saya. Benda/ Masalahnya hampir sama cuma tahapnya lebih rumit. Manusia, memang tak lepas daripada masalah. Itu sudah pasti. Tapi yang penting, di penghujungnya, perlulah kembali pada Allah S.W.T. Hanya Allah tempat mengadu segala masalah. Dan hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk semua makhlukNYA.

Beliau belanja saya minum Ice blended dan KFC. Alhamdulillah. Syukur. Murah rezeki =).


******************************************
Tiba waktu yang dijanjikan pada petangnya, saya berjumpa dengan rakan se-universiti yang saya cerita di awal entri ini tadi. Pelbagai cerita yang keluar. Ada yang lucu dan ada yang sedih. Dan daripada perbualan kami itu, saya dapat simpulkan, segala perkara yang perlu kita lakukan, semuanya ada pro and cons.

Ada baik dan ada yang buruk. Tak semua benda menjanjikan kebahagiaan dan tak semua benda memberi keburukan. Kita manusia yang perlu memilih jalan atau pilihan (untuk *kamu, thanx for the advice =)) yang betul dan ini semuanya haruslah berpaksikan kepada Allah S.W.T. dan berpandukan petunjuk dariNYA. Petunjuk adalah melalui pelbagai cara dan yang paling terbaik adalah solat sunat istikharah.

When it comes to decision making, it is a tough part. And the truth is, I hate this part. Really!

Sebab,  bila dah salah memilih, manusia akan mula merungut dan menyesali pilihan yang sudah dibuat dan mula menyalahkan Allah. Nauzubillah. Moga dijauhkan saya dan kamu semua daripada berfikiran sebegini.

Tetapi, sebenarnya, setiap perkara yang berlaku, PASTI ADA HIKMAHNYA. Kita memang tidak nampak atau sedar hikmah  tersebut pada masa itu, tetapi, di masa hadapan, insyaAllah, pasti kita nampak. Dan tak mustahil, kita akan bersyukur dengan apa yang telah berlaku pada waktu dahulu kerana ia telah menjadikan kita kuat pada hari ini.



Sumber




Wallahualam.


*Please, correct me if i do wrong (^_^)

Terima kasih kerana membaca entry ini.









Thursday, April 12, 2012

Tsunami, cemas dan berdoa

Assalamualaikum w.b.t.


Maafkan saya, dah lama saya tak menaip di sini. Banyak sebabnya dan di antaranya adalah disebabkan talian internet dan masa. Bila saya ada masa, talian internet lambat dan bila talian internet agak laju, saya pulak tiada masa. Maksud tiada masa adalah kerana, talian internet hanya akan laju ketika awal pagi iaitu menjelangnya pukul 12 tengah malah sehingga awal pagi. Jadi, takkan setiap hari saya nak online pukul 1 2 pagi walaupun hakikatnya, Ya, saya memang selalu online masa tu cuma saya ada hal lain yang perlu saya selesaikan. Pening ke membaca ayat saya? Hehe. Ok, abaikan bebelan pengenalan ini T___T.


Hari ini kita dikejutkan dengan berita kejadian gempa bumi di Acheh. Subhanallah. Allahuakbar. Sekali lagi, kita berada pada situasi yang sangat mencemaskan. Gempa bumi pulak bukannya berskala kecil tetapi berukuran 8.7 skala richter (ini dibetulkan oleh USGS kalau tak salah saya) walaupun ada agensi menyatakan skala 8.9. Takpala, mana- mana pun tidak mengapa kerana yang paling penting, jika skala bacaannya melebihi 8, ini yang patut kita cemas kerana ia mengundang kemungkinan berlakunya tsunami. Ini yang perlu kita pohon kepada Allah S.W.T supaya dijauhkan bencana alam ini dari negara kita.


Situasi saya tadi, saya baru balik dari satu kelas. Hantar kawan dan pulang semula ke rumah. Duduk berehat sebentar di atas buaian dan bersembang bersama sepupu saya. Tiba-tiba, saudara maklong saya heboh cakap yang anak dia baru saja telefon dan memberitahu tentang kejadian gempa bumi yang baru sahaja berlaku di Acheh. Saya terpinga-pinga. Kemudian, dapat SMS dari seorang kawan yang berada di Selangor. Dia bertanya adakah saya merasakan satu gegaran, saya pun balasla balik dan cakap tak. Manalah saya nak perasan sebab saya bukannya duduk statik saja. Pergi sana, pergi sini :p. Kemudian saya bukak tv dan dengar berita. Haihh...ini sudah mengharukan. Teringat lagi ketakutan sewaktu merasai gegaran semasa di asrama Kolej Matrikulasi Perak di tahun 2004/05 pada malam 24hb Disember. Waktu tu memang saya rasa gegaran yang agak kuat. Yela, waktu tu tengah belajar jadi duduk pun kenala statik =p. Kami, para penghuni asrama di suruh turun ke bawah. Bila dah turun, masing-masing telefon keluarga nak bagitau tentang kejadian malam tu dan nak tahu keadaan keluarga masing-masing. Saya menangis. Sangat takut. Kemudian tengok berita yang melaporkan kejadian tsunami. Ya Allah, waktu tu rasa takut sangat. Takut sebab macam-macam. Takut sebab tak minta ampun maaf dengan mak abah. Takut sebab buat salah dengan orang tapi belum berkesempatan minta maaf. Takut sebab banyak lagi amal ibadat yang masih lagi tak sempurna. Takut sangat bila fikir tentang kematian. Macam-macam perkara bermain di dalam otak. Adakah dunia akan berakhir waktu ini?


Serius, sangat- sangat sedih. Dan hari ni, apabila saya mendengar berita utama sebentar tadi, ketakutan itu berulang kembali. Melihat status kawan-kawan facebook yang memaklumkan tentang perihal amaran awal dan sebagainya berkenaan tsunami membuatkan saya panik. TAPI, Alhamdulillah. Amaran tsunami tersebut telah ditarik balik.Jadi, kita bolehlah bernafas kembali seperti biasa =) Walaubagaimanapun, kita perlulah berwaspada. Jaga diri, jangan sengaja nak cari angin laut, pergi tepi pantai. Sangat bahaya buat masa ini. sekarang.


Apa-apa pun, jangan berhenti berdoa. Teruskanlah dan sentiasa berdoa semoga kita semua dijauhkan daripada terkena musibah dan perkara yang tidak diingini. Tsunami atau kejadian alam yang lain tidak mustahil akan berlaku bilamana Allah berfirman Kun fayakun...Jadilah..maka jadilah ia...Wallahualam.





Sumber

Terima kasih kerana membaca entry ini.





Sunday, April 1, 2012

Berfesyen dengan hijab

Assalamualaikum w.b.t.


Just want to share one thought.





Picture credit to Nor Abdullah










Friday, March 23, 2012

Alhamdulillah, saya dah selamat kembali dan beronline semula.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, saya dah selamat sampai ke Malaysia. Hampir 2 minggu berada di negara orang, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.Biarpun batuk, gatal tekak dan sebagainya, saya redha.

Maaf kepada beberapa orang rakan kerana saya menghilangkan diri tanpa khabar berita. Enggan menghebahkan kepada umum ke mana saya menghilang. Hanya seorang dua saja sahabat yang saya beritahu tentang ketiadaan saya dibumi Malaysia ini.

Alhamdulillah, sepanjang 10 hari berada di sana, saya berasa tenang dan sentiasa ingin dekat dengnNya. Baru dua hari saya di tanah air, saya sudah mula merindukan rumahNya. Syahdu mendengar alunan bacaan al-quran, betapa sayu imam recite the surah dengan sebak dan dalam keadaan ingin menangis, i wish i know what surah it is T___T. Teringat suasana berjemaah di Masjidil Haram. Allahuakbar.
Semoga dilimpahkan rezeki untuk ke sana lagi.


Baiklah, sampai di sini dulu mukadimah untuk permulaan yang baru. Banyak lagi cerita untuk dikongsi. Cerita tentang umrah...tak banyak sangat, cerita tentang sabah, bolehla tahan...Nantikan ye;)

Jazakallah.










Thursday, March 1, 2012

Your blog has been removed





Tadi, saya dengan rasa yang teruja, mahula blogwalking dan edit bloglist. Tetapi, dalam tengah edit bloglist, edit komen, tiba tiba, jadi macam ni...





Mula-mula, bertenang. 

Kemudian, refresh page. Masih begini.

Refresh lagi....Masih sama.

Refresh banyak banyak kali lagi...ok..masih sama seperti yang tadi.

Dalam hati, sudah T___T (dalam hati la) ..sudah rasa mahu menangis

Ok, klik Help (kot). Nak tau kenapa jadi macam ni..

Kena bagi telefon no pulak...Lepas tu, satu kod akan diberi untuk verify acount blog.


Dah habis isi form, tup tap tup tap, tunggu SMS. Dah dapat, terus laju laju isi kod tu....






Sekali....






Mencikla...Error pulak..

****************************************************

Tapi tunggu la dalam setengah jam lepas tu...taip semula url blog kesayangan ni, dah ok balik. Dan terhasillah entry omelan saya ini. 

Alhamdulillah. 
Blog masih seperti biasa (^_^)




Wednesday, February 29, 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012

Selamat malam.

Mahu join segmen abg ben ni





Kenapa perlu masuk dan pilih blog saya?

Sebab saya nak kumpul kawan kawan alam maya dan saya sangat sangat sangat suka membaca blog orang. Stalker ke tu =p.
Ditambah pula kalau anda seorang yang suka update entry 2 or 3 kali sehari, lagila saya suka. Tapi kalau update sehari satu entry pun dah ok. Janji berhapdate, ye dokkk.
Sebenarnya saya tak tau nak buat apa kat umah jadi saya sangat suka lawat blog orang 3 atau 4 kali per day dan baca entry terbaru anda.


So, marilah bersama sama kita exchange link (^_^)







Dah tukar baju!

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, dah hari rabu. Dan alhamdulillah, saya sudah berjaya menukar 'baju' baru blog saya ini. Sebenarnya dah banyak kali cuba untuk menukar template dan background blog kesayangan ni tapi tak berjumpa yang berkenan pun. Nak buat sendiri? Malasss nak tengok gode gode kod html tu...Hahaha

Sebenarnya, sangat banyak suka suki bersama blog ini dan ada sampai satu tahap tu, saya dah private kan blog ni. Tapi, ada sesuatu yang membuatkan saya tak jadi untuk private kan. Tak pela, di sini lah bermulanya saya berblog, dari tahun 2009, jadi suka suki dan kenangan yang saya catat dalam blog ini pun terlalu banyak jugak kat sini. Bila diimbas kembali catatan saya yang lepas, rasa macam nak padam balik semuanya. Malu pun ada bila nak baca balik. Hahaha..yela, time awal awal berblog, saya masih mentah, budak baru nak habis belajar. Belum expose dengan dunia luar lagi so taip je apa yang dia rasa tanpa berfikir T___T.

Tapi, seperti yang saya katakan tadi, di blog inilah bermulanya saya sebagai blogger terkenal. Jadi, i will keep this blog alive dan dengan bertukarnya baju baru blog Bitter Sweet ini menandakan blog ini masih bernyawa dan akan sentiasa ada, InsyaAllah.

**Harap harap lepas ni, rajin lah diri ini untuk sentiasa update. T__T


Goodbye old cloth




No more pink...Biru pulak lepas ni, segar sikit tengok awan kan...




*Semalam dapat email dari nuffnang, dapat invitation. Suka..suka..suka..


Ok, ini untuk masa sekarang. Nanti sambung lagi ^_^. oh, saya malas nak buat header. Just want to keep it as simple as it would be.

Wassalam.





Tuesday, February 28, 2012

Ekspo Buku Islam 2 Putrajaya

Asssalamualaikum w.b.t.




Tarikh : 24 Feb 2012 hingga 4 Mac 2012
Masa: 10 pagi hingga 9 malam
Tempat: Dewan Cempaka Sari, Presint 3 (berhadapan Masjid Besi)



Hujung minggu lepas, saya telah mengunjungi ekspo ini setelah diajak oleh seorang sahabat. Alhamdulillah, ada juga sahabat yang nak pergi ekspo buku ni. So, setelah, berSMS, whatsapp dan ber'calling', akhirnya berjumpa la kami di Putrajaya Sentral, saya pick-up dia di situ dan kami terus pergi makan iaitu brunch kerana masing masing tak breakfast lagi dan jam sudah menghampiri 12... tengahari. Oh, kami makan kat Umai Cafe, dekat area Masjid Besi jugak. Highly recommended. Layanan dari pekerja is ok but the bos is great.

Lepas dah habis makan, kami pun serang ekspo buku ini...dan...dan..dan...saya sangat sangat rambang mata. Hehehe. Rasa macam nak beli buku itu...buku ini...majalah itu...majalah ini...but..sadly..budget enggak ada...jadi beli 2 buah buku dan satu majalah je.

Dan saya sangat berpuas hati dengan belian saya kali ini which is both of the books. InsyaAllah, moga diberi sesuatu yang besar untuk saya fahamkan selepas ni. Anyways, it worth to buy the books.


Mahu tengok buku apa yang saya beli?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Inilah ia....





Majalah ujang tu saya beli sebab terpengaruh dengan sahabat saya tu la (you know who you are). Dia beli sebab nak paperbag Ujang/ Apo. Saya pulak, bila tengok paper bag yang tergantung gantung tu, haih...cantikla pulak, beli je la. Takpe, majalah tu boleh bagi kat adik saya. Ingat nak hadiah la konon. tiba tiba teringat yang adik saya nak exam PMR tahun ni so...serba salah lak nak bagi hiburan majalah ni. So, kakak dia rasmi dulu la kot. Hahaha. BTW, dia peminat ujang dan apo. Saya selalu baca majalah majalah dia.



1 Novel
1 Buku motivasi
1 Majalah




dan


Ini paperbag yang dimaksudkan.



oh by the way, if nampak ada drawing girl pakai tudung, itu adalah tandatangan seorang kartunis ujang but i'm not sure who he is...haha...amik je la tandatangan diorang. Bukti saya jumpa kartunis mereka kat sini :p.

Sekarang, saya tengah cuba menghabiskan novel Versus tu. Ayat-ayat di dalam novel tersebut sangat memberi kesan di hati ni. Ya Allah, rasa diri ini sudah bagus kerana sudah bertudung, tak pakai baju tangan pendek, tak keluar dengan lelaki dah TAPI terlupa, masih BANYAK lagi benda yang perlu diubah. Masih banyak benda yang perlu dilakukan untuk berubah menjadi baik. Thank you to you my friend, sebab rekomen kat saya buku ni. Baru saya tahu tentang tengok wayang tu. Sebelum ni memang tak perasan langsung kesan daripada tu.Huhuhu...Rasa khilaf sangat diri ini. T___________T. So, untuk sesiapa yang nak beli novel atau tercari cari novel apa yang nak dibeli, saya cadangkan novel VERSUS karya HLOVATE. *Thumbs up :)

Apa apa pun, masih ada waktu lagi untuk pergi ke ekspo ni. Sampai Ahad ni. Masih berfikir fikir samada mahu pergi lagi atau tidak...hehe...


Ok, thats all for now.

Wassalam.


Thank you for reading (^_^)


* Thanks girl for treat me a bunch of lunch :p
Next time belanja lagi.hehe


Monday, February 27, 2012

PENTING : Bulu Khinzir yang dijadikan berus

Assalamualaikum w.b.t.

Beberapa hari yang lepas, saya ada terbaca tentang berus yang dihasilkan dari bulu khinzir. Ya Allah, saya sangat sangat takut jika kita, manusia yang sangat khilaf ni tersalah menggunakan berus daripada sumber yang kita semua tahu haram bagi orang Islam. Apa yang paling saya takuti adalah berus gigi dan berus alat makeup tu. Tapi, untuk alat makeup, kita boleh kalau tak pakai kan tapi bagaimana dengan berus gigi ? Menggosok gigi adalah perkara rutin yang perlu kita lakukan setiap hari. Jika alat yang kita gunakan setiap hari dikhuatiri dihasilkan dari sumber yang haram, macam mana pulak?

Jadi, lebih baik kita kaji dan cuba elakkan. Kalau was-was, terus buangkan macam saya semalam, bila saya perhati betul-betul kat berus gigi saya tu, rasa macam tak sedap hati pulak. Jadi saya amik pendekatan, jika was-was, buangkan je. Cuma yang membuatkan saya terfikir, hujung berus tu, kalau digunakan selalu, tidakkah ia akan berselerak/bercabang jugak? Wallahualam. Takpela, perkongsian yang saya baca itu, saya akan share di sini. Kalau ada sebarang komen atau maklumat yang ingin dikongsikan, silalah tinggalkan komen anda di entry ini.



**************************************************


Assalamualaikum, untuk pengetahuan pembaca, berus yang murah dari China kebanyakannya diperbuat dari bulu babi… Hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.
Ciri-ciri bulu BABI :-
  1. Bulu yang rimbun dihujungnya (senang cerita, bulu BABI ni bercabang dihujungnya).
  2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
  3. Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
  4. Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.
Bulu BABI ni dipanggil dalam B. Inggeris ‘hog bristles, boar bristles, and pig bristle’
Senang cerita, saya kepilkan sedikit gambar untuk tatapan pembaca.. semoga umat ISLAM sentiasa berjaga-jaga dalam membeli produk berus ni ok… :)
Cuba tengok bulu no 10 tu…. itula bulu BABI..
Bulu babi atau babi hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu babi ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

bulu babi bercabang


bulu babi yang bercabang


Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu babi. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.
Maha Suci Allah yang menjadikan bulu babi berbeza daripada bulu binatang lain.


Produk Bulu BABI

Yang atas ni adalah contoh produk yang diperbuat daripada bulu BABI….
So, hati-hati dan waspada daripada barangan HARAM ni yer… pastikan berus yang anda miliki tidak bercabang.. :)

Sumber: https://lukisanduniaku.wordpress.com/2011/08/17/info-halal-bulu-khinzir-yang-dijadikan-berus/


Thank you for reading this entry.


Sunday, February 26, 2012

An appreciation to you guys =)

Assalamualaikum w.b.t.

Happy Sunday everyone.

Lama rasanya saya tak greet my follower a.k.a my friends kat sini. Maaf, kekangan masa dan kerja dan bila ja ada masa, terlupa la pulak.

Sorry sangat! Apa apa pun nak ucapkan terima kasih kepada Pn Kacang dan Sutera Kasih serta tak dilupakan members yang lain.



Appreciation


Thanx sebab sudi follow blog ini...

Thanx sebab sudi baca entry entry di dalam blog ini

Thanx sebab sudi tinggalkan komen di blog ini

Thanx sebab sudi singgah ke blog

Thanx jugak untuk silent reader blog ini


Maaf andai saya tak sempat membalas kunjungan ke blog anda semua

Tapi, saya akan sentiasa pastikan untuk melawat blog anda walaupun tak tinggalkan jejak sebab kadang kadang tu saya tak tahu nak komen apa T_____T


Thank you for reading this entry









Wednesday, December 14, 2011

Kalau dah nekad...insyaAllah dapat!

Assalamualaikum w.b.t.

Tengah godeh-godeh gambar dari handphone saya then saya jumpa gambar ni. Memang teruja nak berkongsi kat sini. First time i read about this drink, dari satu blog. Lalu, saya sangat-sangat menyimpan keinginan untuk merasa ice blended or milkshake (i really dont know how to categorize this drink but it so yummy ;p). Tapi waktu tu, tak silap saya awal tahun 2011 so saya tak dela menaruh harapan sangat nak merasa.


Kemudian, baru-baru ni, family saya buat gathering kat sana with all my uncles and aunts with my cousins. Bagai pucuk dicita, hasrat memang datang lagi la. So saya dah bercita-cita untuk cari dessert ni walau apa yang berlaku. Tapi time tu, saya memang tak ingat apa nama air ni and also nama kedai tu. Ingat-ingat lupa. Then masa tengah naik ke Cameron Highland tu, nampak satu kedai/ factory nama coklat ni. Gulppp...sabarkan hati...ingat nanti time balik nak singgah kat situ.


Kemudian, satu malam tu, saya ikut makngah and pakngah dating (ye..saya memang kacau daun ;p). Sebenarnya diorang keluar pergi ke pasar malam kat area Brinchang. Pasar malam ni memang famous so sesiapa yang dah pernah pergi ke sana, pasti tahu pasar malam yang saya maksudkan. Taraaa...saya jumpa ni...





ha ni close-up



Hati dah meronta-ronta nak pergi tapi sabarkan je hati ni dulu. Nanti-nanti la...tu dah lewat malam kan...esok ada lagi..


And the next day..kitorang beramai-ramai pergi sekali lagi...this time includes my parents, aunts and uncles. Saya dah tak senang duduk...yang tak bestnya, kitorang dapat parking agak jauh jugak. Saya suarakan rasa teringin nak makan tu kat adik saya. Dia tanya, best sangat ke? Apa lagi, kenala cuba kan...


Masa tengah berjalan kat pasar tu, dalam hati berfikir, nak pergi ke tak..nak beli ke tak...fikir punya fikir...bukannya selalu saya dapat datang ke CH ni...alang-alang...baik pergi je...Dah habis beli barang-barang, saya cakap kat mak saya, saya nak pergi beli something jap..Apa lagi, berlari-lari anak aku di tengah-tengah manusia dan kereta...oh...disebabkan sekarang adalah musim cuti sekolah maka kereta Terrrrsangatla banyak. Bau asap bercampur bau minyak..lepas tu bau macam benda nak terbakar la..macam-macam...ok..saya masih bersemangat...dan akhirnya saya sampai ke kedai Strawberry Moment Desert Cafe tu...


Belek punya belek menu book tu...orderla yang ini...




Masa tengah tunggu order untuk siap, saya belek-belek la lagi menu yang ada atas meja lak...highlight desert and drinks...sekali terperasan yang saya pernah baca kat satu blog ni...ape lagi...terus tukar order..





Chocolate Avant




Memang lain dari yang lain. Walaupun ice tu dia blend, tapi memang tak terasa. Lembut je rasa...macam sutera...erk...tah..sush nak describe..tak macam ice blended yang lainla...Kat bottom tu ade coklat-coklat yang memang super yummy...well...what can you say..i'm chocolate and dessert lover. Kiranya, walaupun mahal..ya..memang agak mahal..tak silap dalam RM13.90 or 14..tak ingat sangat...tapi berbaloi baloi wa cakap lu..hehe..


InsyaAllah, ada rezeki untuk saya sampai ke CH ni lagi..Next time...nak try yang ni pulak...


Ok..sesiapa yang nak tahu lebih lanjut...klik kat bawah ni..saya dah letak link ;)


BTw...adik saya siap cakap...nekad sungguh saya...betul-betul nak..kenala cari sampai dapat kan...

Pictures all by Google.


TQ for reading (^_^)




Tuesday, December 13, 2011

Aku & Dia Dah Putus...

Artikel yang sangat bermanfaat untuk kita semua. Sebaik saja saya habis membaca, terus saya rasa tenang. Jadi saya ingin berkongsi dengan anda di sini. Harap dapat membawa kebaikan bersama. InsyaAllah (^_^)

************************************************




Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


Selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
Beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :)
p/s :  Semoga bermanfaat :)
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….








Thursday, November 3, 2011

Yanmieonline's giveaway

Assalamualaikum w.b.t.





Kali ni saya nak cuba masuk giveaway dari blogger ni. Bukan calang-calang blogger ni...kira otai jugakla...giveaway ni sangat mudah...kalau sesapa nak join pun...silakan...apa yang anda perlu lakukan :


1) Buat entry pasal giveaway ni dan bagi cadangan or komen tentang blog INI.


2) Letak link blog INI pada entry anda.



DONE!


Sangat mudah kan...


Baiklah, untuk pendapat pulak, ini bahagian saya untuk komen ye...Blog Yanmieonline ni sangat simple dan praktikal. Pertama kali saya bukak, warna 'tanah' untuk blog memang dah calm, damai je rasa. Font pun ok, cuma kalau boleh...tukar sikit font jenis lain...contoh seperti font Maharani. Header, memang dah comel dah. Takyah tukar pun takpe. Tapi bahagian bawah header tu, lupa lak nama nya...yang ada Home, About Me, Contact Me etc tu, nampak seperti sangat-sangat simple.huhuhu...kalau tukar warna lain sikit atau mungkin biru tone gelap contoh seperti royal blue dan jenis font ditukar, mungkin memberikan impak yang lebih menarik. Dan satu lagi, warna tanah untuk bahagian entry, iaitu warna putih, nampak agak pucat..macam tak naik. Tapi, mungkin tuan tanah nak background yang simple-simple je kan. Huhu..jangan marah ye tuan tanah...saya cuma memberi sedikit komen.Hehehe...

Okeh, setakat ini sahaja coleteh saya tentang memberi pendapat bagi blog Yanmieonline.com.

Sekian, terima kasih.


Harap-harap, bertuahla terpilih nanti...Amin...













ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend