Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Tiramisu dah nak habis...

Assalamualaikum.


Hi all....lama gilerr tak update blog ni...so many things to share...by the way, saya baru je lepas jadi bridemaids for the first time....kata orang tua-tua, tak lama lagi bakal menyusul pengantin jugak...hahaha...kita tengok sama-sama ye...


bukan tiramisu ni la....



ha...pasal citer tiramisu kat slot akasia tv3 tu sebenarnya....minggu ni minggu terakhir kan...tak sabar nak tengok kesudahannya...adakah Melur bersama dengan Pierre (tetiba terlupa nama watak Pierre) atau tak....





ha....apekah kesudahannnya....xsabar i...




All pictures are taken from Google.









Tuesday, January 25, 2011

Bestnye dapat lelaki macam ni!

Assalamualaikum.



Selamat pagi...hai semua....semalam, saya tengok satu citer ....phew....suka sunggoh dengan tahap kesabaran seorang lelaki tu....Dia punyer sabar....haishhh....tahap gaban la...sanggup bersabar bila si perempuan tak jawab phone call dia....tak layan dia macam kawan-kawan lelaki yang lain...but still dia masih tunggu si perempuan ni kat depan rumah dia, still kol. Yang paling best, sanggup beli kete mewah pulak kat perempuan tu...padahal perempuan ni bukanla lawa sangat..bukanlah boleh dikata perempuan melayu terakhir..kadang-kadang tak senonoh jugak...oh...bestnye dapat lelaki macam ni...



Persoalannya...adekah lagi di dunia ini? Okeh...mungkin ade tapi saya je tak jumpa lagi kot...errkk...lalala~



Ha...nak tau siapakah lelaki itu? Actually....saya suka watak dia je dalam citer ni....watak dia dalam dunia sebenar....wallahualam...tak taula pulak...tapi biarlah...tak nak amik tahu pun....




Benjy aka Jehan


Okla...citer yang dimaksudkan tu...Awan Dania....suka sangat citer tu...geram pun ade jugak...kesian je tengok Benjy diperlakukan sebegitu rupa...Tak taula Dania tu...suke ke tak dengan Benjy...harap-harap endingnye...diorang berdua la...but still...pelik...kenapa mak Benjy tak suka sangat dengan Dania...hmmm...








Pictures : All from Google.






Monday, November 8, 2010

Asmara semakin menarik

Salam.

Hi....apa yang Asmara tu...ohh...jangan misunderstood ya...ni yang cite kat TV3 tu....




credit to TV3



Zaliya dah macam insaf sikit lepas kena 'brainwash' dengan nenek asmara.

Baru kena buku dengan ruas.

Harap-harap diorang akan ok selepas ni. Tapi kesian la dekat Melati. Hmm...





Tak sabar nak tengok malam esok..kawan-kawan macam mana pulak?





Saturday, October 23, 2010

Apa jadi dengan Ahmad Durrah?

Disebabkan keasyikan untuk mengubah layout baru blog ini, saya dah terlepas untuk menonton tayangan cerita Ahmad Durrah di saluran TV3. Sedikit terkilan tetapi semasa blog ini sedang diubahsuai, mata selalu sahaja terpandang pada jam di bawah kanan kat toolbar bawah ni tetapi semangat untuk bangkit dari tempat yang sedia ada dan pergi ke hadapan TV amatlah kurang. Jadi, memang terlepas la jawabnya.




sumber:web TV3


gigih mencari gambar citer ni, sampai sanggup print screen kt web tv3...agak pelik bila taip kat google tapi takde langsung pic citer ni kecuali pic eja. rupa-rupanya, tersalah mengeja la...adeh...nasib baik duduk sorang-sorang ni.kalau tak, mesti ada orang tengah gelak berguling-guling...huhu...nak tahu saya eja ape???

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ahmad Daurah (ejaan saya...ok..saya tahu..sila gelak beramai-ramai ;p)




Ahmad Durrah (ejaan sebenar)




 

credit to budiey







Agaknya, apa yang berlaku kat episod hari ni yer?



Ps: Saya merasakan ayat di dalam entry kali ni agak skema.Apekah..?Hehe..saja ja...kadang-kadang, hidup kena serius jugak...oh..apekah lagi...









Sunday, October 10, 2010

Asmara



Macam panas je tajuk di atas...asmara ke asrama...serius..kadang-kadang boleh terkonfius.
sebenarnya saya nak cite tentang cerita Asrama Asmara (serius, saya check banyak kali untuk pastikan ejaan dah betul ni) kat slot Lestary kat tv3 tu.




pic by Google




ni hero dan heroinnye :

another pic by google


Saya ada terbaca review orang ramai tentang cerita ni, dalam hati, memang tak berminat langsung nak tengok.Tahla....lately, cite-cite kat tv ni macam dah ketandusan idea n sangatla tak best.Dalam hati terdetik jugak (cewah..ayat tak tahan =p), best ke citer ni.Tengok banyak jugakla good review tentang citer ni...meh nak gtau, faktor yang mengurangkan tahap keminatan saya untuk menonton cerita ini....


1) Hero dan heroin tak bape nak terkenal....

2) Saya tak suka hero dia..nak tau sebab apa.....ohh...dia ni memang takde sangkut paut dengan saya...tapi dulu saya pernah terbaca statement dia dalam satu magazine....dia ni tak suka gadis melayu...dalam hati..eiii...macam la gadis melayu nak kat ko...perasan sungguh..kononnya dia nak gadis mat saleh la...or other than malay girl.so...kat situ dah ada bad impression untuk dia.

3) Plot cite macam dah biasa kita tengok...

4)Klise...mcm biasa...orang melayu..kalau dalam cite-cite kt tv or movies...msti nak bagi nampak kaya yang teramat....lokasi pun umah mewah-mewah...saya akui..memang ada orang melayu yang sangat kaya..tapi...agak-agakla nak dimasukkan dalam drama...

5) Tah...saya memang tak tgk..jadi tak tau apa lagi faktornya..haha...


ok...tu benda yang saya nampak la...TAPI.....tetiba hari selasa lepas...terasa macam nak tengok cite ni...ye la...orang dok canang...pelakon ni pandaila bawak watak...bla..bla...byk lagila pujian...saya pun nak tengokla...betul ke bagus sangat citer ni...


hmm...after 1 hour tengok cite....ok..not bad....boleh tahan..sy boleh bagi 4 stars la....gigih tunggu sampai hbis citer..nak tengok syarikat produksi mana yang buat filem ni...sekali...


SUHAN MOVIES


owh..ok...saya memang akui, cerita dari produksi rosyam noor ni memang bagus jugak..agak berkualiti...


oh..lupa plak nk citer sinopsis...errkk..kna letak ke?malas btol..hehe...xpe..xpe..ni sy jmpa kt stu blog...dia pn copy jugak...hehe...credit to budiey...

Sinopsis Drama Asmara

ASMARA mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah.
Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).

Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa. Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.

Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.

Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.

Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu.

Pelakon Drama Asmara

Faezah Elai, Shaz Jazle, Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi




ok..sekian review untuk citer ni...da~






ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend