Followers

Thursday, September 29, 2011

Alhamdulillah, dia sudah berubah.

Assalamualaikum w.b.t.


Seringkali kita membaca tentang seseorang artis yang berubah ke arah kebaikan contohnya seperti bertudung dan tidak memakai pakaiaan seksi tetapi, bila dah lama menghilang, tiba-tiba mereka muncul semula dengan penampilan seperti sebelum 'penghijrahan' pula. Ini membuatkan persepsi masyarakat dan pendapat saya sendiri, tidak perlulah menghebahkan kepada seluruh dunia yang anda ingin berubah jika ia hanyalah propaganda sahaja. Yang paling saya geram, ada sesetengah artis yang apabila ditemuramah tentang berpakaiaan seksi dan sebagainya, jawapan yang diberikan seperti manusia yang tidak berpegang kepada ajaran Islam. Ada yang kata, pakaian tidak melambangkan sikap dan peribadi seseorang itu, ada yang kata, belum sampai masa untuk berubah dan sebagainya. Jawapan yang diberikan itu sangat memualkan bagi saya (maaf jika saya terlampau). Secara peribadinya, kamu adalah Islam dan apa yang kamu pakai adalah melambangkan keperibadiaan kamu itu sendiri. Biasanya orang akan buat tanggapan, first impression berdasarkan pakaian seseorang. Jika kamu berpakaian seksi dan terdedah di sana sini, jangan nak claim yang kamu itu baik. Wallahualam.


Tapi, saya sangat respect dengan Wardina Saffiyah, satu-satunya artis wanita yang saya rasakan perlu dijadikan role model walaupun beliau sendiri pernah menyatakan pendapatnya bahawa artis tidak boleh dijadikan model. Sebab apa saya kata beliau boleh dijadikan role model, cuba tengok video ni. Since saya tengok kisah beliau di dalam Ini Kisahku, saya memang tertarik dengan pendirian beliau. Memang menyentuh hati ini bila mendengar cerita beliau itu..








Dan baru-baru ini, kita semua dikejutkan dengan penghijrahan Diana Amir.


 

Pada awalnya, saya ingatkan itu hanyalah promosi untuk filem-filem yang akan datang tapi, hari ini saya terbaca kisah penghijrahan beliau di Utusan Malaysia. Agak tersentuh juga ketika saya membaca kisah beliau dan alhamdulillah, saya bersyukur akhirnya dia berubah. Diharap, penghijrahan beliau kali ini bukan sekadar suka-suka sahaja yang awalnya sangat bersemangat tapi di pengakhirannya mula goyah dengan tujuan dan niat asal beliau. InsyaAllah. Dan tak dilupakan juga buat Siti Nordiana, moga penghijrahan ke arah kebaikan ini berkekalan hendaknya. Amin.



Memang betul, Allah hanya akan memilih orang-orang yang tertentu sahaja untuk berubah. Walaupun dah berbuih mulut kita menasihati seseorang itu untuk berubah tetapi kalau Allah tutup pintu hatinya, memang takkan berubahla orang itu. Dengan berdoa dan berusaha, insyaAllah akan diberikan yang terbaik.



MENGHINDARI KESESATAN ~ ALI-IMRAN 8:

RABBANA LA TUZIGH QULUBANA BA’DA IZ HADAITANA WAHAB LANA MIL LADUNKA RAHMAH, INNAKA ANTAL WAHAB.
“YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU JADIKAN HATI KAMI CONDONG KEPADA KESESATAN SESUDAH ENGKAU BERI PETUNJUK KEPADA KAMI, DAN KARUNIAKANLAH KEPADA KAMI RAHMAT DARI SISI ENGKAU; KARENA SESUNGGUHNYA ENGKAU-LAH MAHA PEMBERI (KARUNIA)”.



Appreciation: Google and Youtube

Sekian, wassalam.


TQ for reading (^_^)


3 comments:

  1. Alhamdullilah. doakan yg terbaik bagi mereka :)

    ReplyDelete
  2. omo! dyana amir pun,alhmdllh ;)

    please comment our first entry. this blog just for our assignment. need ur help!!! http://aboutmultimedia2011.blogspot.com/ thank u soo much !! =D

    ReplyDelete