Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Ramadan, Raya dan Balik Kampung




Assalamualaikum w.b.t.



Sana sini, kat facebook, hampir semua asyik bercerita tentang balik kampung dan coutdown untuk balik kampung. Cemburu jugak saya untuk membaca tetapi galak je tangan ni scroll untuk baca status-status mereka. Bukannya saya cemburu sebab saya tak dapat balik, alhamdulillah, dapat cuti cumanya saya tak dapat confirm dengan betul the exact i'll be going home. Tak boleh countdown macam mereka :'(.



Semalam, saya beranikan diri untuk tanya pada bos, when the exact date untuk cuti raya ni. Sebab bila tanya senior a.k.a office mate kat sini, diorang pun tak dapat pastikan dengan betul. So semalam saya dah dapat gambaran cuti bila dan hoyeayyyy...saya mungkin kena jugak amik cuti tanpa gaji...mungkin...not sure yet tapi saya rasa macam ye je...uwaaa....takpela, untuk raya, sanggup je lagipun bukan tak pernah buat...;p


Bila dengar radio, memang dah banyak lagu raya dipasang. Common la tu kan, dah hari ke-16 berpuasa cuma yang saya tak puas hati, ape kes baru je masuk hari pertama berpuasa, kat hsopping-shopping complex dah pasang lagu raya?? Tak faham sungguh saya ni...Orang baru je nak berpuasa, kome dah sibuk nak pasang lagu raya. Okla, mungkin dapat dimaafkan sebab mungkin orang yang pasangkan tu or orang yang arah pasang lagu-lagu macam tu (bos diorang la tu) bukan orang Islam. Tapi sensitivity tu, haihh...kenapala tak bertempat. Pendek kata, saya memang tak puas hati la. Tak puas hati pun bukannya saya dapat suarakan kat diorang kan. Kat blog ni je la tempat saya suarakan hati saya ni..hahaha...dan orang yang membaca ni, terpaksala bersabar..ye dak...;p



Tapi, bila dah dengar lagu-lagu raya ni, in fact sekarang sambil menaip post ni, saya tengah mendengar lagu raya oleh Dato's Siti, oh...sayu sungguh lagu ni....rase macam nak cepat je balik kampung...membuatkan rasa teruja untuk beraya BUT jangan lupakan tentang amalan sunat yang sangat banyak ganjarannya di bulan puasa ni yang kita boleh lakukan. Saya pun kalau boleh, nak kejar pahalan-pahala tu dan yang penting Lailatul Qadar, harap-harap kita semua bakal beroleh keberkatan malam itu. InsyaAllah.


Jom melipat-gandakan usaha dalam bulan puasa ni. Ade lagi 13/ 14 hari lagi...Eh, betul ke puasa kali ni cuma 29 hari?






Sekian, terima kasih kerana membaca entry ini (^_^)

Like kalau kamu suka eh...mana de butang Like...huahuahua...












Monday, August 16, 2010

.::Selamat Menyambut Bulan Ramdhan::.


Salam.
Harap-harap masih belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa.Ini hari yang keenam umat Islam di seluruh dunia berpuasa (tolak campur waktu kat Meridian Greenwich la).

Banyak pahala yang dapat kita kejar dan ambil dalam bulan puasa ni.Ada imam kat masjid yang saya pergi, beliau berkata bahawa satu amalan fardhu yang kita lakukan pada bulan puasa ini bersamaan dengan beberapa kali ganda amalan fardu yang kita buat di bulan yang biasa. Subhanallah..banyak tu.Itu baru perkara fardhu...perkara yang wajib kita lakukan seperti solat, belum termasuk lagi perkara sunat yang kita buat...Jadi kesimpulannya, jom kita kejar pahala yang berlipat ganda dalam bulan yang sangat-sangat mulia ini.Mana tahu, sempat ke tidak kita jumpa bulan yang best ni di tahun-tahun hadapan.Dan jangan lupa pada umat Islam di negara-negara yang tertindas dan menderita.Tolong la mereka setakat mana yang kita mampu.Berdoa untuk kesejahteraan mereka pun sudah memadai.InsyaAllah.

::Beramal seolah-olah inilah bulan Ramadhan yang terakhir bagi kamu::



-->Kesian umat Islam di Palestin.Ya Allah, lindungilah mereka dari segala ancaman pihak yang satu lagi itu.Semoga mereka berada di dalam limpahan rahmatMu Ya Allah.Amin.

ABC Salji

Assalamualaikum w.b.t. Last weekend