Hari ni dah masuk hari ke 21 ramadan. Subhanallah. Cepat je dah masuk 10 malam yang terakhir. Semoga diberi kekuatan iman untuk terus bertarawikh dan mengaji Al-Quran. Iman kita ni, ada waktunya naik, ada waktunya turun. Jadi, mohon berdoalah supaya iman tu sentiasa naik yakni sentiasa melipatgandakan usaha untuk beribadah dan menambahkan amalan sunat.
Kebiasaannya, awal-awal Ramadan, semangat untuk bertarawikh khasnya sangatlah tinggi.Setiap hari pergi ke masjid, solat jemaah Isya' dan solat sunat tarawikh. Suasana di masjid pun, meriah je. Seronok tengok bila saf penuh. Kalau datang lambat, memang dapat saf belakang la.
Bila dah masuk pertengahan bulan ramadan, orang masih ramai datang tapi kita boleh nampak dah, saf tu berkurang sikit. Mungkin sibuk dengan aktiviti harian dan penat bekerja di siang hari. Positif thinking ye.
Kemudian, masuk 10 malam terakhir, awal-awal tu orang ramai sikit je. Bila dah nak dekat raya, makin berkurang. Buat persiapan raya, penat gamaknya. Positive thinking lagi. Tapi bila kita tengok situasi macam ni, sedih la jugak.
Sekarang dah menginjak ke 10 malam terakhir. Dah nak habis bulan ramadan ni. Sedih. Sedih sangat. Sebab rasa macam masih tak cukup usaha yang dibuat. Rasa macam banyak lagi perkara sunat yang boleh dibuat. Jangankan sunat, perkara wajib seperti solat fardhu pun, kadang-kadang tu bila iman kurang, dah masuk waktu, tak bergerak ambil wudhu' untuk solat lagi. Masih tengok tv, layan internet, baca majalah. Lagha sungguh. Astaghfirullah. Walaupun bulan Ramadan ni, syaitan di'ikat' tapi jangan lupa bahawa nafsu masih ada dalam diri. Dah 11 bulan dia dok lagu tu, maka sudah terbiasa begitu la. Jadi, diri sendiri kenala berusaha kuat sikit untuk tingkatkan iman tu. <---- Nasihat untuk diri sendiri dan pada sesiapa yang berada di situasi ni jugak T__T.
2 malam lepas, saya dengan keluarga pergi ke satu masjid yang lain. Dah lama teringin nak solat tarawikh kat masjid ni sebab mak saya kata 'hafiz' yang jadi iman. Hafiz-hafiz dari Patani, Siam. Kalau tak silap. Biasanya kami sekeluarga akan bersolat kat masjid yang dekat dengan rumah. Tapi dari dulu sampai sekarang, asyik dengan imam yang sama, nak juga bertukar angin.
Sebenarnya dari awal masuk ramadan lagi dah teringin nak pergi situ sebab dah tanam azam, teringin nak solat kat masjid-masjid di dalam Perlis ni. Contohnya, hari ni kat masjid Simpang Empat, esok kat Kangar, lusa kat Kuala Perlis. Kiranya, takla tertumpu kat satu masjid je. Lain masjid, lain imam. Lain imam, lain la caranya. Yang pasti, saya sangat tersentuh bila dengar bacaan Al-Fatihah oleh imam tersebut (di masjid yang saya telah pergi 2 malam lepas). Ya Allah, sedap sangat. Ada ketika tu, rasa macam nak gugur je air mata ni.T____T. Best sangat. Imannya ada 2 orang. Seorang budak je lagi. Katanya, umur 15 tahun. Sangat muda. Manakala yang seorang lagi pula, tak pasti pulak. Samada lewat belasan atau pun dalam 20-an. Muda je lagi.
Semalam, rasa macam nak pergi lagi. Tapi ada hal yang tidak dapat dielakkan pulak. InsyaAllah, esok atau lusa, akan berusaha untuk pergi ke masjid tu lagi.
Ok, motif entry ini ditaip adalah untuk memotivasikan diri dan juga mungkin kepada orang lain yang berhadapan di situasi yang saya bagi kat atas tu. Iman kita memang akan sentiasa naik dan turun seperti yang kita tahu, Allah akan membolak-balikkan hati kita jadi, kita sendiri kena berusaha untuk berdoa supaya ditetapkan iman dan juga berusaha untuk menepis godaan yang sentiasa ada di sekelililng kita seperti tv, radio dan internet. Bukan tak boleh buat langsung, tapi kena cuba kurangkan lah. Tapi kalau tak buat langsung, lagi bagus kan. Saya sendiri pun tak boleh kalau tak tengok tv, blogging atau dengar lagu kat radio dalam satu hari. Tengah cuba untuk kurangkan la. Yang penting USAHA kita tu dan jangan pernah berputus asa. Jangan berhenti dan jangan cepat mengalah.
Sumber : Google |
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment