Tuesday, August 7, 2012

We tried to be nice through asking silly question T_T

Assalamualaikum w.b.t.


Salam Ramadan. Sudah hari ke 18 kita berpuasa, alhamdulillah. Sedar tak sedar, dah nak masuk 10 malam yang terakhir ramadan dah. Sorry, tajuk English, entry in Malay. Tetiba dapat idea, terus taip.


Saya percaya, sejak beberapa hari sebelum masuknya bulan Ramadan ni, ramai yang berazam untuk berubah. Dan harapnya, selepas Ramadan, sikap tersebut akan berkekalan hendaknya. Salah satu sikap yang perlu kita ubah adalah berbudi bahasa. Budi bahasa, maksud mudah yang boleh difahami peramah yang bertempat. Eh, ada juga peramah yang tak bertempat tau! Anda fikirla sendiri. Contoh peramah yang bertempat ni, sapa-menyapa terutamanya kepada orang yang lebih berumur dan sudah tentu, bila berjumpa saja, terus hulurkan tangan untuk bersalam. Itu yang kita semua faham kan. Tapi, kadang-kadang ada sesetengah daripada kita terlupa, bila bertemu dengan orang yang lebih berumur ni, buat tak tahu je.


OK, enough with the introduction. Quite long is it. Anda sedar tak, kadang-kadang bila kita cuba untuk berbudi bahasa dengan sesiapa saja, kita akan cuba memulakan sesuatu perbualan dengan pertanyaan yang bagi saya sangat 'silly'.Hahaha. Sebab saya selalu juga buat macam tu. And i'm kinda feel embarrased and so stupid to ask that kind of question T_T. Anda belum perasan lagi?





Mari saya bagi contoh ayat yang biasanya kita guna beserta situasinya.


Situasi 1
Baru nak keluar pejabat untuk pulang ke rumah.

"Nak balik rumah ke?"


......................................................


Situasi 2
Berjumpa seorang rakan di kedai makan

"Nak makan ke?"

Boleh tanya soalan tu bila tangan tengah memegang sepinggan nasi berlauk?

.....................................................


Situasi 3
Tengah duduk dalam bas yang menuju ke Kuala Lumpur

"Awak nak pergi ke Kuala Lumpur ke?"

Dush! Terang-terang destinasi bas tu ke Kuala Lumpur, buat apa nak ditanya lagi.

........................................................


Situasi di atas merupakan antara perkara yang pernah kita lakukan dan bila diamati semula, macam sangat 'silly' (saya tak nak guna perkataan silly dalam bahasa melayu, macam kurang sopan pula).

Tetapi, dengan soalan-soalan seperti di atas lah, merupakan titik permulaan sesebuah persahabatan. Dan bila kita memulakan perbualan dengan soalan-soalan seperti itu, ia merupakan usaha kita untuk cuba berbudi bahasa. Kadang-kadang, bila naik bas, duduk sebelah budak perempuan yang comel. Lepas tu, masing-masing diam, rasa seperti tak seronok. jadi, kita cuba untuk beramah mesra dan salah satunya dengan bertanyakan soalan-soalan mudah seperti 'Nak pergi mana' dan sebagainya. Tetapi, perlulah diingat, nak beramah mesra ada juga hadnya. Jangan terlampau obses nak teruskan perbualan dengan pertanyaan yang terlalu peribadi. Kita tak suka orang tanya kita jadi kita janganlah tanya orang jugak.


Whatever it is, trying to be nice is not a sin. Be nice to people around us. And of course, make our parents proud of us.


Sebab, kadang-kadang orang-orang tua ni akan kaitkan perangai anak dengan mak ayahnya. Jadi, kalau kita berbudi bahasa, mereka akan kata 'Amboi, bagusnya anak Minah (bukan nama sebenar) ni. Baik dengan orang tua-tua'. 

Kita tak nak la kalau ada orang tua-tua kata, 'Awat perangai anak Seman (bukan nama sebenar) tu sombong sangat. Tak mai salam dengan kita pun. Sombong aih'. Contoh la.

Tak mau bukan. Jadi, no harm to start conversation with a silly question or perhaps silly jokes ;p.


Anda pernah jadi macam ni tak? Hehe



4 comments:

  1. pernah ok pernahhhh. :)
    kalau terserempak jiran sebelah rumah, mesti terkeluar, 'baru balik kakk?' ;)
    padahal dah sah sah orang tu baru sampai depan pintu rumah. hihihi

    ReplyDelete
  2. AnneRaini: betul2.

    Nadia: hahaha...nak tergelak sbb mcm prnh je sblm ni ;)

    ReplyDelete
  3. Soalan yang dah tentu tahu jawapnnya, tapi itulah permulaan pada sebuah perkenalan atau budi bahasa yang cuba ditonjolkan ;)

    ReplyDelete

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend