Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Sunday, September 4, 2011

...




Hari ni (sabtu) sepatutnya saya telah mendaftar masuk untuk sesi pengajian sarjana saya di USM. Entahla, disebabkan beberapa masalah dalaman yang saya sendiri tak dapat explain, saya tak pergi pun. Jauh di sudut hati, agak sedih jugak. Tapi hati saya.,,susah untuk memberi kata putus.


Dah lama saya terima surat tawaran itu. Dan agak lama jugak saya berfikir, solat istikharah dan minta petunjuk. Mungkin disebabkan kekhilafan diri sendiri, saya pun tak dapat mentafsir apa-apa. Jadi saya mengikut gerak hati saja. Entahla, jauh di sudut hati, terasa berat sekali untuk sambung master ni. Mak dengan abah saya memang suruh sambung belajar tapi diri ini terasa tidak bersedia lagi untuk kembali berada di alam belajar. Tambah-tambah saya dapat bukan apa yang saya inginkan. Lagila tak best...


Entahla...kata hati..kata akal...sepatutnya kena ikut akal tapi kadang-kadang, kata dari hati la yang paling utama kerana ia merupakan gerak hati kita. Dan selalunya, kata hati saya memang betul. Saya takut tak dapat bawak dalam pengajian master ini. Entah, Masa..itu yang saya perlukan. Harap-harap adela nanti...















Friday, July 1, 2011

Selamat Hari Lahir kepada insan yang amat saya cintai!

Assalamualaikum w.b.t.


Agak terlewat jugak saya keluarkan entry ni. Sepatutnya taip dan publish semalam, tapi terlupa dan sibuk, malam ni baru berkesempatan. Ni pun dah masuk 31hb, hari baru. huhuhu...Sepatutnya wish on 30th. Apa-apa pun, walaupun insan tersebut tidak membaca blog saya ni, saya tetap jugak nak buat entry ni khas untuk beliau sebab saya sangat sayang dan cinta sangat pada beliau. Beliau adalah.....ibu saya yang tercinta.




Selamat Hari Lahir Mak!


Happy Birthday to my Lovely Mummy!


Ehh! Salah!



Happy Belated Birthday Mom. 


*Mengada taip dalam BI sebab bila translate 'belated' ke BM, macam pelik lak bunyinya...;p



Semoga ibu saya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang murah dan sentiasa bermurah hati untuk berbelanja demi anak-anaknya. Kakak sayang mak sangat-sangat!



Siang tadi dah SMS mak saya. Masa nak send tu, fikir banyak kali jugak, nak send ke tak..nak send ke tak...sebab segan dan malu. Tu la...pelikkan. Nak SMS kawan-kawan, boleh pulak tapi bila ibu sendiri, malu...saya malu sebab tak biasa...tak amal wish-wish ni sejak kecik. Bila dah besar baru buang perasaan malu tu untuk wish. Ingat lagi, time tu saya sekolah menengah, dan masa tu adalah hari ibu atau hari lahir mak saya, tak ingat yang mana satu memang hari special for my mum la...saya bertekad untuk menghadiahkan sekuntum bunga ros atau carnation (ni pun tak ingat) yang sudah siap di'wrapping'. Sanggup beli kat kedai fresh flower dan ini adalah pertama kali saya bagi hadiah untuk ibu saya. Punyela malu yang amat sangat untuk saya bagi by hand kat mak saya tu, saya sanggup letak bunga tu dalam kete mak saya. Memang dah budget dia akan keluar jap lagi, so letak senyap-senyap dan buat dono je. Dan bila beliau masuk ke dalam kete, saya pun lari entah ke mana. Perasaan masa tu, memang malu yang amat sangat. Sebab benda tak pernah buat tapi nak buat jugak...ye la..untuk ibu sendiri. Apa salahnya kan...But..in the end..bunga tu dapat kat saya jugak...hihi...



Tadi, dalam ofis, saya bersembangs-sembang dengan ofismate, dia tanya saya, pernah tak, ni saja-saja je..duduk dalam umah, tiba-tiba ko peluk and cium mak ko...dan jawapan saya, tak pernah! Kang mak saya cakap, buang tebiat ke apa anak aku ni...ye..saya tak pernah duduk saja-saja, tiba peluk and cium pastu sambung buat keje macam biasa. TAPI, kalau saya perlu berjalan jauh, contoh masa nak balik UTM dulu, ye la, dari Perlis ke Johor, jauhkan...ha..ni memang salam and peluk cium bagai.Siap mintak ampun banyak-banyak lagi. Mintak keberkatan untuk belajar kan.And same goes to my handsome dad. Peluk cium depan-depan orang ramai. Pedulik hape aku...ni parents kita kan...


eh..eh..tiba-tiba saya rasa macam da terkeluar topik.hehehe...ok...tu je entry ni....oh, nak tau sesuatu tak, lately ni kan saya sangat stress dan serabut. Kalau tak caye, ce tengok entry saya yang sebelum2 ni. Entry merepek dan merapu, hehe. Dan tadi, mak saya kol. Alhamdulillah, lega kejap perasaan saya. Terasa seperti melepaskan beban yang berat sebentar. Calm je. Tima kaceh mak....sayang mak...(kalau depan2 mak saya, jangan harap nak cakap macam ni...malu punye pasal.hihi)



Ok, da~


ps:rindu my mom's cooking.cant wait to go home next 2 weeks.eh..mak saye nak datang kl la next week...yeayy!


TQ for reading (^_^)









Wednesday, May 11, 2011

Tak tahu antara 2 or 3...

Otak saya tengah berserabut, sebenarnya since last lagi. Eh..last 2 weeks. Masalah...erm..takdela masalah sangat. Apa-apa pun keputusan, saya yang buat. Disebabkan keserabutan sangat dan saya tak tahu nak curah kat mana dah, kat blog ni je la saya terfikir.


Macam ni, it all starts when i received a called from someone. I'm glad to receive that call. But....it is totally beyond my plan. Saya dapat offer untuk buat master by RESEARCH. Ok, anda nampak disitu betapa saya menggunakan kesemuanya abjad berhuruf besar. Sebenarnya, saya memang tak plan dan memang takde pun dalam otak saya untuk buat master by research sebab kita tahu, kalau by research, semuanya sendiri...all by yourself. No class no assignment....memang nampak relax tapi...susahla sebab saya bukan seorang yang berdisiplin SANGAT. =p.



Saya ada tanya pendapat beberapa orang kawan. 2 out of three bagi pendapat sama seperti yang saya fikirkan. Salah seorangnya, dah amik master so dia dah tahu dunia belajar master ni macam mana. So, i'll take that as my guide. And tetiba 1 daripada 3 orang yang saya tanya tu, suggest saya amik je benda ni as challenge. Memang time dia bagi pendapat, perghh..berkobar-kobar dia 'berceramah' kat saya. Ya, i know...saya memang suka cabaran tapi...ini macam amik risiko je. Sekarang ni, saya baru je start kerja baru. Alhamdulillah, so far, things are going very smooth. Saya happy kat tempat kerja baru. So my attention towards study...dah down sikit. But memang semangat untuk belajar tu still ada. Tahla korang, ade pendapat tak?for your info, offer yang saya dapat tu, takde pun diberi scholar so kalau saya betul2 accept, kena cari sendirila. tapi yang tu saya tak risau sangat sebab banyak je grant untuk research ni cuma saya takut diri ni tak dapat complete and buat betul-betul untuk study ni sebab ada senior saya dulu, amik masa 6 tahun untuk complete his studying for master. 6 tahun beb...lame tuh...macam terbuang begitu saja.sebenarnya banyak lagi faktor yang perlu diambil kira tapi saya dah malas nak taip...heee....




Give me some opinion..please...huhu












Thursday, April 7, 2011

Sekian lama, akhirnya timbul jugak

Assalamualaikum w.b.t.


Apa khabar kamo...kamo? Saya...alhamdulillah...baru baik dari sakit...uhukuhuk...takpe--takpe...kita sakit sebab Allah sayang dan uji kita kan. Bila sakit...mood nak blog pun jadi 'swing' je...serius takde mood nak menulis, dan untuk bukak blog sendiri pun tiada mood. Dan hari ini, apabila hati sudah tergerak untuk melihat blog kesayangan ini...ouch...sedihnye....rupanya dah lima hari blog ku bersarang labah-labah.





Sebenarnya, banyak perkara berlaku....erkk...takdela banyak sangat. Sebenarnya, saya dah dapat kerja baru. Kerja ni pun saya memang tak sangka dapat sebab setelah 3 bulan lebih saya menghadiri interviewnya. memang dah pasrah, tak dapat, dan hati saya pun dah bertekad untuk sambung belajar. Tiba-tiba, one good afternoon, i got this call, kata saya di-offer. Mula-mula terkejut dan happy jugak....tapi seiring masa pantas berlalu, saya dah tak tahu nak fikir, mana patut saya pilih. Kerja sekarang, memang sangat mudah dan...saya percaya dalam 1 dalam seratus atau seribu mungkin, tak semua boleh dapat kerja saya yang sekarang ni. Bukan nak kata kerja ni best tahap gaban...best gila-gila...bukan sebenarnya cuma kerja, biasa-biasa dan alhamdulillah, tak banyak kerja pun dan masa saya memang banyak free, kawan-kawan sekerja yang best, dan yang paling hebat, sebab saya dapat kerja di tempat saya mula-mula menuntut ilmu, of kos after tadika la dan berjumpa semula guru-guru yang pernah mengajar saya DAN...ini PALING BEST, saya dapat tinggal dengan keluarga saya yang TERCINTA. perghhh...capslock habis...;p.



Setelah penat merantau (merantau la konon...haha...) silap, setelah penat belajar jauh-jauh, so, saya happy apatah lagi parents saya dan my toks (ade S ok...it means, banyak...xdela banyak, 2orang je...) sangat-sangat happy bila saya dapat bekerja dan duduk di rumah sendiri bersama mereka. Itu yang membuatkan saya kembali berat hati untuk bekerja di tempat baru tersebut.


Saya susah hati, masa saya tanya pendapat my parents tentang kerja ni, mereka hanya menyerahkan bulat-bulat keputusan etrsebut kepada saya. Ini membuatkan saya tak tahu langsung apa yang patut saya buat.ye...saya sangat tertekan. Tapi bila fikir-fikir balik, kerja yang baru ni, memang totally related to what i'm studied before....manakala kerja sekarang, totally different...adela nak dekat-dekat 360 darjah jugak. Tapi ye la, kita pernah dengar kan, masa bekerja or zaman bekerja, kita takkan semestinya dapat buat or kerja dengan bidang yang kita amik dulu. Saya pernah dengar cerita yang ada seorang perempuan ni, belajar sampai masuk universiti, lepas grad, tak dapat kerja then kerja la cikgu sandaran. Cikgu sandaran, apela sangat kan, maksud saya, tempoh kerja cikgu sandaran ni, setiap 3 bulan je kan...lepas tu, kalau takde..takdela.so dia apply jadi PPM iaitu pembantu pra dan memang rezeki dia, dia dapat. cuma, bukan kerja pilihan dia so kerja pun...macam nak tak nak je.




Bila persekitaran saya di sekolah, ramai orang termasuk ibu saya sendiri cadangkan saya amik KPLI...serius...memang sangat ramai orang suggest...tapi, saya tak berminat. Saya tak tahu kenapa, mungkin tahap kesabaran saya yang agak-agak nipis bak ulas bawang merah membuatkan saya takut untuk bergelar pendidik. Apatah lagi, tugas pendidik ni bukan setakat mengajar je, kita perlu tunjuk contoh dan teladan yang baik. Memang la kerja jadi cikgu best, sebab..? Gaji banyak, cuti banyak, masa kerja pun kejap..tengahari dah boleh balik rumah TAPI kalau kerja semata-mata sebab tu je, baik tak payah. Berkat...memang takdela...saya mencari kerja yang betul-betul dapat buatkan saya terlalu obses dan fokus kepada kerja tersebut dengan kata lain, kerja yang betul-betul sesuai dengan jiwa saya...Tapi............saya tak tahu apa yang saya mahukan sebenarnya...hmmm...


oh...ini adalah luahan hati saya. Setelah beberapa kali berfikir, patut ke tidak saya publish...ermm...publish je la..ok...da~



sekian, TQ for reading.



Friday, January 7, 2011

Bertambah dan gugur lagi?

Salam.


Nih nak share dengan my beloved readers....tengok ni....





gembira bercampur sedih dan sedikit pelik....


kepelikan ni.....hari tu ada buat post tentang bintang nuffnang ni kan...kalau tak ingat...ha..meh klik ni...



okeh...kenapa saya pelik?Mula-mula, stars kat bahagian SS, LB dan LR ada 3, ini saya memang pasti bagi sesiapa saja yang mula bernuffnang.




Kemudian, semakin lama,





Meningkat sikit, saya punya stars, meningkat kat bahagian LB. Memang diakui, bahagian leaderboard memang menjadi tarikan pengiklan, senang pengunjung blog nak tengok.




ni yang latest hujung tahun lepas.LR dan LB tak berubah, statik tapi SS dah kurang satu bintang T_T.



yang terbaru, gambar kat atas tu la, korang malas scroll? meh saya paste je kat bawah ni...hahaha....




Alhamdulillah, bintang kat LR dah full dan menjoinkan dirinya bersama LB tapi....apekah yang tidak kena dengan SS? Tinggal satu je?Sedihnye....janganlah lepas ni takde langsung....tidaaakkkk...bintang...janganlah kamu menghilang....



Erkk...ter'emo' jap...sory...ha...korang punye macam mana?Pernah jadi macam ni tak?



Sekian, terima kasih kerana membaca.Silala komen ye...huhu



Wednesday, December 22, 2010

Pilihan saya ialah Anuar Zain

Assalamualaikum.



Fuyyooo..tajuk tak beragak....Anuar Zain tu...oh...abang nuar, saya sangat meminati kamu. Kalaulah kamu dapat membaca luahan hati saya ini....hahaha....sudah...sudah....stop your day dream...=p.



Sebenarnya takde idea nak taip apa. Daripada blog bersawang, biarlah saya merapu sikit-sikit ye.Huhuhu....Bagila can...*wink.




Kenapa saya pilih Anuar Zain? Oh...semestinya dia hensem yang amat. Dia macho...dia suka senyum....dia tinggi....dia macam baik*sebab tak pernah berjumpa kan...so tak taula baik ke tak, dengar cite baik*



Teringinnye nak jumpa dia...haihhh...bilala agaknye....oh...abang nuar tak kawin lagi kan...cepatla kawin abang nuar...tak teringin nak kahwin ke?Punyela banyak wanita-wanita cantik dan baik hati kat luar ni*saya pun*dush..perasan...



Saya sangat suka 1lagu dari Anuar Zain, memberi kesan yang amat sangat...nak tau lagu ape???Hahaha...korang tak nak amik tahu pun, saya nak bagitau jugak...Tajuk lagu tu..Tinggalkan Aku....tragis...sedih...bila dengar lagu tu....okla...tak mau berangan lebih-lebih...sekian untuk hari ini...=p



















Wednesday, December 15, 2010

Happy...gembira....sukaa....ish..

Salam.


Hi korang....hari ni saya sangat hepi dan gembira dan suka hati dan blabla...blabla...hihi...


Happy sangat ni...I got surprise from my MUM....sukenye.....


Memang dah lame mengidam...ish...rase nak melompat je...sabar..sabar...korang nak tau ape bende yang saya dapat?Nak tak?nak tak?Haha....perasan sensorang je aku ni..padahal orang tak kisah pon...hahaha....



Ok...next entry la nak reveal...ish...sukenye...senyum je den hari ni (^_^)









Wednesday, November 10, 2010

Pagi-pagi dah nervous...

Salam dan Selamat tengahari.












credit to google


Apa kes tetiba nervous ni??? Hehe...saya dapat berita gembira...not 100% la tapi tu dah peluang..so saya memang tunggu sangat-sangat. Bila dah dapat berita tu, jadi speechless and blur sekejap. Sian kat kakak sorang ni, jadi solver untuk pertanyaan saya. Hihi...


Apa-apa pun, harap-harap akan menjadi la...Doakan saya dapat berita gembira ye...


credit to google

Happynye kalau dapat berita gembira...(^_^)


***Mesti korang pelik kan..apela berita gembira tu..takpe..takpe..kalau saya 100% dapat, saya share kat sini, kalau tak, saya buat-buat diam la ye...;)













Tuesday, November 9, 2010

Insomnia

Salam.





Saya memang susah nak tido sejak dulu lagi. Ditambah pulak dengan ke'gian'nan saya untuk minum nescafe setiap hari...setiap malam. Tapi tak taula saya ni ada insomnia ke tak...Sebab bukan tiap-tiap malam pun...Tapi at least dalam seminggu, memang ada hari yang susah nak tido...
 
Walaupun ada orang yang kata, even diorang minum nescafe malam-malam, still boleh je tido but then for me, it turn to the other way, saya memang susah nak tido. Semalam gatal je nak minum nescafe. Dua gelas pulak tu.

Hehe...mula-mula nescafe O, then teringin la pulak nak minum nescafe susu panas time nak tengok cite kat tv. Kan rasa best je.relax la konon....So saya pun buatla. Dalam hati berkira-kira jugak, ni awal lagi ni..baru pukul 9, boleh je aku minum.


Sekali...huwaaaa....memang tak leh tido. Pukul 11 dah masuk tido. Pukul 3 baru boleh tido.Golek-golek je atas katil. Mencik tol...bila time awal pagi, kadang-kadang benda yang tak sepatutnya kita fikir, mesti ada je kat fikiran....

Actually 2 hari lepas, jumpa my junior kat UTM. Dia jadi macam mangsa banjir jugakla so dia menumpang la kejap kat umah saya. Macam-macam citer yang dia cerita kat saya. Ditambah pulak dia dah jadi warden asrama, apa lagi, korang boleh teka la kan...apa yang boleh dikaitkan dengan asrama dan student...hantu la...kan benda-benda halus macam ni ada je sekeliling kita tapi member saya ni dia citer yang tempat asrama dia tu, di sebelahnya adalah kawasan bunian. Baru-baru ni je berlaku kejadian histeria. Ya Allah... macam-macam la dia cerita. Dia yang nak tolong student pun turut 'terkena'. Saya dah dapat imagine macam-macam. Dahla dia tido sekatil dengan saya, so semalam masih berfikir tentang benda tu. Memang tak nak fikir tapi biasalah, benda tu akan sentiasa je berlegar-legar kat fikiran kita kan...Susah sangat nak tido...







Korang ada cara tak nak bagi mudah tido...selain makan pil tido la...huhu...

Tolong saya...huhu ='(















Monday, November 8, 2010

Alhamdulillah..lega sikit..

Salam dan selamat malam.


Alhamdulillah. Rumah saya dan kawasan sekeliling dah selamat. Syukur sangat-sangat.Paras air sungai yang hampir-hampir nak melimpah semalam dan berkurang.Lega sesangat bila tengok tadi.Hujan still turun tapi macam malu-malu kucing je.hehe...Maksud saya, kejap-kejap hujan...kejap-kejap tak. Macam gerimis pun ada.Sekarang ni pun tengah hujan.


Ya Allah, harap-harap hujan ni akan berhenti kejap lagi.Doakan ye kawan-kawan.huhu...Ok...quick update about the situation here in Perlis, kebanyakan kawasan yang banjir hari tu dah semakin surut cuma ada beberapa tempat yang tak kering sepenuhnya lagi. InsyaAllah kalau tak hujan esok lusa, keringla. Tadi sempat lalu depan masjid kat Kangar, masih ada air sikit dalam kawasan masjid.Tempat lain dah ok rasanya.Hmm...itu je buat masa ni. Nanti apa-apa, saya update lagi.



p/s: Simpati kepada mangsa-mangsa banjir.Cekalkan hati anda ye...Ok..saya tahu anda memang tabah..Cayalah! Dan tak lupa jugak kepada warga Malaysia kat Yogya...kan Yogya dilanda bencana gunung Merapi tu.Semoga mereka selamat di sana.









Thursday, October 21, 2010

Tikus





Semalam, time saya nak tido, suddenly terdengar bunyi something tengah crawl...ok...kat umah memang ada tikus...tiap-tiap malam, boleh dengar diorang tengah 'bercakap', tengah bermain, berlari, adeh...sabar je la...



pic google saja ye



And tetiba, out of no where...ada la seekor tikus tu masuk dalam bilik saya.Nak ikutkan, takde lubang pun yang membolehkan tikus tu masuk, so sedikit pelik la....camne la dia boleh masuk.Siap crawling di sebalik baju-bajuku yang bersangkut di sana sini...opss...kantoi...saya bukak sikit pintu toilet sebab dalam toilet, lubang kat siling tak tutup pun,so dengan harapan dia dapat panjat la pergi balik ke tempat asal dia...which is kt atas siling tu.


Suddenly terdengar something tengah berenang dengan enaknya di dalam air....ohhhh...tidak...si tikus itu sedang bermain air di dalam kolam air la pulak...actually bekas untuk tadahan air.Time dah lewat, malas nak layan dia.So biarkan la dia dalam tu...erkk...macam kejam ke...huhu...oh..by the way...tikus boleh berenang dalam air untuk 3 hari..lepas tu, dia akan lemas N mati...ini yang saya jumpa kat satu web.tak taula betul ke x....sebab....japg saya gitau...



Esoknya bangun tido, tengok dia masih bercanda dengan enaknya di dalam kolam dia tu.Geram pun ade.Kesian...ermm..time tu memang xde pun perasaan tu...ok...saya kejam...huhu...



google lagi 'p


comel ja cik Ti ni berenang...



Then baru la terfikir tentang sesuatu.Kan ada kematian pasal air kencing tikus ni.Saya dah start berfikir panjang. Cik Ti tu dah semalaman dalam kolam tu, mestila dia dah membuang kan....saya pun da siap pesan kat tok saya, jangan sentuh air tu...pesan kat adik...takutla jugak kan...if tak betul pun...prevention is better than cure right...so baik kita elak sebelum berlaku apa-apa.*serius...takut bila tingat kat kes Arwah Din Beramboi tu*



Balik je keje, tanya tok macam mana dengan Cik Ti tu. Tok kata dia dah buang pun.Cik Ti dah meninggal.Cian dia.Tu la, saper suruh terjun dalam kolam air tu lagi.Saya tanya la tok saya, tok ada sentuh tak air dalam kolam tu...Tok kata tak sentuh...Tapi dalam hati risau jugak.Hmm...harap-harap takda pape la...


Ok...kesimpulannya, saya ni banyak fikir ke....fikir yang bukan-bukan...huhu....
















Wednesday, October 6, 2010

saya rasa....




Salam...


semalam saya duk mengadu kat blog ni pasal tak dapat gaji lagi kan...
alih-alih ada orang yang baik hati nak bagi pinjam duit kat saya.
aiseh...terharu dengan keprihatinan kamu itu.


tapi saya pot pet di belog ini adalah untuk mengurangkan ke'tension'an saya setelah menghadap benda yang menyakitkan jiwa itu.jangan ambil hati yer.


Alhamdulillah, hari ni dah masuk gaji setelah 6 hari lewat dari tarikh yang asal. Hmm...jumlah pun tak cukup.haihhh...macam mana staf tak lari kalau macam ni..oOOoppss...


kepada kamu itu, thanx tau.terharu nih..huhu...











Friday, October 1, 2010

new template....



Salam.


uwaa :'(....saya nak try buat new layout with 3 columns..da tukar template yang ada 3 columns tu, but then bila preview je, widgets semua da berterabur merata-rata. Tension, satu hal nak menyusun balik.Banyak nye keje.Buat dari pkl 9PM td.Dengan tenet yang ngok ngek...sabar je.....Alih-alih, saya give-up. But sy bukan orang yang jenis give up tau...cuma malam ni je, malas skit...nak tgk kirana ulangan la...hehe..


So, i've decided to keep and stay with current theme je la.huhu...Nanti kalau dah rajin plus internet laju, bolehla godeh-godeh lagi.


*agak frust ni sebab tak boleh tukar template baru tapi xpela, next time cuba lagi.da malas nak gode-gode da...huhu














Monday, September 27, 2010

Saya sakit....huhu...

Saya sedih....saya sakit....huhu....


Ada saper2 boleh tolong saya ke....huhu



credit to Mr Google




sakit sangat.....nak tahu saya sakit ape...huhu...

okla...meh saya nak bagitau....saya sakit kaki...sakit kat peha...sakit kt seluruh bahagian kaki...


huhu....nk jalan pn mcm orang yang baru lps bersalin...huhuh


xsuka...xsuka...TAPI....


bila kita tengah sakit....Allah sebenarnya tengah menguji kita....dan...melalui pembacaan saya...


semasa kita sakit....dosa-dosa kita akan terhapus...betul atau tak...wallahualam...


nak tahu tak nape saya boleh sakit ni....


inilah padahnya exercise tak warm-up....huhu....


mencik btol....dah lma saya tak exercise....pastu bila je start lari...mlas la nak buat warm-up...


2 hri berturut-turut saya exercise and langsung xbuat warm-up and cool down....padam muka kan...


ok...buat msa skrg...taubat dah...bila nak exercise...wajib buat warm-up...huhu...


harap-harap esok dah ok kaki ni....perit tol nak berjalan...:'(






Friday, September 17, 2010

Falling again...in love with....




BB Bold VS BB Pearl 3G


Wahai Blackberry..bila la engkau mahu datang kepadaku...

ku tungu-tungu tapi engkau tak mari-mari....haihhh...

smlm smpai termimpi-mimpi akan dikau...hai bb...datangla padaku....


lawa kan yg pink ni...sweet pinky...so cute...




Google pnye...bb bold...this one i dream last nite...huhu



sekarang da famous dgn white bb bold...perghh...smart and i'm start to fall in love....with BLACKBERRY...


uwaa...time nak tukar hp ritu....bb is in my shortlisted of hp yang i admired...bb and iphone...then bila 

cmpared banyak prkara...satio jugak yang ku beli...but right now....dah terjatuh hati...jatuh sangat2 

ni...berkenan dengan yang warnaputih...aduh...mcm mna ni...agak2 dpt tak saya miliki bb ni...huhu...














Dunia hari ini...ish...ish...

Salam.


hi there....its been ages since i wrote in this blog. Please dont confused...since hari raya, saya buat auto-published...so that my blog xdela semak samun....sunyi sepi je...then...here...saya mula menulis lagi..menulis la sangat...


wah...banyak sgt things to share with u guys....banyakkk....and a lot of things happen recently kan....dengan kes pembunuhan yang AMAT kejam itu...then pembakaran Al-Quran and not to miss...keadaan pergolakan politik di negara kita...tapi saya xnak la ulas psl bab yang ketiga tu....not my interest la...


berbalik pasal kes pembunuhan tu...Ya Allah...sangat menakutkan...tak sangka..ada lagi manusia yang berhati haiwan...pentingkan duit jer...actually, saya memang mengikuti kes jutawan kosmetik ni...since dia dilaporkan hilang....time berita utama dulu, anak dia kol buat laporan polis kata mak dia x balik rumah...saya ingtkan mcm main2 je la...konon nak buat publisiti *uwaa...tak baik betul...bersangka buruk je....maap ye*

then bila dilaporkan smpai tiap2 hari....hrp2 diorg dptla kembali dengan selamat...time tu kita kan nak raya...mst sedih xdpt beraya dengan org tersayang...last2...dpt tau diorg dah kna bunuh...mmg sukar dipercayai...tapi apa2 pun...doakan yang terbaik untuk keluarga msing2.harap mereka dpt lalui semua ni dengan baik...bca kat paper, keluarga diorg pn dah redha dengan apa yg berlaku.harap2 mereka akan trus kuat.


pastu kes psl pembakaran Al-Quran...pergh..ini memang panas...sesuka hati je nak bakar al-quran...saya ade bca paper ttg seorang peg penyelidik kat u mna tah...kt austrlia if tak silap...trlupa lak...dia ni bukan kristian...mcm free thinker kot....sesuka hati buat video bakar al-quran n bible...pastu post kt u-tube...which 1 is best....bakar..haihh...xsnggup nk sebut byk kali....tp video tu dah xblh tgk...apala nak jdi dengan dunia ni..psl Al-Qaeda....semua umat Islam terkena tempiasnya...


tak taula apa nk jadi dengan dunia sekarang...smlm bru bca paper....ada org buat panggilan palsu kata ada bom kt menara eiffel...adeh....dlm hti ni...duk berharap jgk...jgnla betul...hajat di hati...teringin nak g menara eiffel....bila tah...jgnla sapa2 yang berhati busuk tu pg bom....1 of the 7 wonders tu.....



harap2 malaysia sentiasa aman walaupun pelbagai kontroversi melanda...














Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri (^_^)

Salam...wah...esok dah nak raya...cmne persiapan rakan-rakan ku?mesti dah get ready kan..bju raya...kasut raya...tudung raya...stoking raya...ape lagi...biskut raya...kalau yang ada umah tu...langsir mesti bertukar kan...kusyen..ke sofa or couch dah beli yang baru...wah...wah...mesti sakan kan...kalau saya..bese2 saje...xde tukar semua2 tu...nak bagi duit raya pun kna buat calculation...padahal xdela banyak sangat...hehe..untuk duit raya ni, saya cuma bagi dekat adik2 sepupu sahaja...kalau dua pupu..3pupu....tgkla...tu biasenya...parents or tok@nenek saya yang setelkan...hihi...kenapa keutamaan kat sepupu..coz mak ayah diorg mmg bagi kt saya tiap2 tahun...even thn lps pon sy still dpt duit raya..padahal saya dah start keje..hihi...pada yang 2pupu..3 pupu or 4 pupu tu..bukan xnak bagi..bukan berat sebelah cuma...budget x mengizinkan la...ye la..saya pun bukannye keje yang bergaji besar lagi..baru nak merangkak-rangkak...insyaAllah...bila gaji dah mantap...ada rezeki lebih...adela utk 2 3 4pupu plak..


erkkk...mukadimah yang tersangat panjang...sory..sory..mesti bosan kan..erkk..ade ke yang baca entry merapu saya ni..uhukhuk...xpe2...saya kena buat jugak entry ni sebab entry ni khas untuk hari raya aidilfitri...


di hari ini...bersempena dengan kedatangan syawal yang bakal tiba..beberapa jam je lagi...saya ingin memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa, tersilap kata, tersalah memberi info, terguris kata dan yang seangkatan dengannya..kepada yang mengenali diri ini seadanya...(bdak2 utm la ni)...saya minta maaf sesangat if sepanjang kita belajar bersama...4tahun tu...kalau ada yang tersalah kata...terguris kata or saya ada buat sesuatu yang anda semua xpuas hati, saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.kadang-kadang tu, saya akui sebagai manusia, sifat saya xdela sempurna mana.kalau tengah tension or stress...muka memang lain sikit...hehe...kalau ada yang pernah berhadapan dengan saya time di kala begitu, sorry yer...sorry sesangat.xde niat pun...kadang2 emosi melebihi akal...ape2 pun...saya sangat suka berkawan dengan anda..memori di utm...memang sukar di lupakan...dan untuk kawan-kawan yang baru...saya sayangkan anda...andai ada entry yang saya buat selama ini macam xkena je ayatnya or xbetul or yang seangkatan dengannya...saya minta maaf yer...





kad utk kawan-kawan semua.amik dr google je...hehe =)


credit to Google



sekian ucapan hari raya aidilfitri saya pada kali ini...


ps: jangan Xbaca..baca tau...penat saya beremosi kejap...love u readers.muahs.













Friday, September 3, 2010

Alhamdulillah...syukur sangat-sangat...

Sekarang ni, pukul 3.51pm...hujan masih renyai-renyai...tadi hujan sangat lebat. Saya balik rumah sekejap...untuk solat zohor then datang balik ofis.FYI, umah dgn tempat keje sangat dekat..ha...ni satu hal lagi yang saya syukur sangat-sangat.Dapat keje dekat dengan rumah...orang lain yang dengar, mesti jelous.Hehe....ok..ok...tamo cerita yang tu sebenarnya...nak citer yang lain...



Ok...time saya otw nak datang ke ofis balik...waktu tu hujan still lebat, saya nampak orang naik motor.Tiba-tiba, ada rasa sebak sedikit dalam hati. Teringat...dulu time belajar...macam tu la saya....tengah2 bawak motor..tetiba hujan...terpaksa la meredah hujan....hmm..tetiba trngat time saya nak pos motor dr johor ke perlis dulu. Ya Allah...memang syahdu sangat...sedih...sedih...sebabnya time saya keluar dari utm,hujan dan reda...kiranya bru lps hujan la...time dah dekat area angsana tu...hujan makin lebat...satu hal nak cari pos office yang uruskan tentang pengeposan motorsikal ni..bkn pjbt pos yang biasa2 je kita leh pos motor....even tho sy dah lama duk kt skudai tu..erkk...lme ke...tp bknnye saya slalu g jejalan cri pos office...jejalan shopping adela...oppss....hehe...sory..menyimpang la plak...



smbung balik citer....time saya bawak motor tu..baju memang habis basuh lencun...even saya dah pkai bju hujan...still...basah lagi....hujan lebat kan...dahla time tu kilat..ya Allah...memang duk nampak depan mata..memancar-mancar...berdoa dalam hati je...elakkan la perkara-perkara yang tak elok dr berlaku....huhu..then lalu kt satu kawasan..habis ranting2 pokok jatuh...ranting yang besar2 tu...erkk..dahan pokok kot...waaa...takot tol...time nk lintas kawasan tu...kot2la ada rnting or dahan2 pokok jatuh lagi...huhu...finally..sampai jgk kt pjbt pos tu....alhamdullillah...itulah salah satu pengalaman saya membawa motor....actually banyak lagi...time zmn skola pun ada...time kat U pn ada...sape2 yang pernah study kt UTM..mst tau Jusco kan...ha...pnyela smngt nak g Jusco...sanggup redah hujan...huhu...



Wah...banyak jgak saya mengomel ni...erkkk...topik yang asal belum masuk betul2 lgikan...cma huraiaan je yang banyak...huhu...ok...back to the topic...since zmn skola dulu...saya naik bas g skola hmpir tiap2 hri...ni sebab mak n abah saya g haji...time tu..bangun pg...tok akan temankan kt tepi jalan...nasb umah tepi jalan..so bila saya tunggu bas..tok saya pon tggu sama...aiseh...terharu...sebak pulak...saya sayang tok saya...sangat2....then bila sy naik bas...dia akan masuk umah....



bila dah naik bas ni...waktu dia ada and xde sntiasa x menentu...kadang2 tu...patutnya kul 3 bas btolak..skali bila dah pg bus station..bus xde....kul 4lbh nnti bru ad blik..huhu...nk naik taxi..xberani pulak time tu...tok dah siap2 pesan....jgn naik..org jahat..ok..saya ikut...haha...
bila dah turun bas..kalau time hujan...mmg kna hujan la skit2...



then bila dah naik form4...dah boleh amik lesen motor kan...saya berjaya pujuk parents saya utk sponsor dan membenarkan saya amik lesen motor...time tu hepi sngt coz leh g skola ikut time kita sdri....kna pandai manage masa la kan....nk balik lewat pun xpe..tp bila saya dh ad motor...mmg cukup msa...zasss...get ready kt motor n trus balik umah...then bila time hujan...mmg nak xnak..knala hujan...hbs basah kuyup....kenangan..kenangan....



and now...bila dah keje...alhamdulillah..dah beli kete...hujan or tak...saya still boleh berjalan...syukur sangat2...betul la kata orang...kata pepatah kot...xingat...yang sedikit - sedikit lama2 jadi bukit tu...ha..bkn refer kpd duit je...lbh kurg mcm kisah saya jgk la...mula2 saya berjalan kaki...then naik moto..n skrg dah blh drive kete sndri...mula kita susah dulu...lama2...kita senang la...dengan berusaha..itu yg pasti...(bersusah dahulu bersenang kemudian)...jadi...saya amat bersyukur dengan life saya sekarang...Alhamdulillah..syukur sangat2....



Image by Mr google



Another image by Google Img


psst: sory entri yang mungkin macam bosan je ni...peringatan utk diri sendiri...bersyukur dgn apa yang ada..dan maafkan saya andai tatabahasa dan simpulan bahasa or pepatah2 di atas x betul...dah lma meninggalkan alam karangan...huhu..













Sunday, August 22, 2010

Weekend~



Salam semua.


Hi friends...hari ni dah hari ahad...what's u guys doing on this weekend?membuta tido ke?berjalan-jalan ke?dating...?shopping..?hehe...thats the most thing we like to do coz skrg kan tgh musim sale..sale prtghn tahun plus nak dkt raya kan...mmg berlumba-lumba pusat membeli belah nak buat sale...saya pun macam nak g membeli jgk..tp sabar kan je la diri ni...luckily...kt perlis ni xde shoppg cmplex yg best2 mcm sogo...jusco n UO...huhu...kalau x..mmg sekejap je terbang wang ringgit ni...


Ha...skrg ni...tiap2 hri rse sekejap je kan..dah masuk 12 ramadan pun...kita dh berada di pertengahan ramadan...hmm..byk fadilat yg kita boleh kumpul...syaitan dah diikat..kirenye...dugaan yang perlu kita tepis skrg adalah dri dlm diri kita sdri...


tp bila dah skjp je msa berlalu...nnt dah nk smpai pnghujung rmdan...sedihnye...dpt ke kita kmpul pahala byk2 lagi slps ni?berjumpa lg x kita dgn ramadan thn hdapan...insyaAllah..hrp2 berjumpa la kan....hmm..


 Ramadan kali ni...sy xbyk sgt pergi ke bazar...cma dua kali...ptg ni mak sy ajak g bazar..hehe..excited ni...hrp2 jgn rambang mata sudaa...kang beli itu..ini...membazir je kan...huhu..okla..stkt ni saja bebelan sy kali ini...kalau sape yang baca tu...terima kasih banyak2 ye..sudi baca bebelan saya yang entah ap2 ni...tp hrp2...kita dptla gunakan sebaik-baiknya bulan ramadan ni...kumpul pahala sebanyak mana yang boleh.InsyaAllah...n have a great weekend everyone...luv u all...wassalam. peace~

















Thursday, August 19, 2010

Kenapa.....

Salam.

Just got a call from 3P.Anyone yang pernah attend course organized by 3P, i'm sure u know rite.Diorang just nak update my status...bkn nk tnya single or da kawin...hehe...diorg tnya da keje ke belum...n anything related to that job.Tetiba part range salary...pergh...sedih je nk gtau...uwaa....sy nak gaji banyak...bila boleh dapat gaji yang banyak itu...huhu....mcm sikit je gji yang skrg ni...huhu...*emo jap...



pic by En Google

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend