Showing posts with label foods. Show all posts
Showing posts with label foods. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

Selamat Hari Buruh dan Burger Bakar



Assalamualaikum w.b.t.


Selamat Hari Pekerja. Hampir semua orang bercuti kan kecuali barisan pertahanan macam askar dan polis dan mungkin mereka yang bekerja di sektor swasta. Jangan bersedih ye..Anda juga pasti akan dapat cuti jugak nanti :).


Sekarang ni, sana sini orang bercerita tentang burger bakar. Meleleh je air liur membaca dan melihatnya. Teringin la jugak nak mencuba tetapi kat Perlis ni, setahu saya burger bakar ni takde lagi. Ke dah ada cuma saya je yang tak tau? Sesiapa yang tahu, sila la kabor kepada ambo ye ;p Apa hal cakap pantai timur ni?Oh, tadi tengok cerita Senyuman di Kuala Lumpur, pelakon tu goyak klate. Comel. Hehe..


Sebulan yang lepas, glamour kejap dengan Burger Bakar Kaw Kaw...

Sumber Gambar



Kemudian Burger Bakar Rawang

Sumber Sini



Tadi tengah berblog walking, terbaca tentang Burger Kukus di Puncak Alam pulak...

Sumber Gambar


Huhu...semua jauh jauh...macam mana nak rasa ni...Kena tunggu pergi sana dulu la, baru dapat makan burger-burger yang enak ni.. ;'(


Ada sesiapa dah pernah makan burger bakar sebelah utara tak??




Thursday, March 29, 2012

Kuih dari Korea

Assalamualaikum w.b.t.

Entry yang dah lama tersimpan dalam draft. Hihihi...Cerita yang dah lama, sebenarnya semasa saya pergi ke Ekspo Buku Islam hari tu, sempat jugak saya menyinggah ke Karnival WOW. Bila dah  berjalan-jalan, tiba-tiba ada seorang mamat korea comel tengah promote suruh rasa makanan dari korea. Siap bagi amaran, makanan ni pedas. Tapi bila saya rasa, hurm...takde pedas manapun. Hehehe...Sambil tu, mereka jugak bagi promosi suruh rasaatau beli mana mana makanan dari Korea tu. Saya tengok kuih ni, macam menarik la pulak, So amik la satu.








Lama  jugak terperam dalam beg saya, bila teringat dengan makanan ni, baru bukak. Bukak je plastiknye, habis dah hancur. Ayoyoyo...makan la jugak sikit. Rasanya...bolehla. rasa macam kek Hiro tu tapi Hiro kek lagi sedap kot. Hehehe...

Eh, sebelum saya beli tu, saya tanya siap-siap, Halal ke ni..Nasib halal. Jadi bolehla makan tanpa ragu ragu =)




Friday, March 23, 2012

Magnum yang best!



Assalamualaikum w.b.t.

Entry yang terperam dalam draft.

Hari tu saya makan ais krim Magnumm with Capuccino + Caramel...

rasa : memang sedap la.tambah saya peminat kopi tegar ;)

..erkk..ni perisa baru kan?





Sebab sebelum ni, saya tengok ada vanila dengan choco je...for me, choco doesnt suit me well  even though i'm a choco's hard core fan (erkk...ayat ape yang aku karang ni..layan je la)


Oh, vanila tak cuba lagi. Next time boleh kot cuba ;p



Disebabkan tak sabar sangat sangat, lepas beli terus makan aiskrim ni. 

Driving sambil makan aiskrim ok.

So memang tak boleh nak tangkap gambar awal-awal la. 

Dah tinggal 1/4, baru sampai rumah, cepat cepat tangkap gambar.




Masih terbayang keenakan royal chococlate belgium ni...


Appreciation

Alhamdulillah, dapat jugak merasa aiskrim mahal ni. Syukur.





Thursday, February 23, 2012

Makan makan #1

Assalamualaikum w.b.t.

Baru tadi check gambar kat hp, tengok tengok, banyak giler gambar pasal makanan yang plan nak update tapi terhapdate pun. So, here it comes...ada bape sesi ni...;p

Hari tu, which i dont remember when, tapi bulan ni kot..haha...my friend asked me out, sebab dia selalu outstation je, okla, bila fikir fikir balik, why not so i said yes. Plan awal untuk pergi ke Sunway Pyramid but in the end, orang tu tukar plan pulak, nak pergi ke Pavilion yang tengah tengah KL tu. Hmm...i was speechless...sebab perjalanan yang agak jauh dan masa yang ada tu sekejap sangat...Dia ni sajaaa...

So, bila dah sampai Pavilion, plan nak tengok wayang IF ada cerita yang best la.N yes! Ade cerita best. Sangat best dan sangat sangat ditunggu untuk menonton.


So kitorang jalan/ lari laju laju naik escalator menuju ke GSC kat tingkat bape tah...




boleh nampak tak?


kitorang tengok ni...


Best..best...colourfull sungguh ;p


Tapi, sebelum nak tunggu wayang start, kena solat asar dulu sebab wayang start  pukul 5 lebih dan mungkin 7 lebih baru habis. Plus, masing masing lapar so pergi carik makanan dan solat asar dulu. As a starter...saya nampak kek ni, Ya Allah, sangat comel. Dulu ( last year ok...) pernah bertekad, tanam azam nak makan kek ni.A slice of heaven. Tu nama kedai kek ni la..sebab pernah baca kat satu blog atau kat fb tah, ada orang ni, dia makan, sampai termimpi mimpi. Haha..ok..tu i exaggerate je. Tapi memang betul, sedap. Ha, since dari tu la saya sangat sangat la craving untuk makan Red Velvet Cake. Tapi bila beli kat satu kedai area bangi, kedai dah cantik..ala english style tapi kek...hampeh...sangat sangat tak sedap. So macam dah fobia sikit.

Eh, tak habis cerita lagi pasal cupcake kat pavilion ni, then bila saya tengok harga..untuk seketoi cupcake to ja dah boleh makan sizzling mee kat jusco dengan air biasa...tak jadi la...Lepas tu, ada la 'orang tu' meng'offer'kan diri untuk belanja...mula mula malu..hahaha...tapi dah didesak (desak la konon ;p)..ape lagi...cek ambik la...



Nampak harga dia?? Huhuu..


Packaging cantik..




Tapi bila bawak tunggang terbalik...akhirnya jadi macam ni la..



Huhuhu..sedih tengok taapiii...tapi...the taste..soo nyummy...memang sedap sangat sangat sangat..ha..3 kali sangat tu....next time, if i go to pavilion, this is a must.

Sedap weh...cuma yang tak bestnya......kecik sangat..dan mahal..tapi mahal boleh tolak tepi kan..kalau dah suka sangat ;p




Makan sorang sorang.Tak boleh share! Hahaha...


Uwaa..dah terlepas promo ni...:(



Ok, to be continue, apa yang kami makan lagi kat pavilion tu...



Makan makan #2

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, dah menginjak ke hari jumaat, dan esok cuti. Hari ni saya sangat bersemangat. Sebab esok sabtu. Suka...suka...mood nak kerja dah takde. Huhu...

Baiklah, sambungan kepada entry makan lagi...
Selepas makan pembuka selera NI, kami pusing pusing satu pavilion untuk mencari idea, nak makan apa nanti. Fikir punya fikir, in the end, kawan saya nak makan kat Old Town White Coffee (OTWC). Okla, saya mengikut saja. Orang belanja kan..hihi


Orang itu mahu makan ini, memang perut Melayu sungguh :p





saya pulak makan ini, apa tah nama dia, Kuew teow ....



Air dia dan saya




Dah bayar, dapat angpow...ingatkan duit (but seriously, follow your common sense, takkan la diorang nak bagi duit kot kan ;p)...haha




Voucher yang hanya boleh redeem kat OTWC Pavilion..bila tah nak pergi lagi..




Lepas tu...ada lagi makan makan. Hohoho...memang saya pow 'orang it' sehabis habisan la...;p


*malasnya nak letak watermark.harap harap takde orang curik gambar...


Monday, January 30, 2012

Geramnya tengok iklan ni!


Assalamualaikum w.b.t.

Geram pulak tengok iklan ni....

Harga asal : RM 80
Harga lepas diskaun: RM 45


Dahla saya memang teringiin sangat nak makan pavlovaa ni....tengok ENTRY ni dan yang NI . Macam dah sampai tahap mengidam ni. Hahahaha....


*Fikir...fikir..fikir..



Friday, January 20, 2012

Craving this Pavlova

Sekarang sangat popular tentang pavlova ni. Tengok gambar, sangat mengiurkan hokkkkkkkkayy...





Masa mula-mula dengar nama pavlova, sangat weird. Ape ke bendanya. Dibuat daripada apa.Makan rasa macam mana. Mahal tak. Tengok gambar memang nampak sedap. Baca komen-komen orang pun, memang ramai yang kata sedap.

Untuk yang tak tahu apa itu pavlova, sila tengok kat SiNi




Tak boleh jadi...kena buat..

Gambar pavlova adalah dari google.

Sekian, TQ for reading.


Wednesday, December 14, 2011

Kalau dah nekad...insyaAllah dapat!

Assalamualaikum w.b.t.

Tengah godeh-godeh gambar dari handphone saya then saya jumpa gambar ni. Memang teruja nak berkongsi kat sini. First time i read about this drink, dari satu blog. Lalu, saya sangat-sangat menyimpan keinginan untuk merasa ice blended or milkshake (i really dont know how to categorize this drink but it so yummy ;p). Tapi waktu tu, tak silap saya awal tahun 2011 so saya tak dela menaruh harapan sangat nak merasa.


Kemudian, baru-baru ni, family saya buat gathering kat sana with all my uncles and aunts with my cousins. Bagai pucuk dicita, hasrat memang datang lagi la. So saya dah bercita-cita untuk cari dessert ni walau apa yang berlaku. Tapi time tu, saya memang tak ingat apa nama air ni and also nama kedai tu. Ingat-ingat lupa. Then masa tengah naik ke Cameron Highland tu, nampak satu kedai/ factory nama coklat ni. Gulppp...sabarkan hati...ingat nanti time balik nak singgah kat situ.


Kemudian, satu malam tu, saya ikut makngah and pakngah dating (ye..saya memang kacau daun ;p). Sebenarnya diorang keluar pergi ke pasar malam kat area Brinchang. Pasar malam ni memang famous so sesiapa yang dah pernah pergi ke sana, pasti tahu pasar malam yang saya maksudkan. Taraaa...saya jumpa ni...





ha ni close-up



Hati dah meronta-ronta nak pergi tapi sabarkan je hati ni dulu. Nanti-nanti la...tu dah lewat malam kan...esok ada lagi..


And the next day..kitorang beramai-ramai pergi sekali lagi...this time includes my parents, aunts and uncles. Saya dah tak senang duduk...yang tak bestnya, kitorang dapat parking agak jauh jugak. Saya suarakan rasa teringin nak makan tu kat adik saya. Dia tanya, best sangat ke? Apa lagi, kenala cuba kan...


Masa tengah berjalan kat pasar tu, dalam hati berfikir, nak pergi ke tak..nak beli ke tak...fikir punya fikir...bukannya selalu saya dapat datang ke CH ni...alang-alang...baik pergi je...Dah habis beli barang-barang, saya cakap kat mak saya, saya nak pergi beli something jap..Apa lagi, berlari-lari anak aku di tengah-tengah manusia dan kereta...oh...disebabkan sekarang adalah musim cuti sekolah maka kereta Terrrrsangatla banyak. Bau asap bercampur bau minyak..lepas tu bau macam benda nak terbakar la..macam-macam...ok..saya masih bersemangat...dan akhirnya saya sampai ke kedai Strawberry Moment Desert Cafe tu...


Belek punya belek menu book tu...orderla yang ini...




Masa tengah tunggu order untuk siap, saya belek-belek la lagi menu yang ada atas meja lak...highlight desert and drinks...sekali terperasan yang saya pernah baca kat satu blog ni...ape lagi...terus tukar order..





Chocolate Avant




Memang lain dari yang lain. Walaupun ice tu dia blend, tapi memang tak terasa. Lembut je rasa...macam sutera...erk...tah..sush nak describe..tak macam ice blended yang lainla...Kat bottom tu ade coklat-coklat yang memang super yummy...well...what can you say..i'm chocolate and dessert lover. Kiranya, walaupun mahal..ya..memang agak mahal..tak silap dalam RM13.90 or 14..tak ingat sangat...tapi berbaloi baloi wa cakap lu..hehe..


InsyaAllah, ada rezeki untuk saya sampai ke CH ni lagi..Next time...nak try yang ni pulak...


Ok..sesiapa yang nak tahu lebih lanjut...klik kat bawah ni..saya dah letak link ;)


BTw...adik saya siap cakap...nekad sungguh saya...betul-betul nak..kenala cari sampai dapat kan...

Pictures all by Google.


TQ for reading (^_^)




Friday, October 28, 2011

Breakfast yang paling tak best!

Assalamualaikum w.b.t.


Citer dah lama tapi baru transfer gambar. Tetap nak cerita jugak. Tapi tak taula time saya je kena makanan yang tak best ni....

Ni gambar makanan tu...





Mesti dah boleh agak kan makanan apa tu...sebenarnya saya dah lama teringin nak makanan benda ni...asyik...asyik tak sempat nak beli..tiba-tiba hari tu ada masa, so terjah la kedai makanan* tu...then beli...


yang tak bestnye...roti tu sangat...sangat...sangaaaaaaaatttttttt keras....sedih betul....menyesal beli...fobia kot nak beli dah...T____________T


Tapi mungkin saya je kena kes macam ni..orang lain beli, ok je kot....huhu....


ok..da~









Monday, October 24, 2011

Kalau time pose, selalu macam ni...diri oh diri...

Assalamualaikum w.b.t.

 ***ini post yang peram dalam draft item***

Selalu teringat nak post pasal benda nih tapi asyik tertangguh dan asyik terlupa. Aiyakk...apa boleh buat...malam ni, alang-alang teringat, baik taip cepat-cepat. Kang idea ni ilang macam tu je...macam buang air liur je...erkk..apa kaitan...


Saya tak tahula orang lain tapi saya ni...memang dari dulu lagi, kalau time pose je...saya suka ..eh..bukan suka tapi TER..tak sengaja ye...ade TER di depan tu, TER suka membuka blog yang ada benda-benda nih....








kadang-kadang blog yang saya masuk tu..bukannye blog bakery tapi blog personal orang je...tapi blogger tu dia tempek macam-macam gambar makanan yang sangat menyelerakan...memang tertelan air liur je....huwaaa...


ni dah tenung cake banyak-banyak kali..memang tak leh tahan la...oh..tak sabarnya nak tunggu Blueberry Cheesecake buatan kakak ofis saya esok...gulp..



UPDATE: cheesecake tu dah pun habisss.s..huahuahua












Tuesday, October 18, 2011

Review : Half Moon's Restaurant

Assalamualaikum w.b.t.

Entry yang dah lama tertangguh kan. Agak lama jugak saya tak log in blog ini dan update any entry. Entahla...mood untuk menulis blog memang dah berkurang sejak kebelakangan ini. But dont worry, mood untuk blogwalking masih ada, itu je favourite things i love to do ;p.Tapi disebabkan saya dah berjanji nak review(review la sangat kan ;p) tapi ini based on my experience dan review saya ni pun tak dela macam pengulas pakar makanan ye...saja suka-suka nak komen tempat yang pernah saya makan je. Harap maklum.





The Menu

Lupa nak bagitau, tapi mungkin ada yang dah tahu kot. Half Moon ni restoran yang menyediakan makanan daripada Timur Tengah seperti nasi Arab dan kebab. Ada lagi makanan yang lain tapi saya tak ingat term makanan tu. Selain ayam, ada daging kambing jugak. Tapi saya tak makan pun daging kambing tu so no komen la.





Office mates saya tengah membuat pilihan...makanan ape yang nak dimakan...

 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Dan makanan pun sampai...



My dish =)



  Ada sambal jugak. Tapi tak sama dengan sambal belacan kita la. Yang ni just untuk tambah bagi pedas je tapi takdela pedas sangat..masam-masam jugak..based tomato kan..




My drink : Mango Juice
Sangat-sangat sedap! Memang rasa pure mango plus rasa macam yogurt sikit2. Saya rasa dia tambah yogurt atau susu sikit. Tapi memang sedap la..harga pun affordable. RM 5...Pergh...teringat lagi kesedapan air ni...





My colleagues's drink: Orange+Mango juice

Yang ni pun sedap jugak. Bolehla kalau next time saya ke sini lagi, akan di order air ni. Combination manis dan masam tu sangat match =)




  
Sup kosong

Disebabkan makanan timur tengah ni tak berkuah, kami request sup kosong. Bolehla nak bagi basah sikit nasi arab tu. Sup ni ada rasa sup daging or kambing...lupa da...tapi memang bukan sup kosong semata-mata macam yang kita beli nasi ayam tu.




My Colleague's dish : Serius tak ingat ape nama dia..tapi ni ayam yang sama dengan saya jugak.





 Ni pun colleague saya punya makanan, ala-ala macam kebab la tapi tah...saya pun tak pasti sedap ke tak...



Kesimpulannya...


Licin....dan ada yang tapau jugak...



 Ni la ayam yang saya makan tadi...macam ayam golek je kan..ke ayam golek eh...erkk..hahaa



Tiba-tiba time nak balik tu, ofismate saya ade minum minuman ni (tengok bawah)...diorang offer suruh rasa tapi tak nak la saya...macam pelik je..





Ala-ala minuman Barbican tu jugak kot..the rest, no komen...




Makanan dari Arab ni, kalau pandai pilih, memang sedap and the portion was big! Cukup untuk dua orang makan. Portion tu refer kepada nasi..memang tersangat banyak..ye la, orang-orang Arab memang makan banyak. Sadly, ayam yang sedap tu sikit je. Cukup untuk sorang je makan.And nasi memang tak berkuah, kering je. Saya ni pulak, memang tak boleh makan nasi tak berkuah ni. Apa-apa pun, saya memang reccomended to those yang minat middle east dish. Really worth to try cuma..memang kena pandai pilih sebab kalau tersalah pilih, memang tak lalu makan sebab ada ofis mate saya, saja-saja je dia try nak order satu dish ni, sekali memang dia tak lalu. Makan bahagian ayam and nasi SIKIT je. Ha, kan dah jadi pembaziran di situ. Sebab, harga nasi kat sini, kalau tak silap saya starting from RM10. Jadi, pilih betul-betul ye.


Oh, lupa pulak nak cakap, restoran ni di Seri Kembangan, berdekatan South City Plaza and memang bangunan dia tepi highway Sg Besi tu.

Ok, sekian review saya tentang makanan Arab...stay tune for more review..ahaks...macam iklan pulak...


Wassalam.








ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend