::Edited::Thanx for the comment sis anne =)
Salam.Selamat pagi kawan-kawan.Semalam, ketika saya view page kat facebook, saya terbaca satu artikel ni.Allahuakbar, takut saya bila membaca.Jadi saya nak share la kat sini.Tapi, ini adalah coretan dari seseorang yang bernama manusia, yang menentukan semuanya adalah Allah SWT. Jadi, nak percaya bulat-bulat tu, wallahualam.Cuma ambillah iktibar daripada artikel ini.Ok...Jom kita baca...
Tatkala Keringnya Tasik Galilee,Turunlah Nabi Isa ke Bumi (benarkah  bakal berlaku 40 tahun lagi???AL-QURAN&HADIS membuktikannya)
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik  Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba  mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh  dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah  dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah.....
Assalamualaikum  semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat  ini menerusi alam maya.Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat  dunia dan akhirat.
Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka  kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee,sebuah tasik yang  dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini.Nama  lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake  Kinneret
- Sea of Tiberias
Ada satu hadis sahih yang  saya sengaja tidak tunjukkan di sini,hadis itu memberitahu saya dan  anda semua,bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan  turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini  sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar.Carilah hadis  sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,pada  ketika anda tahu itu,anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat.Apa  yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering  dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000  masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...
Saudara  serumpunku,anda semua harus beringat,bila tasik ini kering,maka itulah  saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam  Mahadi,memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.
Saya  ingatkan lagi,hadis ini amatlah sahih,sedangkan tiada satu pun ulamak di  Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini,dengan kata lain,mereka  tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas,Tasik  Galilee sedang kering dengan lajunya,dan mengikut kajian  sains,tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan  menemui dasar permukaan bawahnya,dan ketika itulah Nabi Isa turun.
dan  anda semua perlu faham,sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun  akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya  baginda turun,asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku  sekalian,proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
-  tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
-  ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan  dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita  tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia  keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita,benarkan???
- anda  kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang  dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40  tahun....
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi  dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,samada baginda di saat  ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di  sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-Ingatlah,  saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan,  ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum  nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka  gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, 
dan  kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3  tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun  anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...
-dan  kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai  saudara-saudaraku,rakan-rakan,semua hamba Allah dan ramai dari mereka  sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa kita duga...
Ingatlah  saudara-saudara ku... Mereka bertiga akan muncul selang silih  berganti sahaja,dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama,mereka  bertiga adalah manusia belaka,Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa  umur yang panjang,sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek  tetapi dapat memimpin dunia.
Ketahuilah mereka  bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
-  Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa
Ingatlah  kawan-kawan... sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an  (pada hari ini), percayalah,dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,semua  tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di  zaman anda,samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu  muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian  itu.Ketahuilah,Tasik Galilee sudah pun mulai mengering  sejak tahun 2000 masihi lagi,dan proses pengeringan ini amat dahsyat  sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali  aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu,ada baki lagi 40  tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,dan anda  harus ingat!!!
Sekali lagi saya ingatkan anda,bila  Nibiru melalui nanti (diteorikan),2 gerhana planet akan berlaku  (diselidiki),iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan  bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori  gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka  sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil,dan kehadiran tanda-tanda  besar pasti berlaku tanpa anda jangka.
Planet Nibiru(Planet-X)  adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai dua gerhana  berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi.Planet Nibiru ini  tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan  menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA  BESAR KIAMAT?OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT.Planet ini hanya akan lalu  di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan  seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini  melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang  pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang  menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna,apa sahaja  jentera langit dan bumi,asalkan yang mempunyai saluran elektrik,akan  dengan sendirinya tidak berfungsi,satelit, jet pejuang, kapal laut enjin  fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga  elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi,dan anda akan  kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.Itu pun sekiranya anda masih  hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi  akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan  Planet-X.
Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari  nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku  di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman  purba, berperang dengan pedang cara kuno,menunggang kuda sebagai satu  medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR......
KAJIAN  SAINS: Setelah saya membuat kajian,sekiranya kehadiran planet  besar ini dan melintas di antara orbit bumi &  matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan  semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran  api.Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan  saya lagi...
Tiada satu hadis pun menerangkan yang  manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi  sendiri gunakan
Sekiranya kajian saya di atas  berpandukan hadis,maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden  hari ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi tidak aktif dan hancur  dari dunia ini... Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini  berlaku,adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum  hadirnya elektrik,manusia akan kembali kepada fitrah semula,dan  mana-mana manusia yang tinggal di bandar,adalah manusia yang paling rugi  di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam,kerana  itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di  Tanah Melayu...
Saya berpesan kepada anda sekali  lagi,gunakan duit anda untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli  tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran  gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan  mencanai keris
-menguasai kembali teknik MEMANAH
-dan  kembali mengajar anak-anak anda semua berenang
Ketahuilah, kita  ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering  sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya  Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali,sebelum  Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di  keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan  sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap  di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya  kawan-kawan... dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa,dan  Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,sekali  lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda  besar pertama keluar,bila satu tanda besar keluar,perhatikan sekeliling  anda,semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan?bila satu tanda besar  keluar,akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...
Dan  ingatlah wahai Muslimin,doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir  zaman,dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi  Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda  bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia  sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,percayalah bahawa di dalam  darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNANabi  Muhammad,kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan  Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan  Solat,carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan  kerana itulah,Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,kita akan selalu bacakan  nama 2 Nabi itu.
Pesanan Terakhir,langsaikan  hutang secepat mungkin,tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah  baru di pedalaman,kumpulkan kain-kain yang tahan lama,ternak dan gembala  kambing,ajar anak-anak menunggang kuda,simpan cermin mata anda sebaik  mungkin,banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,banyakkan  menulis dan berpesan pada jiran sebelah,latihkan anak-anak Melayu kita  dengan kemahiran memanah,banyakkan berenang di waktu petang,minta maaf  pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh,kita kena cepat  minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)
Wallahualam....nak percaya lebih-lebih, entahlah.Wallahualam.Tapi kita semua tahu kan, mereka bertiga akan muncul di akhir zaman nanti.Jadi, kenala persiapkan diri dengan ilmu dan bertaubatlah...
Wallahualam....nak percaya lebih-lebih, entahlah.Wallahualam.Tapi kita semua tahu kan, mereka bertiga akan muncul di akhir zaman nanti.Jadi, kenala persiapkan diri dengan ilmu dan bertaubatlah...

 
 
 
 
apsal halus sgt tulisan ni???berpino mata nak baca..:)
ReplyDelete