Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

Muhasabah ; Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahNya

Assalamualaikum w.b.t.


Sekarang jam menunjukkan 3.00 AM. Hujan lebat yang turun sebentar tadi kini mula reda. Kedengaran bunyi-bunyian katak memanggil hujan untuk turun kembali dan bunyian cengkerik yang mewarnai suasana awal pagi ini.


Sumber


Ini cerita dua hari lepas iaitu hari Jumaat. Sehari sebelum itu iaitu hari Khamis, saya sudah rangka beberapa rancangan dan salah satunya adalah berjumpa dengan seorang rakan yang dikenali ketika belajar di UTM Skudai dahulu. Dah lama sebenarnya kami bercadang untuk berjumpa, saja mahu bertanya khabar,bagaimana dia boleh bekerja di sini (beliau berasal dari Melaka dan sekarang bekerja di Kedah) dan selebihnya bercerita perihal rakan-rakan yang lain. Biasala tu, bila dah lama tak berjumpa, perkembangan diri masing-masing, kawan ini sudah berkahwin, dah berapa orang anak, kawan itu dah habis belajar, dapat kerja di luar negara...gaji berbelas ribu dan sebagainya pastilah menjadi perhatian untuk dibualkan.



Sumber


Nak dijadikan cerita, tiba hari Jumaat tu, selepas saya menyelesaikan satu perkara di UiTM Arau, saya berfikir apakah aktiviti atau tempat yang saya nak tuju selepas itu kerana saya memang malas nak balik rumah semula. Sebab, bila dah balik rumah, nak rehat, nak bersiap semula, semuanya ambil masa jadi macam membazir masa dan minyak saja kalau saya balik ke rumah. Oh ya, temujanji saya untuk berjumpa dengan rakan sepengajian di UTM itu adalah pada waktu petang. Jadi, agak melecehkan untuk balik ke rumah dan keluar semula.

Ketika urusan saya di UiTM Arau selesai, jam baru menunjukkan pukul 12.15tghari (ini anggaran sahaja kerana saya sudah lupa ;p). Jadi ada masa dalam lebih kurang 3 jam lebih lagi sebelum temujanji kami itu. Tiba-tiba, saya teringat kepada seorang rakan sekolah menengah saya yang seingat saya, dia tengah menyambung pengajian sarjana di UiTM tersebut. Jadi saya pun berSMS la dengan dia. Ingat mahu berjumpa sebentar dan bertanya khabar. Setelah beberapa kali berSMS, akhirnya saya mengambil keputusan untuk berjumpa beliau tapi bukannya di dalam UiTM ye.

Kami berbual agak panjang.Dari soal pelajaran, kerjaya, keluarga dan kemudiannya bertukar kepada sesi luahan hati dan secara tak langsung membuatkan saya berfikir rupa-rupanya, masalah yang beliau hadapi lebih 'complicated' berbanding saya. Benda/ Masalahnya hampir sama cuma tahapnya lebih rumit. Manusia, memang tak lepas daripada masalah. Itu sudah pasti. Tapi yang penting, di penghujungnya, perlulah kembali pada Allah S.W.T. Hanya Allah tempat mengadu segala masalah. Dan hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk semua makhlukNYA.

Beliau belanja saya minum Ice blended dan KFC. Alhamdulillah. Syukur. Murah rezeki =).


******************************************
Tiba waktu yang dijanjikan pada petangnya, saya berjumpa dengan rakan se-universiti yang saya cerita di awal entri ini tadi. Pelbagai cerita yang keluar. Ada yang lucu dan ada yang sedih. Dan daripada perbualan kami itu, saya dapat simpulkan, segala perkara yang perlu kita lakukan, semuanya ada pro and cons.

Ada baik dan ada yang buruk. Tak semua benda menjanjikan kebahagiaan dan tak semua benda memberi keburukan. Kita manusia yang perlu memilih jalan atau pilihan (untuk *kamu, thanx for the advice =)) yang betul dan ini semuanya haruslah berpaksikan kepada Allah S.W.T. dan berpandukan petunjuk dariNYA. Petunjuk adalah melalui pelbagai cara dan yang paling terbaik adalah solat sunat istikharah.

When it comes to decision making, it is a tough part. And the truth is, I hate this part. Really!

Sebab,  bila dah salah memilih, manusia akan mula merungut dan menyesali pilihan yang sudah dibuat dan mula menyalahkan Allah. Nauzubillah. Moga dijauhkan saya dan kamu semua daripada berfikiran sebegini.

Tetapi, sebenarnya, setiap perkara yang berlaku, PASTI ADA HIKMAHNYA. Kita memang tidak nampak atau sedar hikmah  tersebut pada masa itu, tetapi, di masa hadapan, insyaAllah, pasti kita nampak. Dan tak mustahil, kita akan bersyukur dengan apa yang telah berlaku pada waktu dahulu kerana ia telah menjadikan kita kuat pada hari ini.



Sumber




Wallahualam.


*Please, correct me if i do wrong (^_^)

Terima kasih kerana membaca entry ini.









Thursday, April 12, 2012

Tsunami, cemas dan berdoa

Assalamualaikum w.b.t.


Maafkan saya, dah lama saya tak menaip di sini. Banyak sebabnya dan di antaranya adalah disebabkan talian internet dan masa. Bila saya ada masa, talian internet lambat dan bila talian internet agak laju, saya pulak tiada masa. Maksud tiada masa adalah kerana, talian internet hanya akan laju ketika awal pagi iaitu menjelangnya pukul 12 tengah malah sehingga awal pagi. Jadi, takkan setiap hari saya nak online pukul 1 2 pagi walaupun hakikatnya, Ya, saya memang selalu online masa tu cuma saya ada hal lain yang perlu saya selesaikan. Pening ke membaca ayat saya? Hehe. Ok, abaikan bebelan pengenalan ini T___T.


Hari ini kita dikejutkan dengan berita kejadian gempa bumi di Acheh. Subhanallah. Allahuakbar. Sekali lagi, kita berada pada situasi yang sangat mencemaskan. Gempa bumi pulak bukannya berskala kecil tetapi berukuran 8.7 skala richter (ini dibetulkan oleh USGS kalau tak salah saya) walaupun ada agensi menyatakan skala 8.9. Takpala, mana- mana pun tidak mengapa kerana yang paling penting, jika skala bacaannya melebihi 8, ini yang patut kita cemas kerana ia mengundang kemungkinan berlakunya tsunami. Ini yang perlu kita pohon kepada Allah S.W.T supaya dijauhkan bencana alam ini dari negara kita.


Situasi saya tadi, saya baru balik dari satu kelas. Hantar kawan dan pulang semula ke rumah. Duduk berehat sebentar di atas buaian dan bersembang bersama sepupu saya. Tiba-tiba, saudara maklong saya heboh cakap yang anak dia baru saja telefon dan memberitahu tentang kejadian gempa bumi yang baru sahaja berlaku di Acheh. Saya terpinga-pinga. Kemudian, dapat SMS dari seorang kawan yang berada di Selangor. Dia bertanya adakah saya merasakan satu gegaran, saya pun balasla balik dan cakap tak. Manalah saya nak perasan sebab saya bukannya duduk statik saja. Pergi sana, pergi sini :p. Kemudian saya bukak tv dan dengar berita. Haihh...ini sudah mengharukan. Teringat lagi ketakutan sewaktu merasai gegaran semasa di asrama Kolej Matrikulasi Perak di tahun 2004/05 pada malam 24hb Disember. Waktu tu memang saya rasa gegaran yang agak kuat. Yela, waktu tu tengah belajar jadi duduk pun kenala statik =p. Kami, para penghuni asrama di suruh turun ke bawah. Bila dah turun, masing-masing telefon keluarga nak bagitau tentang kejadian malam tu dan nak tahu keadaan keluarga masing-masing. Saya menangis. Sangat takut. Kemudian tengok berita yang melaporkan kejadian tsunami. Ya Allah, waktu tu rasa takut sangat. Takut sebab macam-macam. Takut sebab tak minta ampun maaf dengan mak abah. Takut sebab buat salah dengan orang tapi belum berkesempatan minta maaf. Takut sebab banyak lagi amal ibadat yang masih lagi tak sempurna. Takut sangat bila fikir tentang kematian. Macam-macam perkara bermain di dalam otak. Adakah dunia akan berakhir waktu ini?


Serius, sangat- sangat sedih. Dan hari ni, apabila saya mendengar berita utama sebentar tadi, ketakutan itu berulang kembali. Melihat status kawan-kawan facebook yang memaklumkan tentang perihal amaran awal dan sebagainya berkenaan tsunami membuatkan saya panik. TAPI, Alhamdulillah. Amaran tsunami tersebut telah ditarik balik.Jadi, kita bolehlah bernafas kembali seperti biasa =) Walaubagaimanapun, kita perlulah berwaspada. Jaga diri, jangan sengaja nak cari angin laut, pergi tepi pantai. Sangat bahaya buat masa ini. sekarang.


Apa-apa pun, jangan berhenti berdoa. Teruskanlah dan sentiasa berdoa semoga kita semua dijauhkan daripada terkena musibah dan perkara yang tidak diingini. Tsunami atau kejadian alam yang lain tidak mustahil akan berlaku bilamana Allah berfirman Kun fayakun...Jadilah..maka jadilah ia...Wallahualam.





Sumber

Terima kasih kerana membaca entry ini.





Friday, January 27, 2012

Muhasabah di hari Sayyidul Ayyam

Assalamualaikum w.b.t.

Sihatkah anda hari ini? Bagaimana dengan iman anda? Sihat? Alhamdulillah kalau ya, kalau tak, cepat-cepat bagi dia sihat ok :)?


Oh, bagi yang tak tahu (takpe kita faham ada sesetengah tu terlupa kan maksudnya) Sayyidul Ayyam bermaksud penghulu segala hari iaitu hari Jumaat.

Apa-apa pun saya sangat suka, saya rasa bukan saya saja kot. Semua orang yang bekerja dan belajar pasti suka bila tibanya hari jumaat. Bayangkan minggu ni saya asyik bangun awal. Awal gila kot. Dah lama tak bangun awal macam ni. Biasanya bangun pukul 6 lebih macam tu untuk solat subuh KEMUDIAN tido balik. See saya bold kan perkataan kemudian. Nampak sangat..(tak nak isi perkataan lepas tu) huhuhu.

Tapi sekarang dah tak boleh... Tapi tak pela, demi untuk kerjaya saya...cewah...kononnya azam 2012 la ni. Ye la, sampai bila nak ditakuk lama. Kita ni kalau takde perubahan, takda guna jugak. Macam kata pepatah, Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan jadikan hari esok lebih bagus dari hari ini. Kalau hari ini lebih teruk dari semalam, memang tak berguna lah kita. Wallahualam. Jadi, cuba cubalah perbaiki diri dulu k ;)

Macam mana nak bagi jadi lebih baik tu?

Muhasabah la diri. Seeloknya sebelum anda tidur. Renungkan, apa yang telah kita lakukan hari ini. Adakah perkara baik yang lebih banyak kita lakukan atau perkara buruk yang lebih banyak.Kita mesti bertekad yang hari ini, aku mesti buat lagi baik. Kalau yang semalam dah baik, hari ni mesti aku buat lebih baik. Kalau pun dah sehabis baik kita buat, tapi kita rasa macam biasa je, takpe, berusahalah menjadi yang terbaik. Walaupun di mata orang ramai, kita ni sekadar biasa-biasa saja, yakinlah di mata kita sendiri, kita adalah yang terbaik. Yakin itu penting =).


Yang penting, istiqamah. Tetapkan hati tu. Saya tahu, anda tahu, hati kita senang sangat dibolak-balikkan. Senang sangat berubah ;(. Hari ini lain, esok lain, lusa...hurm...Ditambah pulak dengan pengaruh syaitan, nafsu dalam diri dan orang sekeliling. MasyaAllah, saya cukup takut kalau satu hari nanti Allah tarik balik hidayah dan keyakinan yang saya ada ini. Moga-moga kita semua terlindung di bawah perlidungan Allah S.W.T. InsyaAllah.



Amalkan doa ni selalu.





“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”
(Surah Ali Imraan [3]: 8 )




Makna:
Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ke atas agama-Mu serta dalam mentaati-Mu.”



Rujukan:
http://ummuayman.wordpress.com/2009/11/17/doa-ditetapkan-iman/
http://malaysiaku.com/doa-pendek-4/doa-tetapkan-hati/


Baiklah, setakat ini dahulu sedikit tazkirah atau perkongsian yang dapat saya taip di blog ini. Saya bukanlah orang yang alim mahupun terlalu baik yang terlalu suci daripada melakukan dosa yang ingin memberitahu anda untuk melakukan itu dan ini. Tidak.

Tapi saya cuba untuk menjadikan diri ini lebih baik dari yang sebelum ini. Jadi ini hanyalah perkongsian yang saya catat untuk diri saya sendiri supaya saya boleh tengok kembali di suatu hari nanti.

Till then,


Jaga Iman, Jaga Solat, Jaga Hati :)


Sekian,

TQ for reading this entry (^_^)



ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend