Showing posts with label 4SGS. Show all posts
Showing posts with label 4SGS. Show all posts

Monday, May 4, 2009

==BBQ==

Hari ni baru ada masa nak update blog.Sibuk sangat.Mana nak study..mana nak edit PSM.Tak sabar nak jilidkan tesis ni.
Entry kali ni nak cerita pasal bbq hari tu.Seperti yang dijanjikan, acara membakar ayam dan sosej dimulakan lebih kurang pukul 8 mlm bertempat di balai cerap. Ha..nak cerita...kali pertama naik ke balai cerap pada waktu...fuh...macam-macam doa yang aku baca sepanjang menunggang motosikal ku itu.Dan piqah yang membonceng moto ku itu pun peluk aku kuat-kuat.haha...jangan marah piqah.Bukan apa, bayangkan, kitorg naik ke balai cerap waktu malam, dengan moto pulak tu.Sekeliling tu hutan-hutan.Macam-macam boleh diduga.Dahla hutan UTM ni memang terkenal dengan kehadiran komuniti sejenis haiwan yang haram bagi umat Islam ni. Memang potong-memotong la antara aku dan sheila. Sekejap dia potong aku, sekejap aku potong dia.Alhamdulillah, kami berjaya jugak sampai di puncak bukit dalam UTM ni.Best-best. Tak sabar nak bbq. Disebabkan aku terlampau teruja, jadi akulah antara orang yang paling banyak makan asap dan menangis.Mana tak menangis...budak-budak ni kipas bara api, abisla asap datang kat aku.Sabar je la.Kitorang jemput sorang je lecturer, sebenarnya bekas PA kitorg, Pn. Shap.Dia datang satu family.Comel anak dia yang kecik.Duk bertatih nak berjalan ke sana sini.Geram je tengok.Yang si abang pulak memang pandai bercakap.Macam-macam aku tanya, memang dia jawabla.Memang betul la cakap orang, budak-budak ni memang tak boleh berbohong.Once we asked, they will give the anwer honestly.

Dalam aktiviti bbq ni, tak sangka pulak ada yang ditimpa nasib malang. Fahmi dengan Pokpa terlanggar binatang yang aku sebut kat atas tu. Teruk jugak tengok keadaan diorang. Berbalut-balut kat tangan and kaki.Hurm, syukur sangat waktu kitorang naik tadi, takdela pulak bertembung dengan binatang ni.

Macam-macam aktiviti yang kitorang buat.Aktiviti yang paling utama, tulis wasiat yang dimonitor oleh cik leha.BBq ni abis dalam pukul 12 ke 1 pagi.Memang berkonvoila bila nak turun dari balai cerap tu.Ha..ni ada sikit gambar-gambar semasa aktiviti ini dijalankan.Sedihla pulak.Berapa hari je lagi jadi student BSc. Pasni, masing-masing dah bawak haluan sendiri.Nak jumpa pun susah.hurm...apa-apa pun...aku tetap ingat korang semua..HIDUP 4SGS 2008/09!

Sampul wasiat...haha...


Menuju tempat membakar ayam dan sosej. ha...ni proses membakar...



Cantik kan bara api tu.Lighting yang mantap.hihi...

Ni hasilnya...memang puas hatila.ada beberapa gambar di'cilok' dari fb kawan-kawan ku.hehe..;p

Apa-apa pun, kawan-kawan...ada semua best!

Friday, May 1, 2009

Rewang-rewang 4 SGS

Fuh..hr ni kitorang buat rewang merewang.ala-ala macam nak kenduri pulak suasana tu. riuh rendah...sembang-sembang..gelak-gelak...best jugak.macam tak percaya pulak kitorang buat masak-masak.aku pun tak caya yang aku buat benda-benda ni.ye la..kat rumah..mana la aku ni rajin sangat kat dapur.duduk-duduk and tengok mak aku masak tu adela.hehe...takpa mak...anak mak dah besaq...boleh buat masak-masak dah lepas ni.haha...perasan tol.adoi...ni agaknya penangan final exam and PSM.orang buat masak memasak ni lepas exam..yang kitorang ni...exam xabis lagi...tesis pun tak print and jilid lagi...klakar pulak bila pikir.takpela kawan-kawan..kita enjoy dlu malam ni...esok kita sambung buat PSM and study for hydro and marine yer...adoi..spoil btol bila cakap pasal academic ni...okla...nak bersiap-siap ke balai cerap.BBQ time~.Ada masa...akan ku upload gambar-gambar itew.Da..~

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend