Tuesday, August 14, 2012

Bara Cinta Ramadan


Assalamualaikum w.b.t.


Sumber : Google



Tak tahu lah kenapa baru nak cerita tentang cerita yang semalam punya cerita. Eh, faham tak ayat saya tu? Huhu. Semalam, saya ada menonton drama yang bertajuk Bara Cinta Ramadan di TV3. Sedih. Sangat banyak pengajaran yang boleh diambil melalui drama tersebut. Jadi saya nak kongsi kat sini di antara pengajaran penting yang perlu kita take note. Oh, rupa-rupanya tu telemovie raya tahun lepas. Baru tahu.


.................................................


Pertama, seorang isteri jangan lah anda meminta sesuatu perkara yang anda sendiri tahu bahawa suami anda tidak mampu untuk menyediakannya.Dalam cerita semalam, suami nya kerja sebagai pemandu lori, yang si isteri, disebabkan hasutan emaknya, dia nak suami dia belikan dia rantai emas yang bukannya rantai kecik tu tapi kalung weh. Manala suami tu mampu nak sediakan. Dahla nak dekat raya. Nak beli keperluan raya untuk anak-anak lagi.Kena bertimbang rasa la sikit.


Kedua, elakkan duduk satu rumah dengan mertua. Ni dah banyak kali saya baca dan tengok. Memang betul pun cuma saya rasa, tak semua mertua macam tu. Tak nak ulas panjang yang ni.Hehe


Ketiga, kalau nak kahwin, restu ibu dan bapa sangat penting. Serius, redha ibu bapa tu sangat penting. Macam dalam cerita semalam, suami isteri tu, mereka kahwin kat siam,kiranya bila tak dapat restu ibu si isteri terus mereka lari dan kahwin di sempadan . Walaupun dah berjaya kahwin, tapi akhirnya, rumah tangga tak aman. Eh, macam ini patut yang no satu letak kat atas. Hehe..


Keempat, ukur baju di badan sendiri. Ha, dah masuk peribahasa melayu. Maksudnya kalau budget sikit, nak beli apa-apa pun, ikut kemampuan kita. Jangan la budget rm50 tapi nak beli tudung fareeda yang harga seratus lebih tu T___T.


Rasanya, banyak lagi pengajaran yang boleh diambil daripada drama tersebut. Fikir-fikirkan lah.


*Contoh yang diberi tiada kaitan dengan orang lain. Harap maklum.







2 comments:

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend