Followers

Thursday, June 23, 2011

Foods: Halal & Haram

Assalamualaikum w.b.t.


Selamat malam. Mungkin entry kali ni agak sensitif sikit. Isu ni sentiasa up and down. Kejap-kejap orang terlalu memperkatakannya and kejap-kejap hilang begitu saja. Tapi saya rasa ia perlu dikongsi kepada anda semua. Saya harap sedikit sebanyak dapat memberi maklumat asas kepada anda berkenaan Halal dan haram. It is something VERY important for us as a Muslim especially when it comes about FOOD. Yes, food! Makanan yang kita makan hari-hari tu.




Thanx pakcik Google




Ingat tak entry yang lepas, saya ada cerita yang saya kena jaga booth kat  PICC. Rupa-rupanya saya dapat discover something yang sangat important for us as Muslim. Saya tak tahu samada korang dah tahu ke belum. Rupa-rupanya segala makanan yang kita makan hari ini mengandungi bahan-bahan yang menggunakan based bab1. Serius, sebelum ni saya tak pernah betul-betul ambil kisah tentang benda ni. Ambil tahu tu adela sikit-sikit dan saya masih berjaga-jaga bilamana saya membeli sesuatu produk makanan especially dari overseas contohnya macam coklat, saya akan tengok part ingredient. Sebelum ni, korang noticed tak, ada orang share tentang E-code yang mengandungi unsur-unsur bab1 tu, ha, saya saved copy that E-code and check dekat laptop saya. Sebab saya tak ingat la E-code tu coz sangat-sangat banyak. Yang paling saya terkejut, kek yang paling kita suka time zaman kanak-kanak dulu, ada code tu. Oh dammnn...dah berpuluh-puluh/beratus paket dah masuk ke dalam perut saya ni. Tak pernah tahu pun sebelum ni. Saya pasti kalau saya letak kat sini nama kek tu, 90% akan tahu dan memang pernah makan sebab sangat famous kek ni. Saya tak boleh tulis terang-terangan kat sini takut jadi isu apa-apa pulak. So pada sesiapa yang nak tahu kek apakah itu, just drop your comment here or email me.Nanti saya citer.




Ok, berbalik kepada kisah saya di PICC tu, saya ada singgah satu booth ni. Mereka ni syarikat korporat+swasta yang bekerjasama dengan Halal Industry Development Corporation (HDC) mengkaji tentang unsur-unsur bab1 yang terkandung dalam ubat-ubatan dan makanan dan hasil kajian mereka ni akan dibukukan. Result for medicine dah dibukukan dan saya dah tengok pun buku tu. MasyaAllah, hampir...erkk....rasa semua bahagian bab1 tu (tapi tang muka saya tak pasti la diorang guna ke tak) pihak-pihak yang tak bertanggungjawab dan hanya memikirkan tentang keuntungan semata-mata ni akan guna untuk diadun dan mereka buatla ubat-ubatan contohnya seperti insulin dan ubat untuk sakit jantung. Ada nama scientific kat situ tapi maaf sangat, saya tak ingat nama-nama tu. Tapi nama-nama tersebut memang sangat familiar bagi kita semua. Sebelum ni pun, kita pernah dengar isu berkenaan hal ini. Kalau tak salah saya, kisah kat sebuah hospital yang mana seorang pesakit jantung(if i'm not mistaken) dia sakit, so doktor ni nak inject ubat kat diala, tapi doktor(bukan orang islam) ni memang berterus terang orangnya dan dia bagitau kat pesakit ni sebab dia orang islam, dia kata ubat yang dia nak inject ni ada unsur bab1. Takpa ka dia nak inject kan...apa tindak balas pesakit ni...saya tak ingat tapi rasanya memang dia tolak dari disuntik tu. Tu nasib baikla dapat doktor yang jenis berterus terang explain kat kita, apa kandungan dalam ubat-ubatan tu. Kalau yang just fikir pasal duit je, mesti doktor tu just suntik je diam-diam. Tak bagitau apa-apa.


Tak dilupakan jugak bahan-bahan dalam makanan yang kita selalu beli tu. Contoh macam dia tulis emulsifier tapi dia tak tulis details nye. Ha, berjaga-jaga jugak tu. Sebab emulsifier ni ada jenis-jenis dia jugak. Ada yang memang based dari tumbuh-tumbuhan dan ada yang based dari haiwan samada dari porcine or bovine. ha...apa porcine or bovine ni?


Porcine adalah nama or kata ganti bagi bab1 ni la. So korang berjaga-jaga la kalau ternampak perkataan ni kat mana-mana. Tapi bukan setakat satu je nama dia yer....banyak lagi...nama saintifik yang bermacam-macam so kena alert and google la. Whereas bovine adalah unsur dari lembu, kerbau dan sewaktu dengannya. Tapi, walaupun unsur dari lembu dan kerbau, kena check jugak status halal nya ok.



So setakat ni dulu info yang saya boleh sampaikan. Tapi kalau korang nak tahu, memang banyak gila unsur-unsur dari porcine ni kat dalam makanan. Mintak dijauhkanla dari keinginan untuk membeli. Cuma persoalannya, macam mana kita nak tahu adakah bahan-bahan yang terkandung dalam makanan tersebut ada unsur porcine or tak?Oh, lupa pulak nak tahu, antara sebab UTAMA orang-orang guna based from porcine ni adalah disebabkan hampir 70% organ dalam badan dia menyerupai manusia...hati, paruparu, otak...kalau tak percaya, sila Google. You'll be surprised to see it!





Thank you for reading (^_^)





















1 comment: