Sekadar perkongsian yang diperolehi dari blog MahfuzahHusna
Memakai tudung untuk menutup lemak atau menutup dada?
Assalamualaikum w.r.t
Terpanggil untuk membuat entry ini selepas membaca sebuah majalah kesihatan. Sedih melihat gambar sebelum dan selepas berjaya menurunkan berat badan melalui penggunaan produk-produk tertentu. Baca selanjutnya:
Saya sebenarnya rasa  gembira apabila melihat ramai sudah mengambil berat tentang kesihatan  masing-masing. Berusaha gigih untuk kuruskan badan dengan cara yang  sihat adalah suatu perkara yang patut diambil kira. (bukan dengan cara  merokok, mengambil dadah dan segala jenis ubatan yang terlarang  etc). Tetapi pada masa yang sama timbul rasa sedih bila melihatkan  perubahan yang berlaku kepada kaum hawa sekarang. 
Mungkin  ada hikmah anda berbadan besar kerana dengan itu anda akan menutup  aurat dengan lebih baik berbanding jika anda sudah berbadan langsing.
Jangan melenting ya? Tegurlah saya sekiranya saya salah.  Memerhatikan keadaan disekeliling dan juga pada media cetak dan  elektronik, jelas terpapar perubahan yang berlaku dari segi pemakaian  (bukan semua wanita).  Malah, busana muslimah sekarang boleh dikira dengan jari, yang mana satu yang betul-betul mengikut syariat. 
Dahulu ketika masih  berbadan gempal, si gadis manis memakai tudung membaluti kepala dan  menutup kemas bahagian dada. Tetapi sekarang apabila sudah langsing,  sudah mula menjinakkan diri dengan memakai pakaian yang lebih ketat.  Tudung pula sekadar "syarat" yakni menutup kepala, dada pula diabaikan.  Kononnya trend sekarang, lebih moden dan menarik.
Apa fungsi memakai blouse  yang labuh tetapi memakai pula "singlet" berwarna-warni di luar,  menampakkan pula susuk tubuh yang sudah semakin cantik. Tambahan pula  dikatakan dengan memakai "belt" mampu menaikkan seri walaupun baju yang  dipakai tersangat ringkas. Tudung pula dipendekkan, leher dinampakkan  malah mengupload gambar-gambar terkini di internet untuk tontonan umum. 
Saya rasa sedih dan malu  apabila melihat mata golongan lelaki liar memerhatikan dada dan pinggul  wanita yang sedang asyik berjalan dan bergelak ketawa dengan  rakan-rakan. Tidak sedarkah mereka bahawasanya mereka telah mengutip  dosa secara sengaja dan tidak sengaja. 
     Saya  ambil contoh di restoran saja sudah memadai. Ketika itu saya sedang  memesan roti canai untuk dibawa pulang. Pada masa yang sama ada seorang  gadis yang memakai baju yang "cukup-cukup makan" dan bertudung tetapi  menampakkan dada serta pinggul sedang berjalan keluar dari restoran  tersebut. Penebar roti canai yang berada di hadapan saya tanpa segan  silu memandang pinggul perempuan tersebut dari mula hingga habis.  Kepalanya terpusing sehingga 180 darjah ke kanan melirik  ke arah yang tidak sepatut dilihatnya. Mukanya tersenyum nakal. Sedih  bukan? Pulang ke rumah saya memaksa diri untuk habiskan juga memakan  roti canai tersebut kerana sudah hilang selera!     
Jadi, kepada sahabat  sekalian, tutuplah bahagian yang tidak patut kamu tayangkan kepada orang  ramai. Peganglah perumpamaan di bawah (mana satu yang akan kamu pilih):
1- Botol minuman yang sudah hilang penutupnya atau botol minuman yang belum dibuka penutupnya?
2- Gula-gula yang pembalutnya sudah dibuka dan boleh dihinggapi lalat serta debu atau gula-gula yang masih berbalut kemas, bersih dan elok keadaannya?
3- Buah yang sudah dikupas kulitnya dan dibiar terdedah semalaman atau buah yang masih elok isinya dan belum dikupas serta disimpan elok dalam peti ais?
1- Botol minuman yang sudah hilang penutupnya atau botol minuman yang belum dibuka penutupnya?
2- Gula-gula yang pembalutnya sudah dibuka dan boleh dihinggapi lalat serta debu atau gula-gula yang masih berbalut kemas, bersih dan elok keadaannya?
3- Buah yang sudah dikupas kulitnya dan dibiar terdedah semalaman atau buah yang masih elok isinya dan belum dikupas serta disimpan elok dalam peti ais?
Sekian, moga diambil iktibar dari artikel ini. Ingatan untuk saya jugak. Wallahualam.
Thank you for reading (^_^)


 
 
 
 
omg so true =.=
ReplyDeletebest coretan yg saya baca..menjadi peringatan wat diri ku jua
ReplyDelete