Rasanya, selepas ini saya nak kongsi pengalaman saya menggunakan beberapa barang atau produk. Ini mungkin boleh membantu sesiapa yang sedang survey mengenai barang tersebut. Ok, sebenarnya ini pengalaman saya sendiri. Sebelum membeli sesuatu barang, saya suka untuk survey melalui google (jika line internet laju ;p). Baca few reviews di blog dan forum, ok ke tak ok barang tu. Tapi kadang-kadang tu, beli jugak benda yang dah kita tau tak ok. T__T.
So, this is my first review on this thing.
Dah lama saya survey-survey di internet ni, kegunaan, kebaikan, harga, kualiti dan kat mana boleh beli barang ni.
Hari ini saya nak reviewScreen Protector Tempered Glass. Sebelum ni, saya langsung tak ambil peduli mengenai kualiti sesuatu screen protector (SP). Apa yang saya tahu, kalau nak yang cantik sikit, harga pun mesti mahal. Yang cantik tu SP ala-ala cermin, tak pun yang diamond tu takpun macam gold champangne tu. Itu pemahaman saya yang dulu. Sekarang ni, terbuka la sikit pengetahuan tu.
Baiklah, apa itu Tempered Glass?
Scratch Proof – Or Are They?
Although screen protectors claim they're scratch resistant, it doesn't mean they won't scratch. Thinner screen protectors are typically made of PET film. Thicker screen protectors are made of tempered glass. Although the glass is harder than the PET film, it can still scratch. It will take more force to scratch it than it would take to scratch the softer, thinner screen protectors. However, if you drop your phone on its tempered-glass screen protector and it slides across the cement, it's likely your screen protector will be scratched. Still, it's better your screen protector than your screen, right?
Ok, memang not fully scratch resistant free tapi at least ada jugak protection.
Protection is better than cure, Don't you think? =p
kononnya la kan...tapi takde keje nak buat macam ni, ye dak. once dah jadi macam ni, ratus-ratus jugak kena spend untuk tukar cermin baru.
ok, ni yang saya beli. Macam takde brand je. Tapi harga, bagi saya agak mahal la, RM 60 untuk brand yang kita tak tau apa dia or mungkin takda brand langsung. Saya pun tak tau macam mana saya boleh beli. Macam terpukau je dengan seller tu. Haha. Alasan =p.
Sebab saya banyak jugak survey harga tempered glass ni. So lepas survey, saya ingat nak beli yang harga dalam 20-30 inggit je.
Yang saya beli ni tak taula jenama apa, tapi yang pasti bukan Spigen bukan Iloome dan bukan Nilikin. Beriya sungguh saya google brands Spigen dengan Iloome. Memang berkenan sangat dengan dua brand ni tapi disebabkan dua brand ni dari oversea, susah nak jumpa kat Malaysia. Nak beli kat website diorang memang boleh tapi kos shipping adalah sangat mahal. Takmaula. Tah-tah kos shipping lagi mahal dari barang yang dibeli. Saya tengok juga kat forum lowyat, tapi tah, kenapa tak terbeli di situ. Pricey jugak la. Seratus lebih. Sayang lak duit. Huhu.
Yang ini la saya teringin nak beli selepas tengok review kat youtube.
********************************************
Tapi, lepas dah pasang yang saya beli tu (orang kedai tu tolong pasangkan), Alhamdulillah, puas hati. Suka suka suka. Rasa, okla..berbaloi aku beli ni sebab nak protect before jadi apa-apa kan. Saya ni agak kasar jugak, hp sebelum-sebelum ni memang selalu je jatuh. Kadang-kadang terjatuh dari katil. Tu yang seriau tu.
Range harga tempered glass ni, kebanyakan yang saya survey bermula dari berbelas ringgit malaysia sehinggalah seratus lebih ringgit malaysia (RM 1* hingga RM 1**.) *Tah-tah ada 2 3 ratus jugak. Mana tau kan. (tah ape material yang diorang guna kan ;p)
tetiba suka lak nak masukkan pic ni. hehe
ps: dah hampir 3 minggu saya guna. Alhamdulillah. Setakat ni berpuas hati la.I'm a happy girl (^_^)
Selepas install kat hp saya. Nampak kan yang border atas word samsung tu.
Ini yang bawah tu. Tak nampak pulak. Oh, lupa pulak nak bagitau, bila dah install tempered glass ni, dia agak tebal so home button tu jadi tenggelam sikit. Kalau beli tempered glass macam spigen or iloome tu, mereka akan bagi sekali stiker untuk home button. Stiker tu akan buat home button timbul dan tinggi sikit. So senang la nak tekan.
Ini sticker home button tu:
Macam comel pula. Hehe.
Sekian, review saya tentang Tempered Glass Screen Protector ni. Moga dapat membantu sesiapa yang tengah survey untuk beli SP jenis ini.
Ehem, nasihat saya untuk sesiapa yang pakai hp macam iphone,note, nexus,or htc; pendek kata hp yang beribu riban yang awak-awak semua beli tu, better pakai la Tempered Glass Screen Protector ni. Secure la sikit.
Assalamualaikum.
Eh, tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat datang untuk Bulan Rejab. Semoga kita dapat memanfaatkan bulan ini sebaik-baiknya dengan amalan sunat dan berdoa banyak-banyak. Moga dikabulkan Allah. Amin.
All pictures are credited to Google and video credited toYoutube. Thanx.
Sekarang ni, dah jadi fenomena orang pakai monopod kan?
alahai comelnya adik nak berselfie jugak..
Selalunya dikaitkan dengan kegilaan bergambar la..selfie la...tah apa lagi term yang ada.
Saya suka bergambar tapi takde la asyik ber-selfie setiap masa.
Kejap-kejap snap pic sendiri. Kejap2 snap pic sendiri. Not me la..ehhh... =p
Kegilaan bergambar saya akan wujud apabila pergi ke satu tempat yang sangat cantik dan memorable, ala macam saat penting tu mesti di'capture', lepas tu bila dah balik rumah, tengokla balik gambar tu, ha..bolehla senyum sorang-sorang ke kan. Haha...lawak je.
Ok..berbalik kepada persoalan untuk entry ini, saya nak tanya la, best ke guna monopod ni ye?
Segan jugak sebenarnya bila kita nak bergambar, nak mintak tolong orang sekeliling ambilkan. Tapi, saya pun bukannya selalu nak bergambar sangat. Cuma, in sha Allah, bulan 6 nanti nak pergi suatu tempat yang saya rasa perlu untuk saya ambil gambar lebih sikit. Memorable moment la. Itu yang masih berfikir-fikir, perlukah...ok..macam perlu.
Tapi harga yang biasa orang jual berapa eh???
Anyone...ada sesiapa tahu tak?
Terima kasih dan selamat bercuti esok. Wiiii..esok cuti. Suka giler.
Akhirnya, setelah setahun lebih ke dua tahun, dapat jugak cash-out sekali lagi. Alhamdulillah.
Walaupun blog ni selalu sangat sangat sangat dan saaangat lambat update entry-nya, alhamdulillah, masih ada juga orang view blog saya ni, Thanx sangat korang2 :').
Thanx Nuffnang jugak. Sila bagi banyak-banyak lagi iklan. Saya janji akan update selalu. ehhh...hahaha..tak janji..tak janji.
Episod ke-2 Jalan-jalan cari makan. Hehe. Ini kawan saya yang beria-ria nak ajak makan buffet kat sini. Buffet Lunch. Bila dengar buffet, ok. Best sebab boleh makan banyak...banyak..baaanyaaakk. Banyak gila kot. Gaya dia bercerita pun banyak juga variety of foods. So, okla. Lets try.
Tak ingat nama restauran. Huhu. Tapi restoran memang ala-ala cina. Nama pun restoran Cina. So for sure la, nak bagi yakin, saya google cari status halal. Lepas tu, dah sampai, tanya lagi kat staf situ. Ok.lega.
Overall, foods ok la. Ada yang sedap dan ada yang so~so dan ada yang tak sedap langsung. Hmm. Tapi taktaula kot-kot hari yang saya datang ni, menu tak banyak.
Kesimpulan yang dapat saya buat, saya sebenarnya takdela makan banyak sangat. Rugi kalau bayar mahal-mahal tapi makan tak banyak. Not fully utilize. Huhu.
Last week punya cerita, dah nak masuk minggu baru pun. Cepat je masa berlalu kan. Huhu.
Disebabkan beberapa hari je lagi 2nd bridge Penang ni dapat digunakan secara percuma, saya pun apa lagi, ajakla kawan saya bawak naik atas bridge ni.
Agak jauh jugak dari Batu Maung nak ke Georgetown. Kawan saya stay kat Jelutong, dah nak dekat Georgetown kan. Dengarnya, jambatan baru ni sekali ganda dari bridge lama. Agak panjang la jugak kan. Anyway, nak naik sesekali bolehla. Kalau selalu, terima kasih je la. =p
Apa-apapun, best!
ps: hari ini, ramai jugak kawan-kawan kat facebook upload pic tengah bercuti. Bestnye. I need a gateway. Nak bercuti!!!
Keterujaan terbaru. Lace handsock. Cantik sangat-sangat. Worth to buy. Its really worth. Puas hati sangat-sangat. Sebab, waktu saya beli tu owner tengah buat promo eh ke sale. Hehe. Nak tau berapa harganya?
Jeng..jeng... harganya adalah RM 16 untuk 2. Exclude postage. So, jatuh satu handsock berharga RM 8. Huhu.. Mana nak dapat harga ni. Saya tak jumpa lagi la handsock jenis macam ni yang berharga bawah RM 10. Kebiasaannya yang saya nampak, harga adalah RM 15 takpun RM 12 (ini common) dan paling murah harga RM 10 untuk satu lace handsock. So, memang teruja yang amat la. Last week purchase dan akak tuan kedai ni dah pos hari khamis. Disebabkan beberapa masalah teknikal. Semalam baru sampai kat tangan saya.
Tak sabar nak buka parcel dan taraaa....!!
4 lace handsock yang saya beli. Mulanya saya nak beli warna lain tapi dah habis. Cepat sungguh sold out. So ada few options left. Antara option tersebut, yang ni la saya pilih. Bila tengok-tengok balik, cantik jugak warna-warna dia. Hehe.
Tak sabar-sabar nak pakai. Terus semalam pakai masa saya keluar dinner. Hihi.
Ya Allah, semoga aku istiqamah dalam melakukan perubahan ini. Amin.
Hari tu masa dinner kat luar, ternampak la kek coklat ni dalam freezer kat kedai makan tu. Macam sedap je kan. Ala-ala mousse chocolate. Benda-benda macam ni memang favourite saya. So amikla.
Tak sedap! Huhu. Serius. Tak habis makan pun. Saya bawa balik ke rumah dan simpan dalam freezer. Sampai ke hari ini tak ambil pun. Tak tau la masih ada ke tak dalam peti sejuk tu =(
Lepas tu, hari tu masa sembang-sembang dengan colleague, cerita la pasal kek coklat.
Sekali, "ha..jom kita p beli barang."
"Jom jom."
Spontan je. Waktu lunch dah dekat, apa lagi, kami terus keluar untuk beli barang-barang buat kek. Siap pergi 2 kedai barang buat kek lagi. Teruja punya pasal. Petang tu, sampai ke rumah, terus bagi direction kat adik saya. Dia pun minat kek so kita guna kuasa itu la. Kalau nak guna kuasa veto, kadang-kadang tak jadi. Huhu.
"Kalau nak makan kek, tolong kakak sama".
Hihi. Dia ikut je.
Saya beli tepung kek yang siap2 untuk buat kek Choc Moist ni. So sukatan untuk tepung dan gula memang dah ada. Senang dan mudah. Cuma saya tambah la letak biskut Munchy tu. Pecah-pecahkan dan masukkan dalam adunan before nak bakar. Saya campur jugak nescafe yang telah dibancuh. Bagi rasa nescafe sikit. Sebabnya saya sangat suka nescafe. =p Dan juga sedikit bancuhan coklat kompaun beryl's. Bagi rasa coklat lagi.
Ini kali pertama saya nak membakar kek menggunakan oven. So memang tak tau nak agak berapa suhu, berapa lama. Sebelum ni saya cuma kukus kek je. Senang. Letak adunan kek ni dalam pengukus. Tunggu la setengah jam ke 40 minit, dah siap. Tak payah risau takut hangit. Tapi bila kita kukus, tak rasa crunchy tu kan. So saya try and error saja untuk membakar ni. Kalau tanya sekarang pun, berapa suhu dan berapa lama. Memang tak ingat. Eh...suhu rasanya dalam 180C sebab macam dah common. Tengok rata-rata resipi kalau nak bakar dalam oven, biasa nya dalam 180C kan?? Ke ada suhu yang lebih sesuai?
Dua kali jugak nak bakarnya. First bakar, bila tengok macam ada part yang lembik-lembik. Macam tak masak je. Tu yang bakar semula. Bila yang second tu, ok. Ni memang dah boleh ngap.
So, inilah kek saya. bahagian atas macam apa je. Tapi yang tu lah best. Sebab crunchy dia. Nyum..nyum.
Haihh...tengok gambar ni macam teringin je lagi. Bila bakar kek je, mesti ada satu haruman yang sangat menerujakan kan..kan..
Ini cerita jalan-jalan cari makan di Pulau Pinang.
First time try Charcoal Burger. Roti burger yang berwarna hitam. Mula-mula takut jugak nak makan. Sebab takut rasa arang tu. Tapi bila dah makan, tak rasa pun. Rasa macam roti biasa je. Sedap jugak. Yang penting, halal. Itu yang penting. Kan..kan ;)
Ini cerita minggu lepas, hari Jumaat malam punya cerita. Hehe.
One of my good friend, Izma dah selamat bergelar isteri orang. Saya kenal dia sewaktu mula bekerja dahulu, back in 2009. Kerja sama-sama sampai 2011. Kemudian, saya berpindah kerja tapi dalam masa yang sama kami masih berhubung. Dan tahun 2012 kami ambil keputusan untuk sambung belajar sama-sama di universiti yang sama cuma bidang saja berbeza. Sempat jadi roomate untuk satu semester. Lepas tu duduk rumah sendiri. Berulang dari rumah je senang. Kelas untuk pengajian master tak banyak. Dalam seminggu cuma 3 atau 4 kali. Bergantung kepada jumlah subjek yang didaftarkan. Kalau daftar 3 subjek, maka 3kali seminggu la jawabnya.
Sebenarnya saya kagum dengan mereka sebab mereka ini boleh dikatakan long distance relationship. PJJ. Sangat jarang mereka berjumpa. Mungkin setahun sekali or dua kali je berjumpa. Jadi tak hairan lah hp sentiasa di tangan makcik ni. SMS memang sentiasa.Kejap-kejap berbunyi je hp tu =p.
Saya panggil dia makcik, dan dia panggil saya makcik. Saja suka-suka kami bagi gelaran tu. Kalau orang lain dengar, mesti pelik. Oh..how i miss u makcik. Lepas ni dah jarang berjumpa. Dah jadi isteri orang
Both of you will make a good couple and... cute son and daughter soon ;)
Tak tau nak kata apa. Huhu.
Ehhh..ini dah jadi enty lain dah. Punya panjang lebar saya menaip =p.
Tujuan utama entry ini adalah untuk saya ucapkan
Selamat Pengantin Baru buat Izma dan Sham.
Semoga berkekalan hingga ke Syurga Jannatul Firdaus.
ps: Jangan lupa contact aku lepas ni ye makcik. Dan doakan aku sekali ye <33 .="" p="">
Semalam PM dah buat annoucement tentang pengakhiran MH370. Entahla. Tak tahu nak ulas apa. Kenapa dikatakan berakhir? Lost signal at center of the Indian Ocean?
Hmm..actually my imagination is beyond that. Pelbagai kemungkinan saya terfikir. Tapi entahla. No word can describe this situation. Agak gloomy jugak bila dengar tentang pengumuman news tersebut semalam. Nak tidur pun, saya masih lagi terfikir keadaan penumpang pesawat tersebut. Rewind balik kat kotak fikiran babak-babak dalam filem yang pernah saya tonton sebelum ni.
Hari ini, saya tengok balik video announcement semalam. Sedih...Lepas tu tengok video ada Chinese's aunty ni, menangis dia, lepas tu ucap banyak-banyak terima kasih kepada semua yang mendoakan semua yang terlibat dalam MH370 tu. :'(
Takziah saya ucapkan pada keluarga mangsa MH370. Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Berdoalah. Semoga ada keajaiban yang berlaku. Anything can happen. Seandainya mereka telah tiada, moga tempat yang baik menanti mereka di sana. Mereka sungguh beruntung kerana satu dunia mendoakan mereka. Bayangkan doa berjuta-juta penduduk di dunia ini. Dan seandainya mereka masih hidup, moga mereka berada di dalam lindungan rahmat Allah S.W.T. Amin.
Apa-apa pun yang berlaku, pasti ada hikmahnya.(-___-) :'(