Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Alhamdulillah, saya dah selamat kembali dan beronline semula.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, saya dah selamat sampai ke Malaysia. Hampir 2 minggu berada di negara orang, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.Biarpun batuk, gatal tekak dan sebagainya, saya redha.

Maaf kepada beberapa orang rakan kerana saya menghilangkan diri tanpa khabar berita. Enggan menghebahkan kepada umum ke mana saya menghilang. Hanya seorang dua saja sahabat yang saya beritahu tentang ketiadaan saya dibumi Malaysia ini.

Alhamdulillah, sepanjang 10 hari berada di sana, saya berasa tenang dan sentiasa ingin dekat dengnNya. Baru dua hari saya di tanah air, saya sudah mula merindukan rumahNya. Syahdu mendengar alunan bacaan al-quran, betapa sayu imam recite the surah dengan sebak dan dalam keadaan ingin menangis, i wish i know what surah it is T___T. Teringat suasana berjemaah di Masjidil Haram. Allahuakbar.
Semoga dilimpahkan rezeki untuk ke sana lagi.


Baiklah, sampai di sini dulu mukadimah untuk permulaan yang baru. Banyak lagi cerita untuk dikongsi. Cerita tentang umrah...tak banyak sangat, cerita tentang sabah, bolehla tahan...Nantikan ye;)

Jazakallah.










ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend