Showing posts with label wish. Show all posts
Showing posts with label wish. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Teringin nak naik paramotor nii


Assalamualaikum w.b.t.
Hari tu masa panjat Broga Hill, dah nampak benda nih. Macam menarik dan best je. Tapi tak tau lagi, apa benda tu. Beberapa minggu lepas, sedang saya berjalan-jalan sambil nak makan Ais Batu Campur (ABC) di tepi pantai berdekatan Kuala Perlis, saya terdengar bunyi bising dan ternampak benda ni. Tahap keterujaan saya sudah meningkat dan saya sangat..sangat. teringin untuk menaiki paramotor ni..sekali pun jadila..tapi bila la tu..T__T.



Cepat-cepat keluarkan handphone and snap gambar orang tu.

Oh, kepada sesiapa yang tak tahu apa paramotor tu, ni saya amik definasi term dia dari satu blog.

Paramotor adalah paralayang diberi tambahan motor propeler sehingga pilot bisa melakukan terbang (take off) tanpa harus melakukan lompatan (jumping) dari ketinggian.Sumber : Sini

Ok, itu je nak cerita. Jangan lupa join giveaway saya ye ;)

Sekian, terima kasih kerana membaca entry ini (^_^).







Sunday, February 26, 2012

An appreciation to you guys =)

Assalamualaikum w.b.t.

Happy Sunday everyone.

Lama rasanya saya tak greet my follower a.k.a my friends kat sini. Maaf, kekangan masa dan kerja dan bila ja ada masa, terlupa la pulak.

Sorry sangat! Apa apa pun nak ucapkan terima kasih kepada Pn Kacang dan Sutera Kasih serta tak dilupakan members yang lain.



Appreciation


Thanx sebab sudi follow blog ini...

Thanx sebab sudi baca entry entry di dalam blog ini

Thanx sebab sudi tinggalkan komen di blog ini

Thanx sebab sudi singgah ke blog

Thanx jugak untuk silent reader blog ini


Maaf andai saya tak sempat membalas kunjungan ke blog anda semua

Tapi, saya akan sentiasa pastikan untuk melawat blog anda walaupun tak tinggalkan jejak sebab kadang kadang tu saya tak tahu nak komen apa T_____T


Thank you for reading this entry









Thursday, August 25, 2011

Makanan di Malaysia memang sedap-sedap



Assalamualaikum w.b.t.

Tinggal beberapa minit je lagi untuk berbuka puasa, saya amik kesempatan ni untuk update entry jap. So, disebabkan dah wish selamat berbuka puasa, tentulah entry tentang makanan. Punyela lama saya peram entry ni sebab takut orang yang baca entry ni terliur pulak (terliur la sangat ;p). Okeh, dimulakan bicara, hari tu saya berbuka puasa dengan kawan saya merangkap ofismate saya. Sebenarnya tak plan pun nak keluar hari tu. Tetiba je plan, pergi jalan TAR dan terus berbuka kat area sana. Tapi takdela kitorang berbuka kat jalan TAR tu, kami berbuka di Maju Junction dan menu kami ala-ala thai. Nama restorannya....








Krathong Thai Restaurant





Ha, saper-saper yang nak buat reservation, sila kol nombor ni...





Kewteow goreng ~ makanan kawan saya




Kewteow tomyam




Dah kenyang




Ni pulak makanan hari lain...berbuka dengan dua orang ofismate di The Mines



Tea 3 Layer~sedap wooo


















ok, takat ni dulu ye. nanti sambung lagi.tatata~


sekian, terima kasih kerana membaca (^_^)




Monday, August 22, 2011

Sesuatu yang best!



Assalamualaikum w.b.t.


Salan ramadan semua..dah hari ke 22 berpuasa kan hari ni ;)


Alhamdulillah, sesuatu yang best datang dua kali ganda. Ingat tak entry saya yang INI dan INI juga. Akhirnya dah sampai. Sekejap je, hari ni saya bank-in duit, esoknya pakcik pos laju tu dah datang ofis. Hoyeaahhh...sangat sukee....cume...macam tersalah size je..uwaa...kena oterr la nanti..bajet saya gumuk tetapi i dah kurus la...haha...ok...itu agak keterlaluan sedikit...;p




Tadaaa....inilah parcelnya....



Dan baju yang saya beli....


Tadaaa....setelah mendapat sokongan ramai....cewahh..






Dan ini....




Overall, sangat berpuas hati...hehehe...:)

****************************************************

Ok, ni cerita lain pulak....hari tu ofis mate saya ada outstation kat Sabah...alhamdulillah, diorang teringat jugak kat saya. Sorang-sorang bagi sebenoir...tapi geng-geng perempuan je la....Nak tengok gift dari diorang? Moh..moh...




Kerongsang bling-bling...suka sangat ;)


 dari Sue dan Anis


Keychain...


Dari Ina dan Mars


Ada satu lagi dari Sue tapi lupa plak nak snap picture nye...hehe...


Okeh, sekian dahulu untuk masa ini...da~


Terima kasih kerana membaca entry ini (^_^)




ps:terasa entry ni panjang sangat la pulak



Tuesday, August 16, 2011

Esok cuti: Nuzul Al-Quran



Esok saya cuti! Hoyeaaayyy..best..best sebab dapat tido puas-puas...tetttt..ape anak dara bangun lewat-lewat kan ;p.


Bagi yang tak tahu, esok adalah hari memperingati turunnya Al-Quran ke bumi dan bagi negeri Selangor, ia adalah cuti umum...hoyeayyyh lagi...hehe...
Negeri lain saya tak pasti la, yang pasti KL memang tak cuti ye esok...hehe...





Cuti-cuti jugak tapi amalan sunat di bulan puasa jangan dilupakan.

Jom mengaji Al-Quran setiap hari, satu ayat pun dah cukup apatah lagi 1 surah.

InsyaAllah =)











Monday, August 1, 2011

Salam Ramadan al-Mubarak 1432 Hijrah

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ini adalah hari pertama umat Islam di Malaysia berpuasa. Jadi saya nak amik kesempatan nak ucap, Selamat Berpuasa untuk semua umat Islam. Jangan makan sorok-sorok yer ;P


Dan jangan lupa untuk kejar kehebatan dan kenikmatan bertawarikh di bulan puasa kali ini. Moga mendapat keberkatannnya. Amin.


Appreciation: Google





Bagi saya, pagi ni tak terasa sangat suasana berpuasa tu. Takut juga terminum air masak sebab biasanya memang pagi-pagi saya akan minum air masak. Huhuhu...harap-harap tak la...heee...;p




Appreciation: Google



Sekian.



Thank you for reading this entry (^_^)




Friday, July 1, 2011

Selamat Hari Lahir kepada insan yang amat saya cintai!

Assalamualaikum w.b.t.


Agak terlewat jugak saya keluarkan entry ni. Sepatutnya taip dan publish semalam, tapi terlupa dan sibuk, malam ni baru berkesempatan. Ni pun dah masuk 31hb, hari baru. huhuhu...Sepatutnya wish on 30th. Apa-apa pun, walaupun insan tersebut tidak membaca blog saya ni, saya tetap jugak nak buat entry ni khas untuk beliau sebab saya sangat sayang dan cinta sangat pada beliau. Beliau adalah.....ibu saya yang tercinta.




Selamat Hari Lahir Mak!


Happy Birthday to my Lovely Mummy!


Ehh! Salah!



Happy Belated Birthday Mom. 


*Mengada taip dalam BI sebab bila translate 'belated' ke BM, macam pelik lak bunyinya...;p



Semoga ibu saya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang murah dan sentiasa bermurah hati untuk berbelanja demi anak-anaknya. Kakak sayang mak sangat-sangat!



Siang tadi dah SMS mak saya. Masa nak send tu, fikir banyak kali jugak, nak send ke tak..nak send ke tak...sebab segan dan malu. Tu la...pelikkan. Nak SMS kawan-kawan, boleh pulak tapi bila ibu sendiri, malu...saya malu sebab tak biasa...tak amal wish-wish ni sejak kecik. Bila dah besar baru buang perasaan malu tu untuk wish. Ingat lagi, time tu saya sekolah menengah, dan masa tu adalah hari ibu atau hari lahir mak saya, tak ingat yang mana satu memang hari special for my mum la...saya bertekad untuk menghadiahkan sekuntum bunga ros atau carnation (ni pun tak ingat) yang sudah siap di'wrapping'. Sanggup beli kat kedai fresh flower dan ini adalah pertama kali saya bagi hadiah untuk ibu saya. Punyela malu yang amat sangat untuk saya bagi by hand kat mak saya tu, saya sanggup letak bunga tu dalam kete mak saya. Memang dah budget dia akan keluar jap lagi, so letak senyap-senyap dan buat dono je. Dan bila beliau masuk ke dalam kete, saya pun lari entah ke mana. Perasaan masa tu, memang malu yang amat sangat. Sebab benda tak pernah buat tapi nak buat jugak...ye la..untuk ibu sendiri. Apa salahnya kan...But..in the end..bunga tu dapat kat saya jugak...hihi...



Tadi, dalam ofis, saya bersembangs-sembang dengan ofismate, dia tanya saya, pernah tak, ni saja-saja je..duduk dalam umah, tiba-tiba ko peluk and cium mak ko...dan jawapan saya, tak pernah! Kang mak saya cakap, buang tebiat ke apa anak aku ni...ye..saya tak pernah duduk saja-saja, tiba peluk and cium pastu sambung buat keje macam biasa. TAPI, kalau saya perlu berjalan jauh, contoh masa nak balik UTM dulu, ye la, dari Perlis ke Johor, jauhkan...ha..ni memang salam and peluk cium bagai.Siap mintak ampun banyak-banyak lagi. Mintak keberkatan untuk belajar kan.And same goes to my handsome dad. Peluk cium depan-depan orang ramai. Pedulik hape aku...ni parents kita kan...


eh..eh..tiba-tiba saya rasa macam da terkeluar topik.hehehe...ok...tu je entry ni....oh, nak tau sesuatu tak, lately ni kan saya sangat stress dan serabut. Kalau tak caye, ce tengok entry saya yang sebelum2 ni. Entry merepek dan merapu, hehe. Dan tadi, mak saya kol. Alhamdulillah, lega kejap perasaan saya. Terasa seperti melepaskan beban yang berat sebentar. Calm je. Tima kaceh mak....sayang mak...(kalau depan2 mak saya, jangan harap nak cakap macam ni...malu punye pasal.hihi)



Ok, da~


ps:rindu my mom's cooking.cant wait to go home next 2 weeks.eh..mak saye nak datang kl la next week...yeayy!


TQ for reading (^_^)









Monday, June 13, 2011

Pink Lover, Thank you so much!

Cik Pink Lover thank you so much for your help last week. Really really really appreciate that. Huhuhu....Thank you again dear =)








Thank you for reading (^_^)






Tuesday, March 29, 2011

Jangan banjir....huhu




Dua tiga hari ni, asyik hujan lebat je...astro memang tak boleh tengok la....4 5 channel je yang boleh dan seterusnya menyakitkan hati aku sebab bil sentiasa berjalan...huh...




hari ni, hujan masih lagi turun malah bertambah lebat...tadi masa nak amik adik kat sekolah, hujan lebat sampai pandangan kabur kat cermin. ini bukan kes udara di dalam terperangkap ye tapi memang hujan lebat sangat.peristiwa banjir besar beberapa tahun lepas masih terbayang...




Ya Allah, aku memohon padaMu agar hujan ini cepat reda, jangan lah timpakan banjir kepada kami.


Tadi masa bukak facebook, saja baca status kawan-kawan, ada yang dah siap-sedia angkat barang-barang umah seperti mesin basuh, sofa dan pelbagai lagi....takutnya...harap-harap cepat reda cik hujan....huhu...















Happy Birthday Abah!

Assalamualaikum.


Selamat pagi.


Hari ini adalah hari lahir abah saya yang ke ..... hehe...muda lagi...:p

Happy Birthday Abah!





Saya sayang abah saya. Ye la....saya anak ayah.;p..kata orang tua-tua, selalunya anak lelaki ni rapat dengan ibunya, anak perempuan pulak rapat dengan ayahnya....masa saya kecik-kecik dulu, saya memang rapat dengan abah saya. Tapi waktu tu, abah saya tak tinggal dengan kami. Beliau terpaksa bekerja di Pulau Pinang so terpaksa la beliau berulang balik dari Penang ke Perlis pada waktu hujung minggu. Masa saya kecik-kecik dulu, kirenye masa saya baby lagi, abah saya kerja kat Pulau Pinang but before saya belum lahir, beliau bekerja di Pos Malaysia KL. Then dapat tukar Pos Malaysia Penang. Kadang-kadang mak saya yang ditemani makngah saya akan pergi ke penang dan kadang-kadang, abah yang akan pulang ke Perlis. Rotate macam tu la tapi most of teh time, abah la yang akan balik ke Perlis. Still, ada lagi gambar saya time baby yang ditangkap atas jambatan Pulau Pinang....memorable sangat bila telek-telek gambar tu...


Then, few years later, abah dapat tukar ke Pos Malaysia Alor Star....dah tak jauhla dengan kami (Tok, Tokwan, Mak, saya dan adik lelaki saya) kat Perlis ni..Abah saya ni anak tunggal so memang terasa la jugak bila beliau berjauhan dari tok dan tokwan saya ni. Dan masa saya sekolah menengah, abah dah dapat tukar ke Kangar, Perlis. Alhamdulillah, lega tok dan tokwan kat sini. Nak dijadikan cerita, sekolah saya memang dekat yang amat sangat dengan ofis my dad jadik, memang selalu abah la yang hantar dan kadang-kadang balik sekali. Tak bolehla selalu sebab time balik sekolah and office hour kan tak sama.Selalunya saya balik naik bas je (sebelum amik lesen motor) Bila ada kelas waktu petang, kalut-kalut saya pergi ofis abah nak tukar baju and mintak duit...abah..nak duit...abah nak makan...abah...beli milo ais...erkk...tetiba teringat kat allayarham tok wan saya...tiap-tiap kali nak balik sekolah naik bas, tokwan yang selalu amik...masa otw nak balik tu, saya siap kol pesan kat beliau..."tokwan...beli kat cek milo ais na..." . Hampir tiap-tiap hari...Ya Allah....rindu pulak kat tokwan...T_T.sorry...sory...ni entry untuk abah jadi saya cerita tentang abah je la...






Masa saya kecik-kecik, dalam lingkungan 4,5, 6 tahun tu, waktu tu hanya ada saya dan adik lelaki saya saja, abah selalu bercerita pada kami. Cerita tentang anak tupai, lepas tu habis bercerita, beliau akan mengusik kami...ingat lagi, time beliau bercerita, saya mesti tido bawah ketiak beliau sambil mendengar cerita anak tupai tu. Bila saya nak anak patung barbie...mesti dapat punye..tapi ala-ala barbie je la..jadila tu....


Alhamdulillah, hidup kami walaupun sederhana tapi saya dapat apa yang diinginkan, masa saya teringin sangat nak rollerblade, time tu memang famous la pakai kasut roda ni...alhamdulillah, dapat....nak pergi swimming kat swimming pool, dapat...nak basikal..dapat...nak amik lesen motor..dapat..nak lesen keter...dapat...Ya Allah...macam-macam la...syukur sangat dengan kehidupan ini.


Bila saya study kat UTM dulu, setiap kali cakap telefon mesti ditanya, ada duit ke tak..walaupun time tu saya mewah giler dengan duit scholar...tapi shopping sana..shopping sini...habis jugak...huhuhu....even sekarang ni pun, time saya dah kerja and pegang duit sendiri, kalau nak pergi mana-mana, mesti beliau akan tanya,'ada duit tak?'....saya tahu, mesti ada yang tengah baca ni kata...ala bapak aku pun macam tu jugak...tapi saya nak jugak cerita tentang bapak saya...biarlah...hahaha....tapi memang touch la bila diorang terlalu take care kat kita even kita dah dewasa kan...



walau apa-pun, saya tetap anak abah...walaupun dah besar, walaupun dah kahwin dan walaupun saya dah ada anak nanti...;p. sebenarnya, kalau nak dicoretkan di sini, terlampau banyak yang saya nak taip tapi disebabkan saya dah malas nak taip (erkk....boleh lak malas...haha)...takat ni je la saya boleh share dekat sini.



So, Happy Birthday to My Handsome Daddy....Semoga panjang umur, terus berjaya dalam perniagaan dan pekerjaan beliau pada masa kini. InsyaAllah.


Pesanan penaja: Hargailah ibu bapa ketika mereka masih ada.



sekian, TQ for reading (^_^)









Monday, March 14, 2011

Kelu

Tiba-tiba aku mendapat apa yang aku inginkan sebelum ini. Tawaran yang sungguh tak terduga. Aku sangat gembira, rasa untuk melompat-lompat bagai ada rama-rama di dalam hati perut ini. Tapi, aku belum bersedia, belum bersediakah aku? Ini yang aku mahukan...tapi itu dulu.Sekarang ni?

Aku perlu mendapatkan pandangan dari ibu bapa dan yang penting solat istikharah.





Ya Allah, berilah aku petunjukMU agar aku tidak silap untuk membuat perhitungan. Amin.






Friday, March 4, 2011

Dapat keje government!

Assalamualaikum....




Syukur sangat-sangat KALAU saya dapat kerja dengan kerajaan....bukan la bermaksud sekarang ni tak bersyukur...Alhamdulillah...syukur sangat tapi siapala yang tak mahu kerja dengan Government kan...lebih terjamin....ok..saya tahu ada sesetengah orang, takde la berharap kerja dengan kerajaan, macam saya, kalau tak dapat kerja kerajaan pun takpe, janji dapat keje kat Petronas ke Shell ke Exxon Mobil ke...fuhhh....berangan....kalau dapatla....



Ok..ok..berbalik kepada tajuk utama....sebenarnya my good friend...dia dapat jadi calom simpanan untuk J41...tahniah untuk awak ye....tak tau la dia baca ke tak...orang tu tengah off-shore sekarang ni...walaupun calon simpanan....dah 80% dah tu boleh dapat....insyaAllah, kalau dah rezeki, dapatla tu...(^_^)



pss: Pizza N Baskin Robin tau...=p


TQ for reading ^_^











Friday, February 25, 2011

Cepat je dah jumaat

Macam tak terasa kan...pagi tadi masa bangun, terfikir kejap, hari ni hari apa....boleh pulak macam tu...aiseh....


Apa-apa pun, nak wish happy weekend day...bolehla rehat or jalan OR shopping...kan da dpt gaji..as for me...belum dapat lagi da...next weekend bru boleh shopping *erk, betul ke NEXT weekend...lalala....~



Babai~



Sekian, TQ for reading.













Friday, January 28, 2011

Tunggguuuuu....

Entry untuk makanan bakal menanti....perghh..banyak giler gambar makanan yang menunggu untuk dimuat turun. Gambar terkumpul hari demi hari, ish tak sabar nak upload sebab banyak sangat ni...dahla internet slow. Tunggu internet laju la camni tapi bilakah....uhukuhuk...


Nantikan~


Thank you for visiting my blog (^_^)





Monday, January 17, 2011

Happy Birthday to ....

image courtesy by Google




ME



Wah...dah bertambah satu angka dalam umur ku. Macam tak percaya je dah umur ....(saja je buat suspen). Alhamdulillah, masih lagi bernyawa di muka bumi ni, masih lagi sihat walafiat dan masih lagi banyak benda yang belum dikecapi. So tahun ni, kena betul-betul fokus untuk mempertingkatkan diri. Fuhh...memang banyak target la, harap-harap dapat achieve untuk tahun ni.


Erkk...entry ni macam sekali combine dengan new year's resolution la. Kan tak buat lagi azam tahun baru 2011. Banyak jugak azam tahun ni. Tengah berfikir nak letak ke tak, malu pun ada, kang tak dapat capai pulak. Tapi takpela. Untuk renungan saya jugak di masa akan datang. Boleh refer kan whether dah achieve ke belum. Ok, ape azam tahun baru 2011 ni?



1. Nak cari kerja baru, nak gain new things, knowledge dan yang paling penting, getting more pays. Hehe..


2. Nak simpan duit setiap bulan. Haha...yang ni memang failed tahun lepas. Asyik shopping and berjalan je kekdahnya...mana nak simpan...


3. Nak bagi duit kat mak and abah tiap-tiap bulan....harap-harap dapat la buat tahun ni. Even sikit, janji bagi jugakkan...orang-orang tua kata, duit yang kita dapat lebih berkat if kita share dengan ibu bapa kita.


4. Nak settle hutang-hutang yang ada, well ni macam susah sikit. Ye la, duit kete..mana boleh bayar semua dalam setahun. Mana nak cekau duit puluh-puluh ribu tu. Okla, at least, tak tertinggal bayar untuk setiap bulan. For now, alhamdulillah, tak pernah missed lagi bayar cuma duit lain je termiss...adeh...tak boleh jadi ni...


5. Nak jadi anak dan cucu dan isteri yang baik.


6. Nak belanja kawan-kawan. Ha..untuk izma dan yus, thanx korang. Asyik belanja aku je...InsyaAllah, nanti aku nak belanja korang banyak-banyak more than korang belanja aku. So lucky to have them as my good friends here.


7. Apa lagi eh....nak jadi baik...baik..baik...tak kedekut...haha...tak berkira, tak malu-malu, tak malas, tak ape lagi eh...



8. Nak kawin....erkkk...ok..ok...takde lagi dalam list untuk part ni...hahaha...*dush



Okla...harap-harap dapatla capai semua ni dalam tahun ni. Takpe, tahun depan kita akan review macam mana...hehe...Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak atas doa yang kalian berikan itu. Sangat-sangat hargainya. Semoga termakbul doa itu. Amin.











Tuesday, January 11, 2011

Eh...besday Dato' Siti Nurhaliza hari ni la...

Happy Birthday Tok Ti....



diculik dari incik google




Tetiba teringat 11hb Januari, hari ni, besday Tok Ti kita....


grabbed from Mstar



Semoga cepat-cepat dapat anak...tak sabar nak tengok muka baby beliau...



psst: masa persembahan AJL hari tu, nampak macam kembung je perut beliau.adekah...??takpe...kita doakan untuk beliau ye ;)



eh...eh...satu lagi...tudung dah makin kebelakang...seriously, masa persembahan ajl tu, tak ingat langsung yang dia dah bertudung...erm...nape eh...harap-harap pasni janganla tudung kebelakangan lagi...kang 'terjatuh' tudung tu...erkk...


sekian...tQ.










Saturday, January 1, 2011

Happy New Year :: 2011

Assalamualaikum.



Happy New Year, 2011 everyone...


Make new wish and make sure they will come true, InsyaAllah.






















ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend